untuk selami mood, tekan play sebelum baca.
(make sure lagu kt blog ni pause dulu.)
aku nak pergi pantai.
teringin.
luah semua pada dia.
pada sang pasir.
kata hello pada dia.
pada sang ketam kecil.
aku mahu lari.
lari sepuas hati.
walau berat lemak di perut yang kutanggung.
aku teringin.
aku nak bisik pada dia.
pada pokok ara yang setia menemani.
aku nak curah semuanya.
sepanjang tempoh tiga bulan ini.
cukuplah.
cukup kalau kau ada.
aku mahu menangis.
aku mahu kau dengar tangisan aku.
aku mahu kau dengar setiap titis air mata itu.
yang akan jatuh di celahan jari.
yang menutupi mataku.
aku mahu kirimkan salam pada angin.
terima kasih juga padanya.
sebab buat aku tertawa.
walau perit hati menanggung hiba.
"terang terang....
bersama rasa sayang..
kubiar kau terbang.."
dengar siulan itu?
itu aku.
aku yang memainkan lagu itu.
lagu hujan.
yang kau takkan faham,
wahai sang bayu.
tolonglah.
ranting kayu itu ingin kupungut.
mahu saja kutulis segala formula hidupku.
atas dada pasir perang.
aku mahu kau tahu.
hidup aku ini
yang kadangkala tak menjadi.
yang kadangkala membawa lebih derita dari gembira.
tapi aku gusar hanya seketika.
aku mahu kau tahu
aku tak semestinya aku yang dulu.
semakin lama aku refleksi diri,
semakin pening aku tuk fahami.
mahu tak kau temankan aku?
pergi situ?
jom sama-sama kongsi renungan.
bukan.
aku tak mahu kau dengar aku.
aku tak mahu.
aku hanya mahu kau temankan aku.
temankan aku menikmati
suasana ini.
di mana kau diam
dan
aku diam.
tak perlu bersuara.
tak perlu nak pura-pura ketawa.
dan
tak perlu ada kerutan di wajah kita.
biar neutral.
kita dengar saja hempasan ombak.
kita dengar saja loceng pak cik aiskrim.
kita...
ya,
kita dengar saja.
tapi kalau kau bosan,
aku faham.
tak patut aku ajak kau.
aku patut berbicara saja pada sang ranting.
namun,
ranting itu rapuh.
serapuh hati ini.
yang kecewa disalut pedih.
oh pantai.
pinjamkan isi hati kau.
agar aku rasa apa yang mereka rasa.
tapi tak mengapalah.
aku bersyukur apa adanya.
p/s: benar.
aku mahu ke pantai.
No comments:
Post a Comment