Friday, January 1, 2010

cuti dulu.

ini mmg cerita minggu lepas/2 minggu lepas/ 3 minggu lepas. maaf sbb ta update, sibuk tidur ngn usya bende lain.
soo, erm. right after spm, da byk bende terlintas kat kepala. nak buat itu la, ini la. well, semangat tu yg lebih. TERbuat la lagi? haha. jadi, utk memudahkan korg baca post yg panjang menjela ni, aku da bahagikan kpd bbrapa episod. kalau dah letih baca hari ni, boleh la baca esok pula. aceceh, mcm korg NAK.

EPISOD SATU

aktiviti memasak buat-ikut-sedap-hati. memandangkan aku duduk umah sorg2, tak bermakna aku kene g kedai and beli lunch sendiri. it's all about muhhneii babe. org saving ni sedaya upaya mengerjakan ape yg ade dlm peti ais. so, i've decided to make sayur goreng ngn sambal belacan. erm, disebabkan budak seko ni malas nak bukak resipi and tanye yaya, dye pon punye lah xcited nak masak lauk ni. for preparation (takut lauk tu ta sedap) or as a backup dish, dye gorenglah drummet skali. *drummet lah makanan yg plg sedap dan mudah disediakan kt dunia ni! :DDD

okay then, bukak la peti ais. terus grab itu kacang buncis. i did searched for carrot, but i could not find it (it's my fav orange vege). then, cari lah lagi. operasi menggali peti ais mengambil masa bbrapa minit. jumpa sawi, NAHHH. jumpa tomato, TAK SESUAI. jumpa cili padi, YES! jumpa kailan, TANAK. bla,bla,bla. nak dipendekkan cerita, terus la potong bawang besar, bawang putih bawang merah. pastu, bile tgk bahan2 tu, rase mcm xsedap. so, nak tambah protein dlm lauk tu, g la cari daging and ayam. siyesly, tak jumpa. eh syara, besaq sgt (kasi BESARR punya! -iklan maggi) ke peti ais kau? haha. tak besar, cuma PENUH. so, tibe2, muncul lah makhluk berwarna kelabu, sebijik cm rambut eja (bukan nama sebenar). makhluk tu kesian sbb die dilemaskan. dilemaskan? yaa, dilemaskan oleh air bergaram dalam tin. ape lagi, namanye cendawan. (protein kerk?) dah potong (iklan p1 wimax) semua bahan tu, bersedia la utk goreng. eh jap. lupa bende penting. belacan, cili padi and bhn lain semua dimasukkan dlm lesung batu. lalu, aku tumbuk-tumbuk dorg menggunakan buku limaku (anak lesung sudah..) lalu dorg mati sbb penyek dan kesesakan nafas. kesian, tak sanggup aku bg cpr. huahuahua. (nak kew? )

bila dah goreng, bau dye leh thn. ape taknye, kire 15 bijik cili padi ngn belacan, mmg merebak la baunye satu umah. bila da siap, aku sbg chefnye mengisytiharkan....

SEDAPPPPP. hahahha. bangga you! xD kesimpulannye, jangan jadikan aku bini. baru masak sikit, kecoh satu kampung. (KESAH)




EPISOD DUA
rombongan ilmu studio tahun ni bertempat kat kota keriangan (palehotak kau. tu genting punye tagline la) SUNWAY LAGOON. sunway lagoon ni terletak kat zimbabwe, uihh. jauh tu. nasib baik cikgu ven pemurah. dye support tambang bas and duit tiket sikit. perjalanan pergi sana makan masa dlm beberapa mikrosaat. dah kata naik jet (bas sekolah), macam-macam yg berlaku dalam bas. ada org buat konsert, nyanyi lagu bunkanthem, siap cheerleading lagi tuh. pastu ada sesi karaoke bersama bintang AF, ape lagi kalau bukan ARIL. dye join naik bas sekali sebab kereta dia boleh pulak terpancit kat depan bas ktorg. nasib baik dye pun nak pergi sunway, so alang-alang tu, dye tumpang sekaki la. tak lama kemudian, ade mamat sorg tu bawak gitar. jadi, bermulalah sesi akustik dalam bas. yang paling meleleh, dye perform lagu "sepohon kayu" gaya Dunia Baru The Movie. cayalahhh! semua org tepuk kaki gaya penguin tergolek masuk lubang..ngang. tapi mmg korg bangang la kalau percaya cerita kat atas tu bulat-bulat. aku tak kata aku menipu dan buat lawak bodoh, tapi aku menulis bende menipu dan lawak bodoh. tak faham? blahh la dr blog aku. (AMBOI. kasar nampak?) haha







(ni cerita benar.) kat sana, ktorg dibenarkan utk mencemar duli (kami keturunan Diraja) kat amusement park ngn waterpark sahaja. dengan harga locker yang agak mahal, lebih kurang lima ribu sekali letak, kami pon angguk sahaja. nak beli pelampung, lagi lah mahal. 30 ribu! mana nak cari duit? (15 ribu sewa, 15 ribu deposit). aku rasa macam nak report kat polis je, sepatutnya bagilah special price kat warganegara/ students. kan bagus macam tu. sapelah manager sunway ni. aku gores kang, menangis balik umah beritahu mak (impian sahaja). pastu, harga makanan pon boleh tahan, 11 ribu ke atas. actually, ade dah plan nak seludup makanan, tp terpaksa cancel. ni semua pasal manager (sedass lagi.) dye la. tak patut betul suruh 2 org workers dye utk terpacak kat tempat masuk sunway tu. takde keje lain betul, dorg kene chek, bukak, tekan dan selak ape yg ada dlm beg ktorg. even mineral water pon dorg tak kasi. haih. kejamm,kejamm! kat ts, genting, lost world of tambun, bukit merah waterpark, air panas, wetworld, A'Famosa (ape lagi taman tema kat malaysia ni?!) or even Legoland (the latest themepark, dlm pembinaan kt johor) takde arahan bogelkan beg dan pertandingan cari benda tersembunyi. haih. panda mengamuk ni. kalaulah aku ada pistol, aku tembak manager (dan sedas lagi), mati kojol.

bg aku, bende paling best kat sana yg bende kapal besar tu, yg dekat ngn elevator. mula-mula, bajet dye swing kiri kanan je, skali dye pusing 720 darjah. (menipu). jerit bukan main slow lagi. kalau korg nak tahu, aku la org yg plg slow jerit. aku steady je, tak excited macam geng2 aku. bila dah turun kapal tu, ketiak aku paling kering lah antara geng2 aku. ketiak dorg basah lenjun sbb cuak naik kapal. haha! (menipu). so, kami blah dlm kol 5, siap tapau JCO yg ade kat luar sunway lagoon yg cekik darah.

kesimpulannye, sediakan duit sebelum pokai lagi-lagi kalau ajak budak sekor ni keluar. semua bende nak saving. ngehngeh.


EPISOD TIGA

time cuti camnilah hasrat aku tercapai. dah lama ngidam char kuey teow ni. located at jalan enggang, near bengkel mara. dye bukak malam jeh, so sape yg suke lepak malam tu, boleh la melantak hari-hari. aku ni manalah boleh. biasalah, anak yusof kan. haha. char kuey teow dye sedap tau, Nana aka Razana yg tinggal dekat dgn kedai tu pun, xpernah makan kt situ, apetah lagi budak-budak AU4 dan warga malaysia sekalian. so, aku nasihatkan korg cuba try test taste char kuey teow ni. lagi satu perkara yg menggembirakan aku psl makanan/minuman tyme cuti ni IALAH..... abe zul ku sudah kembali!! dye kembali beroperasi di pasar malam au2 (Setiap sabtu) YEYE, abe zul pulang, YEYE, abe zul pulang. (sorakan harajuku girls) haritu, dye bukak kedai balik! selepas EMPAT bulan menyepi ( deklamasikan sajak sepi) abe zul and the gang bukak kedai balik. argh, hensem, argh hensem. senyum je keje. tapi, dye dah ade awek kot. ( aku ke? ) bingung aku memikirkannya. xD

kesimpulannya, bawak la budak ni pergi mane pon. semua dye kata sedap.



EPISOD EMPAT
yeah, NERDIX is coming to town! selepas banyak kes berlaku di antara kami berlima, akhirnya bersatu kembali. tapi, mia tak follow sbb dye ade hal kt kampung. so, kami pon dengan penuh hiba,bawak diri turun kl. banyak betul yg kami borak sampaikan mulut nina tersenget sebentar, hingus nolin tersembul keluar, air mata fiza mencurah-curah mengalir dan aku, seperti biasa, relax sahaja. (menipu je keja kau). so, kami pergi KLCC, tengok Permaisuri dan Katak. majoriti yg tgk, of course kanak-kanak tak matang macam ktorg, cite dye kejam gila. ade ke patut si permaisuri tu bunuh katak tu! dye tikam-tikam sampai perut katak tu terburai. pastu dye goreng buat katak masak tiga rasa. tiba-tiba adik si permaisuri ni cium katak goreng tu. dan PURF! jadi ikan terbang. si permaisuri ni kejar. PEK! taik ikan berkilo-kilo terjatuh kt muka dia. huar! THE END teros! xP

lepas tu, pergi pavi then g TS main bowling. NINA menang! cayalahh! markah dye 26 ribu. kami plak 23, 24 dan 25 ribu sahaja. habis satu TS bergempak tgk Nina main. even pakcik jual sardin tepi ktorg yg main bowling pon kagum tengok kami. especially nurlin, sbb anak pakcik jual sardin tu minat tgk nurlin, eh bukan, gigi dye je. GIGI SAHAJA ya kawan-kawan.. (muahahaha)





kesimpulannye, saya masih sayangkan NERDIX, bukan untuk sekarang, tapi untuk SELAMA-LAMANYA :)


EPISOD LIMA
gaji pertama aku diperolehi di sini, di tempat di mana aku menjual nasi patayya di kenduri kawin sedaraku. semua pengunjung memujiku. semua pengunjung memujaku. semua pengunjung berterima kasih padaku. semua pengunjung melemparkan senyuman tahap kambing-kambing jantan dicium kambing betina. pengunjung -pengunjung tersebut berkata,
" nak air sejuk lah, tanak air panas."
"nak bunjut tu, tanak beg kertas"
"yang tu air apa dik?"
"nak lagi satu boleh?"
"terima kasih dik "

rupanya, aku hanya budak pemberi bungkusan dan minuman. huahuahua. selama empat jam aku bertahan di sana. berdiri ala-ala model kaki lima, berbekalkan selipar jamban cap vincci de vevaum, aku melemparkan senyuman yang paling hipokrit kat semua pengunjung. haha. kire okayhla, dapat rm30 in 4 hours. kalau 4 hari? WAH. boleh jadi kayoo! :D

kat situ tah macam mane lah ade sorg budak nak kenal ngn aku. asyik-asyik datang bawak cawan yg da basuh. da nama keje katering, of coz la kene buat keje. dah tu, nak ngorat, cakap la terus terang. boleh la senang-senang aku kata "aku da ade pakwe la mangkok!" kt dye. INI TAK. ade ke patut dye ejek aku "budak makan cawan" sbb aku asyik suruh dye amik cawan lagi dan lagi dan lagi. memang pada hari itu, aku rasa macam nak gelarkan dye "budak makan kaki" sebab da kene penyepak tahap tali pinggang hitam berdas-das kat die. haihh. geram.


kesimpulannye, saya suka keje katering,ring,ring! :D


EPISOD ENAM
aku pulang ke kampung halaman, bertempat di melaka. semuanya pasal ada penyewa baru nak sewa umah mak aku. selepas bersesak-sesak dengan mop, beg,baldi dan barang-barang lain yang diletakkan di tempat duduk belakang bersama-sama aku (kereta satria la katakan) alhamdulillah, sampai juga kami semua kat sana. plan asalnya nak bersihkan rumah, tengok-tengok tak jadi sebab dah ada penyewa baru tu. so , ayah decide, biar depa saja lah yg bersihkan rumah tu. jadi, kami pon bawak diri ke kampung nenek aku, kat situ kira macam rumah tinggal lah. ade TV, jadi tak bosanlah bile terperap kat situ. cerita paling best yg aku, mak aku dan yaya aku tengok ialah drama NIZAM KAMBING. mmg tahap KAMBING KELAKAR lah! si pierre andre tu berlakon macam dlm Dunia Baru punye drama. sengal nak mampos. haha.

kat melaka pon, ktorg g macam-macam tempat. yg paling menakjubkan dan sungguh fanatiknya aku melihat, ada gerai MURTABAK DATO' KERAMAT kat melaka. wah. femes nyer nama tempat tu. tp aku tak beli lah. heran ape aku. tempat tu punye la dekat ngn umah mak aku yg kt kl tu. haha. belagak bukan main engkauu. xD




kat kampung, aku pun ade kerja gak. bossnye, mak aku lah. aku diundang utk sama-sama menyertai operasi mencari rebung! kalau sesape tak kenal rebung, mmg aku gerenti, kau lah makhluk melayu yang paling pandai sekali di dunia ni. sumpah aku tak tipu. Urban sgt lah tu kalau tak kenal. huahuahua.




kesimpulannya, JANGAN sesekali order tom yam, paprik dan telur bungkus dari chef orang melaka. dorg buat tomyam tu macam SUP UDANG REBUS! bweeekkk! x(


EPISOD TUJUH
bermain tembikai kat wangsa walk. beli satu game, dapat percuma satu game lagi. sukan ini agak baru dalam industri pelancongan kat malaysia. wangsa walk la tempat pertama yg offer bende ni. ape taknye, acara baling tembikai tu sgt istimewa. baling je tembikai kt dalam trek, biarkan dye tergolek dan BUM! langgar beberapa batang tiang. kalau jatuh semua, dikira STRIKE. yang peliknya, berat tembikai tu ade macam-macam kilo dan bermacam-macam warna. terpegun kami semua melihatnya. masa kt sini, ramai gak terserempak ngn member, junior dan senior yg lain. semua nya mmg nampak jakun. semua nak test main golek tembikai. aku pun tak tahu asal la sukan tembikai ni femes. tu la, org dulu-dulu zaman hang tuah main golek guli je, skrg dah tak lagi. kita main golek tembikai. so, sesiapa yang berminat nak ajak saya bergolek tembikai bersama, sila kol nombor ni : 017- baksinikepalalututtengkorakkauakunakhempapdengantembikaiberat15.
konpem, within a sec, anda akan dihubungkan dengan saya. terima kasih.

lepas tu, gerak pi klcc. depa semua tanak teman aku tgk wayang. so, koling-koling lah member si seko ni, dr dulu plan nak tgk wayang, asyik-asyik cancel. nasib baik kali ni jadi. disebabkan aku ni pentingkan diri, bodoh dan bangang sangat, aku g order tiket MUALLAF. yes, muallaf instead of alvin & the chipmunks and Sherlock Holmes. mmg baaaab. cerita muallaf ni langsung tak best kalau tengok kat wayang. aku da lelap banyak kali. last-last, si member aku semua salahkan aku sebab beli tiket yang amat tak berbaloi. wayang paling "best" dalam 2009. ni ke movie yg paling dinantikan oleh rakyat Malaysia? idk la. tepuk dahi, tanyalah otak. disebabkan merajuk, aku pun berpecah ngn dorg and pi lepak kat park sorg-sorg. duduk situ sampai bila tah, aku pun malas nak ingat. bertemankan snek Rocky sekotak, aku pun melayan perasaan kat situ.

kesimpulannya, jangan suruh aku belikan tiket wayang utk korg.

EPISOD LAPAN

episod ni episod yang paling last utk post kali ni. dengan penuh rasa sukacita, aku da dpt lesen L. ni semua berkat doa mak bapak dan rakan-rakan. dengan pertolongan-Nya, aku berjaya memanaskan punggung duduk lama-lama dalam kursus. haha. so, right after PLKN, akan ku sambung ke lesen P. doakan saya ya?
:D




p/s : ponat den taip.

1 comment:

ajiq said...

halamak! dunno if ya ever goin to read this.

i'm extremely and terribly sorry about the movie, i did say it was weird, but i never said, that it sucks big time.

it was, in fact, freakin cool and funnayh. hope ya understand