Tuesday, March 10, 2009

pabila serebrum menghantar respons ke jari.


ingin dinyatakan bahawa ; CERIA =D, merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan yang tidak langsung dimanipulasikan oleh parti-parti politik masa kini. maklumlah, sekarang inikan heboh pasal PPSMI. ada pengaruh itu dan ini. padahal, perjuangan dan matlamat mereka hanya satu; menyelamatkan bahasa ibunda daripada tenggelam dek kealpaan si pembesar kerajaan yang mengejar isu british-nawi.

kata mereka, british-nawi cukup lengkap. ayat mereka melimpah-ruah dalam bidang sains dan teknologi. oh ya kah? Melayu-nawi tiada ya? habis itu, ayat "sains" itu bukan daripada bahasa melayu? ayat "teknologi" itu pun bukan?

walaupun kelihatan serupa, hal ini tidak bermakna bahasa kita tidak mempunyai ayat-ayat sedemikian, cuma kita hanya perlu me-modified-kan bahasa kita. bukannya kita me-demolish-kan terus. faham ke tidak wahai golongan priyayi Malaysia? faham ke tidak?

cuba golongan hangpa tengok usaha Dewan Bahasa & Pustaka. mereka seboleh-bolehnya mahu mencipta istilah-istilah sains daripada bahasa kita sendiri. hangpa pun tahu kan, yang bahasa sains british-nawi itu pun disenduk daripada bahasa roman, greek dan selainnya? hangpa kan bijak. hangpa kan pandai. takkan tak nampak? takkan buta? mustahil lah. kalau tak, macam mana hangpa boleh jadi pemimpin? macam mana?

ah sudah. penat jari saja menaip pasal isu ini. biarkan si pendeta negara memikirkan usaha yang sepatutnya diambil. tak payah dengarlah luahan budak remaja separa mentah macam chek ni. bukannya dapat faedah pon. tetapi, chek ingin mengingatkan kepada anda wahai pembaca sekalian.

" Adakah karya Ibnu Sina iaitu kitab Al-Qanun fit Tib itu asalnya ditulis dalam bahasa british-nawi?"


fikirkanlah.

No comments: