"Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk menempuhi dugaan yang Kau berikan pada hari-hari yang mendatang. Kuatkan semangat kami untuk menghadapi tekanan yang semakin memuncak ini. Ya Allah, bantulah kami untuk menjadi remaja muslimah yang beriman, berilmu, beramal serta bertaqwa kepada-Mu, yang mencintai-Mu, yang mencintai kekasihmu, nabi Muhammad s.a.w, yang menghormati ibu bapa kami, guru-guru kami dan rakan-rakan kami. Ya Allah, kami juga memohon kepada-Mu, kukuhkanlah ingatan kami terhadap segala yang telah dipelajari, bantulah kami untuk mendapatkan straight A1 dlm SPM nnt. sesungguhnya, kepada Kau sahajalah kami memohon bantuan kerana Kau-lah yang Maha Agung lagi Maha Mendengar serta Maha Mengasihani setiap hambaNya. Amin,amin Ya Rabbal 'Alamin."
p/s : SPM tinggal lagi 42 hari.
No comments:
Post a Comment