Wednesday, December 9, 2009

pengalaman :)

ape lagi motif budak form 5 blogging lepas kertas kimia habis?
* yeay! SPM da habis! ahaha.

well, SPM macam pejam celik, pejam celik, DAH habis. klise kan? tp tu mmg perkara biasa la. padahal masa SPM, punyalah mengira lagi berapa puluh kertas nak habis. siap beli alat tulis baru, konon nak kasi perfect ar SPM ni. pen xyah cer lah. beli 4 batang extra, tengok2, lepas SPM, nak kata SATU batang je yg guna adalah. pastu punyalah cuak beli pembaris yang ada bulat2 banyak tu. konon chemistry nanti kena lukis bentuk atom. setelah disemak, ADA lagi kena lukis bende alah tu. membazir aku beli. padahal, pn solihah awal2 dah kata, "tebuk lubang kat pembaris aje". haaa.. lagi murah, tp aku degil. padan muka aku. masa SPM ni gak, pergh, seksa bukan main. bila jumpa member, belagak kool. bajet tak cuak. pergi rumah sedara, semua tanya pasal bape A boleh dapat. tulah org melayu. result lambat lagi keluar, da tanya bukan-bukan. suka betul jaga tepi kain orang. bila jumpa cikgu pulak, boleh la tipu sikit, kata kertas tu "bolehla". tapi bila balik rumah, hanya Dia saja yang tahu. tak terkata. ;)

pastu, time2 camni, semua benda jd kelam kabut.sampai makan tak tentu, mandi tak basah, tidur tak lena. sebiji macam orang jatuh cinta. padahal, punya lah terkejar-kejar pergi seminar lah, study group lah. ada satu hari tu kelakar gila. aku join seminar kat masjid ni au, dah tu, aritu member2 semua nekad nak pergi sane straight away after school. seminar start kol 5, kitaorang dah terpacak kat situ pukul 4. alasan utama sebab nak cop tempat. maklumlah, satu dewan tu, boleh muat 600 orang. selalunya, ada geng2 or boleh dikatakan "wakil" dari setiap sekolah yg join seminar tu akan berebut tempat. aku ngn member2 aku digelar "geng lembah keramat". dan selalunya, musuh yang selalu berebut tempat ngn ktorg si "geng setiawangsa". dorg ni, kalau bab rebut tempat, macam pelesit! cop tempat sekali je, dalam 10 ke 15 tempat. *padahal ktorg pon lebih kurang , dlm 11 tempat AJE. xD

nak dijadikan cer, bila start je seminar, panas membahang. rupa-rupanya, AIR COND rosak! kitorg bertahan sampai pukul 9 kalau xsilap. haha. sebenarnya, sir ven awal-awal da buat lawak. "takpe, ni panas sbb dosa-dosa kamu sendiri. tuhan marah. kalau paper 1 ni macam nilah panas rasanya, esok pasti sejuk. dia terbalik. kalo panas arini, maksudnya esok sejuk. jadi, paper 1 senang la" haaa. mandai-mandai dia buat prediction macam tu. tapi memang betul ouh. esoknya, paper 1 senang sikit la dari paper 2. tap overall, ADDMATH memang susah. aiyo, harap-harap graf turun. aminnnn~


tulah perasaan masa SPM berlaku. sekarang ni dah lepas spm. so, banyak perancangan nak buat dalam 3 minggu dari sekarang. aku kan da kene masuk plkn bulan satu ni, so sempat pergi beberapa aktiviti la.
  • amik kursus ngn ujian lesen
  • gotong royong
  • bowling tournament CVFC
  • sunway lagoon! (CVFC ngn class party)
*CVFC - cikgu ven fan club. haha. kelakar gila. aku tak join futsal piala ven cup. xde geng la. lagipun, reti lagi aku bab sepak menyepak ni. :P

sooo,
pasal result spm ni, aku tak confident dpt straight As cz manelah aku pena dpt mcm tu sepanjang dua tahun cmni. sedih tau. but, i'm still hoping for the best, so let Allah do the rest.
btw, goodluck utk Absibs dan lain2 yang tak habis paper lagi. buat sehabis baik! :D

M E R D E K A

3 comments:

Shafiqah Omar said...

:D oit akak!

yeah, merdeka for you, bye2 sekolah, pigi bawak keta jalan2!

yes, i agree wth u part yg kta ckp kat makbapak, kat cikgucikgi, paper tu 'bolehlaa' tapi sebenarnya... haih. malas nak ckp. :)

doakan result PMR saya nih kluar yg best! sy doakan akak gak...

amik baper subjek, ek?

PS: comment takleh panjang lagi. Ah one more thg: sy suka lagu in this blog. Yg iklan Sunsilk ke ape tah dlu, kann?

:)

ok habis.

syarahyusof said...

haha! yup, that song mmg dr iklan sunsilk, yg dorg usya2 kat uia tu. sweett! :D


akk amik 10, tp 10A nye, susah la nk dpt.

okayy, akk doakan semua dpt yg terbaik la. korg punye result ujung bulan ni je kan,kan? huaaa~ get ready ler, jgn nervous2 pulak.


overall, thx 4 ur comment, syafiqah.

sabrina said...

aku pon rindu time saat2 nak spm
hahaha
rasa cam nak putar balik.
btw, sama lah kita.
aku pon x sure dpt ke x straight a ni
but at least we did our best kn?
so lets pray together ok?
hehehe.
p/s: bila lg nak kua ni? :)