Tuesday, June 7, 2011

Acad nak jadi pilot.


Dalam Ktm. aku keletihan. Seremban ke KlSentral memang jauh. jadi, aku duduk sambil pejam mata. konon mahu tidur. tiba-tiba, adalah 3 orang ni baru naik. dorg duduk di sebelah aku.
Si Mak, Si Anak dan Si Kakak

si Anak ni aku bajet umur budak tadika la. mulut bising kemain lagi. biasalah, Budak. faham2 je lah pangai camne.

aku malas la nak main cak2 ngn Si Budak. jadi, aku pejam mata.

"mak, tu apa? - sambil menuding jari kat iklan cat Seamaster dlm tren tu)
"itu kuda laut, Seahorse"
"name dia apa?"
"kuda laut, Seahorse"
"takla makk. nama dia apaaaa?'
"erm, nama dia Green sbb dia wane ijau"
"yang tu?"
"yang tu nama dia Orange"
"yang tu pulak?"
"yang tu Pink"

dan bla bla bla. waktu tu aku da malas nak dengar lagi anak beranak ni soal jawab. jadi aku try tidur lagi. sehinggalah aku terdengar..


"mak, bila besar nanti Acad nak bawak kapal terbang!"
"wah. Acad tanak bawak kereta api?"
"tak nak. Acad nak bawak kapal terbang! syiiuuuu* bunyi kapal terbang versi Acad
"oh, Acad nak jadi pilot eh? jadi kena la belajar tinggi-tinggi"
"Acad nak naik kapal terbang boleh?'
"nanti kita naik. kita takda duit la nak beli tiket naik kapal terbang. sebab tu Acad kena belajar pandai-pandai, jadi pilot. boleh bawak mak nanti"
"wahh. Acad nak bawak mak!"
"nanti Acad boleh bawak mak gi Mekah"
"pergi Mac cah?
"pergi Mekah la Acad"
"nanti Acad bawak mak naik kapal terbang. kita pergi Mekah!"


once i heard that conversation, my mind dah terbayang betapa tingginya cita-cita Acad. baguslah budak- budak zaman sekarang. impian da tertanam dari kecik. :)

p/s: teringat Fikri Hanafi. mmg terbayang muka dia tyme mak Acad sebut 'pilot'. goodluck kawan. may your dreams come true. (:

No comments: