
Perempuan itu unik bukan?
bila mereka marah, mereka tak tunjuk. mereka suka sangat sorok. bukan bermaksud mereka tak pandai nak mempamerkan kemarahan. tapi mereka gusar, kala-kalau, akan mengkalutkan lagi keadaan.
Perempuan itu unik bukan?
bila mereka kecewa, mereka tak tunjuk. mereka suka sangat pendam. bila dekat bilik atau dalam tandas, baru mereka nangis puas-puas. mereka tak mahu orang lain tahu betapa lemahnya mereka di sisi orang lain.
Perempuan itu unik bukan?
bila putus cinta, mereka hentam lelaki habis-habisan. bukan kerana mereka mahu mengaibkan lelaki, tetapi cuma mahu kaum mereka mempelajari sesuatu, "Allah reserves someone better for you".
Perempuan itu unik bukan?
bila berkata, penuh dengan emosi. satu perkataan saja boleh menimbulkan pelbagai makna. kadang-kadang macam satu pujian, tetapi rupanya satu sindiran. Perempuan juga mahu dikatakan bijak. bijak memanipulasi untuk keselamatan diri.
Perempuan itu unik bukan?
dicipta Tuhan untuk berpasangan dengan insan bernama Lelaki. tapi, tujuannya hanya ada dua.
Untuk meneguhkan sesorang lelaki atau Untuk meruntuhkan seseorang lelaki.
Perempuan itu unik bukan?
bila mahukan sesuatu kepastian, mereka suka bertanya. kadang-kadang sampai merimaskan orang lain. bukannya apa, perempuan itu kan perempuan. akalnya satu, nafsunya sembilan. tak salah kan bertanya.
Perempuan itu unik bukan?
ada yang free hair dan ada yang kepalanya dibalut hijab. tapi hati mereka entahkan berhijab ataupun tidak. sebab itu lelaki tidak boleh melabel mereka sesuka hati. tudung perempuan itu ada berpuluh-puluh jenis. lelaki ada ke hijab kepala macam mereka? berwarna-warni, bertiga segi? jadi, tutup mulut anda. cukup saja memerhati.
Perempuan itu unik bukan?
tak habis-habis mencari kemanisan hidup. ini sebab,Tuhan dah bagi imun pada mereka. setakat kau, kau, kau dan kau, alah. jalan saja hidup mereka. mereka harus pandai mencari. kerna apa? dunia itu Tuhan jadikannya luas. sia-sia saja kalau tidak menjelajahnya.
p/s: aku juga seorang perempuan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment