Friday, February 4, 2011

pernah lepak sini?




Baru dilancarkan pada 11 Julai 2009, kafe berkonsep ketenteraan yang pertama di Malaysia.
CT-ONE FORZE CAFE mula menarik perhatian masyarakat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan sekitarnya.Ini berikutan kelainan yang ditampilkan oleh pihak pengurusan kafe
berkenaan terutama dalam aspek dekorasi, hiasan, penggunaan pinggan
ala-ala tentera, layanan dan juga keunikan menu yang pasti menambat
hati pengunjung.

Dalam pada itu, suasana di kafe ini memang jelas menyerlahkan semangat ketenteraan
menerusi pemilihan filem dan lagu yang bertemakan tentera serta
patriotik yang sentiasa dimainkan sebagai halwa mata dan telinga
pengunjung.

Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee
Mazlan, kafe ini turut menyediakan perkhidmatan Wi-Fi untuk memudahkan
pengunjung melayari Internet tanpa sebarang bayaran dan juga ruang
solat bagi mereka yang mahu menunaikan kewajipan tersebut.

Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan & Pemasaran CT-ONE FORZE CAFE,
Firdaus Wong, berkata, konsep kafe itu sesuai dengan temanya termasuk
setiap menu yang dihidangkan juga berkonsepkan tentera atau dalam erti
kata lain 'mententerakan makanan'.


Antara menunya:
  • nasi hijau yang dihidang dengan aneka sajian sama ada chicken chop, gulai ayam, daging masak lemak, ikan keli dan sebagainya,bergantung pada selera pelanggan. Ia turut dikenali sebagai Military Set.
"Istimewanya sajian ini adalah ia dihidangkan di dalam messtin iaitu sejenis peralatan yang biasanya digunakan untuk memasak atau menghidangkan makanan jika bertugas di dalam hutan.
  • air minuman yang dijual dinamakan sempena terma-terma ketenteraan seperti Ambush Drink, Military Delights Drink, Military Refreshing Fruit Juice dan Military Milk Shake.
"Ambush Drink, contohnya merupakan gabungan minuman bertenaga dan minuman biasa
seperti oren, anggur dan sebagainya untuk memberi kesegaran kepada
sesiapa yang menikmatinya."

Dengan keluasan 2,000 kaki persegi (610 meter persegi), kafe ini boleh memuatkan kira-kira 80 pengunjung dalam satu-satu masa. Ia juga menyediakan sebuah bilik khas yang boleh
diduduki oleh 10 orang jika mahukan privasi ketika berada di sana.


INFO:
CT-ONE Forze Café
38, Jalan Wangsa Delima 2A,
Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur,

Telefon: 03-41427460 / 03-41424462


p/s: diambil dr forum. amacam korg? da pernah pergi? abg aku ckp, kedai ni masuk jalan2cari makan. hurm, smlm aku g sane ngn family, konon nak try. tp tutuplah. askar g raye cine :)

No comments: