secantik nama, seindah jasanya. itulah yang kami ingin perkatakan kepada bekas pengetua SMK Lembah Keramat,
Puan Dayang Fatimah bt Abang Naruddin. pada tahun ini, beliau telah ditugaskan ke SMK Gombak Setia dan tempatnya digantikan oleh Puan Pouziah bt Mahmood, ex principal of SMK taman keramat.
utk pgetahuan semua, pn dayang telah berada di sekolah kami selama 2 setengah tahun. cukup banyak jasanya pada kami.berikut adalah hasil cetusan idea beliau ketika berada di sini:
- memperkenalkan kelas bimbingan mutiara kepada pelajar f3
- mewujudkan kembali COSMART
- menggalakkan keceriaan Pusat Sumber Bestari
- memperkenalkan prog homestay
- menjayakan prog malam sumbangsih bersama Rabbani
- mencetuskan idea malam graduasi utk f5
- membantu geng Kelip2 dr segi nasihat dan bimbingan
- berusaha sedaya upaya utk kelab boss mendapat tempat ke 3 d peringkat kebangsaan
- meneruskan usaha utk membesarkan tapak surau lama.
- meluluskan dana utk projek2 besar di sekolah.
- memperkenalkan perhimpunan rasmi sepenuhnya dalam bahasa inggeris.
- memartabatkan program nilam
- meningkatkan peratusan cemerlang keputusan pmr dan spm dr segi kualiti.
dan lain-lain lagi...
secara tuntasnya cikgu, kami amat merasai kehilangan cikgu. semoga cikgu dapat bertugas dengan jayanya di sana. jangan lupakan kami. doakanlah kejayaan kami utk SPM kelak.
tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.
-kami syg dayang-
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.
-kami syg dayang-
1 comment:
go pn dayang go!
i'll miss u bebeh!
Post a Comment