Monday, July 25, 2011

Seperti selalu

dia pisat-pisat matanya yang kuyu itu. "wah, pagi yang cerah" monolognya sendirian. terasa ringan kepalanya hari itu. lantas, dia bangun dan terus mencapai tuala di belakangnya. tombol pili air hujan diputar. rambutnya kini basah.
*****

"hello," sapanya ringkas.
"hello," jawapan di hujung talian juga ringkas. berkecamuk perasaan Aliyah, hinggakan dia tidak mampu berkata panjang seperti selalu.

*****

"kenapa nak jumpa? " Aliyah mengelak membahasakan diri mereka seperti selalu. ada sesuatu yang menghalangnya berbicara sedemikian. entah mengapa.

terdiam Izzat. dia pun mati kata. tiba-tiba terkelu lidahnya untuk berborak seperti selalu. kepalanya jenuh memikirkan ayat yang sesuai untuk dia memulakan bicara. mungkin, ayat ni sesuai kot. "Aliyah apa khabar? sihat?"

Aliyah tersenyum. sudah lama mereka tidak berjumpa. " Alhamdulillah, sihat. Izzat okay tak? nampak cam busy je sekarang?"

"ok gak. a'ah. haritu baru start praktikal. balik petang, dah macam orang kerja betul. malam pulak, da penat. ni je la masa nak jumpa Aliyah," jawab Izzat yang sudah mula selesa dalam acara-borak-kosong di warung kopi Pak Jabit itu. "Aliyah buat apa je cuti ni? praktikal jugak ke?" hanya itu yang Izzat mampu berkata. Dia hanyalah lelaki yang tidak pandai menyusun bait-bait puisi indah. baginya, cukuplah sekadar perempuan itu memahami dan menerima dirinya seadanya.

"a'ah. tapi praktikal lambat lagi start. dalam 2 minggu nanti. mesti busy jugak macam orang tu. haha!" balas Aliyah yang cuba menceriakan suasana. apa taknya, dari tadi hanya kedengaran bunyi kuali berlaga dengan sudip. Pak Jabit sekarang sudah tambah menu baru, Nasi Teow namanya.

*****

berdenyut-denyut kepalanya. dia mengerak-gerakkan jemari kakinya. entah alasan apa yang mahu dikaitkan dengan sakit kepalanya itu. mungkin satu eksperimen, yang hasilnya memang sudah diketahui. sakit kepala penawarnya mandi ye, cik adik. monolognya lagi. bingkas dia bangun, lalu membuka matanya. "ah, sakitnya," getus dirinya lagi sambil mengkusutkan lagi rambutnya. kali ini, dia malas mahu mandi. destinasi utamanya selepas itu? Dapur. uncang teh diambil. aroma semerbak di udara.

*****

"Aliyah," dia berkata. nadanya kali ini bertukar. sayup-sayup saja kedengaran suaranya. nasibnya baik. ketika itu, sudip tidak bersentuh kuali. jadi, Aliyah dapat mendengar suaranya dengan jelas.

"kenapa IZZat?" sengaja Aliyah menebalkan ton Izz itu. sebab selalunya, dia memanggil Izzat dengan nama itu. tapi tidak pada malam itu. Dia merasakan janggal untuk membalas panggilan Izzat yang juga seperti selalu, memanggilnya dengan nama Lia sahaja. Hatinya sudah mula merasakan sesuatu yang tidak kena. dia tahu, hanya dengan sedikit perubahan yakni panggilan namanya itu pun, boleh menunjukkan satu masalah besar dalam hubungan mereka. inilah yang dinamakan perempuan. fikiran mereka mudah terganggu dengan perkara sekecil ini.


Izzat terkelu lagi. dia mula tak tentu arah. tapi dia lelaki. dia pandai menyorokkan rasa gelabah itu dengan menunjukkan ekspresi muka yang tenang.

"Aliyah. Izzat nak jujur dengan Aliyah. Izzat rasa, Izzat tak mampu nak teruskan lagi. "
"Izzat cakap apa ni? Aliyah tak faham. cuba spesifik sikit,"
"Aliyah. Terus terang, Izzat tak mampu nak teruskan lagi. Izzat.. Izzat.."

suasana sunyi. masing-masing mendiamkan diri. hanya atmosfera warung Pak Jabit memenuhi ruang bunyi di antara mereka. Izzat mengeraskan dirinya. cuba menstabilkan keadaan dengan berdiam diri. sabar menanti reaksi Aliyah yang dirasakannya sudah cukup matang untuk mengetahui situasi itu. walhal, Aliyah hanya memandang bucu kaki meja. memandang seliparnya yang berhadapan dengan kaki pasangannya itu. selipar yang cukup dia kenali, selipar yang mereka sama-sama beli di Jonker Walk.

*****
"kau punya fav colour pe eyh?"
"apesal kau nak tahu? penting ke?"
"haha, saje je. tak salah kan,"
"aku suka warna biru. kau? warna pink kan, kan?"
"hotak kau. aku suke wane merah. baju aku pun banyak wane merah,"
"oh ye ke? aku ingat pompuan ni wane wajib dorg wane pink, haha!"
"takdela, mane ade. certain je. jap. kau suke wane biru?"
"yup. asal?"
"takde pape lah," teringat Aliyah pada lagu yuna-deeper conversation.

is your favourite colour blue?
are you always tell the truth...

*****
"Aliyah? dengar tak apa yang saya cakap tadi?"

tersentak Aliyah dari lamunan. "lelaki di depan aku ni memang jujur orangnya. kenapalah aku tak sedar dari dulu?" monolog lagi Aliyah.

"hurm. Aliyah dengar. tapi kenapa? kenapa perlu macam ni? Izzat marah kat Aliyah? takkan sampai macam ni sekali?"

"tak, Izzat tak marah kat Lia," LIA. itu petanda yang bagi Aliyah, menunjukkan bahawa lelaki yang dikenalinya itu sudah mula yakin dan selesa dengan perbualannya kali ini.

"Izz cuma rasa yang Lia tak seperti selalu. Izz rasa Izz tak dapat nak cope with this thing. Izz nak kite kenal dulu diri kita. kita jadi member? member rapat. boleh?"

"jap. Lia tak faham. kenapa tiba-tiba Izz jadi macam ni? Izz da bosan dengan Lia? Izz marah lagi pasal hari tu? ke Izz tak puas hati dengan Lia?"

"okay, okay. biar Izz terus terang. Izz tak mampu nak teruskan lagi hubungan ni. Izz rasa Lia bukan Lia yang Izz kenal dulu. Lia selalu tak anggap Izz ni macam separuh dari nyawa Lia. Lia pentingkan diri sendiri. Lia tak pernah fikir untuk berada dengan Izz bila Izz perlukan Lia. Izz sakit hati bila Lia pergi cari orang lain. Lia tak anggap Izz macam orang first yang sepatutnya Lia cari. You always turned to other guys or your what-so-called-BFF daripada Izz yang sepatutnya berhak tahu setiap kesedihan dan setiap kegembiraan Lia. apa Lia anggap Izz ni? TOYS?"

Aliyah tergamam. baginya, lelaki ini bukan seperti selalu. ada nada kesal yang tebal di setiap patah perkataannya. Aliyah mula sebak. tak pernah dia diajukan soalan yang begitu menusuk kalbunya.

" Izz sedar tak apa yang Izz cakap ni? bila masa Lia anggap Izz as toys? TAK PERNAH. bilanya pulak Lia takde bila Izz perlukan Lia? cuba cakap?"

" ada. haritu. Izz tengah kusut. Izz pening buat kerja Mekatronik . Izz sms Lia. tp Lia pulak nak tanak je layan. sepatutnya Lia support Izz, tapi ini tak. Lia pulak buat-buat merajuk. suruh Izz pujuk. Lia ingat Lia ni sape? budak kecik lagi? please be matured lah. "

"bila masa Lia merajuk? Lia just give you a space so that Izz can focus on that Mekatronik things! Lia fikir, it's better if i stop texting you at that time, kasi burden you hilang sikit. kalau Izz da fokus, senangla benda tu jadinya. kan kalau you text while you study boleh buat benda lagi kusut. faham?"

" eh tolonglah. Lia tak pernah faham ke, i've told you so many times before. Lia tak pernah menyusahkan Izz. Lia turns everythg back to normal. I'm happy when you're around me. "

"dah tu? kenapa Izz tetap nak kita jadi macam ni? kenapa takde happy ending lagi? kenapa?"

"because, Izz rasa Izz tak perfect buat Lia,"

*****
"eh, kau!"
"halamak. muke kau lagi!"
"eh, ni first time aku jumpa kau kat sini."
"haha, aku da 2nd time jumpa kau kot!"
"bilanya kau jumpa aku? ish, tak boleh jadi ni. pandai eh stalk aku,"
"aha, aku kan terer bab2 ni. takpe2. kita tengok bape kali kite terjumpe. setakat ni, aku yang menang okay, haha!"
"takpe2. next time aku boleh beat kau. eh, kau buat apa kat sini?"
"bweek. jgn haraplah. aku stalker terhebat. haha! urm, aku ada test math dkt dk5. kau?"
"aku ada discussion kat library'"
"wah, rajinnya kau,"
"takdelah, member ajak"
"oh,okayla. aku masuk dulu. test da nak start."
"ok ok. goodluck wey. bye!"

*****
Aliyah termenung. TAK PERFECT? istilah apa tu? tiba-tiba terasa otak tak dapat interpret apa yang berlaku. "aku ni perfect sgt ke sampai dia ckp macam tu?" monolog Aliyah lagi. Apa dia ingat, selama ini aku mencintainya sebab kesempurnaan dia kah? sejak bila aku perlukan KESEMPURNAAN dalam hubungan ni? aku tak perlukan lelaki yang terlalu mementingkan perfectness dalam setiap hal. biar dia messy- aku suka. biar dia selekeh-aku suka. biar dia drive mcm org gila-aku suka. biar dia berceloteh tentang benda yang aku tak pernah ambil tahu-aku suka. biar dia tunjukkan dengan bersungguh-sungguhnya pada aku perihal raket squash yang aku tak pernah pegang seumur hidup aku-aku suka. biar dia cakap tentang keenakkan sup ekor yang aku tak pernah layan semenjak istilah tomyam wujud dalam kamus hidup aku-aku suka. biar dia tunjukkan pada aku apa itu makan dengan nikmat-aku suka.

"hurm. Lia. i'm sorry," getus Izzat yang mahu menghidupkan kembali acara-borak-kosong itu. mahu tak mahu, Pak Jabit pula datang dan mahu mengambil order. seakan-akan orang kurang upaya, Aliyah masih membisu. Izzat pula pandai menyelamatkan keadaan, tidak mahu membiarkan Pak Jabit tercegat dan terpacak di tepi meja hampir seminit.

"Teh tarik satu," kemudian mengalihkan pandangannya kepada Aliyah. Aliyah menggeleng.
"makan?" kata Pak Jabit lagi.
Aliyah menggeleng. Izzat pun serupa.

*****
tengah hari itu sungguh membosankan. kuliah straight 3 jam dirasakan amat lama dan sungguh kejam. handphone dibelek.
Lia, free tak?
lepas ni gap. kenapa?
oh. Izz tengah gap jugak ni. tapi lepas ni kene pergi Tuto.
oh ye ke? bestla dia. tengah tepu ni dalam DK.
Lia, jumpa kat Kafe D boleh? sekejap je.
erm, buat apa?
Izz nak belanja. nak tak?
nak,nak! belanja apa?
Vanilla Iceblended. nanti datang tau. Izz tunggu.
okay. (:

cawan plastik itu bertukar tangan. sejuknyaa!

"thank youuu Izz!"
"sama-sama! bye!"
"haha, bye! belajar leklok!"

tempoh tak sampai 30 saat itu sangat membahagiakan buat diri Aliyah. atas kekangan masa, dia hanya melihat Izzat yang sayup-sayup kelibatnya ke bilik tutor bersama rakan praktikum.

Izz, take care. ily!
- tutur Aliyah di tengah-tengah padang.
tapi dengan nada perlahan sambil mengukir senyuman.

*****

".....kan Lia kan? Lia rasa kat sini ada lagi ke tempat yang boleh Izz..."

Aliyah telah hanyut dalam dunianya sendiri. kata-kata Izzat langsung dia tak hirau.

"....kat area Kampar ni semua da cover, ada tak kedai yang tak ambil lagi pakej ni...."

Aliyah sudah malas mahu mendengar cerita Izzat yang padanya tidak tahu memahami perasaan insan yang telah berkecai hatinya. Aliyah tahu, dia perlu berpura-pura untuk meneutralkan keadaan. SESEORANG PERLU MENGALAH, dan dia pegang prinsip itu pada kali ini. dia merasakan yang dia perlu mengikut rentak Izzat yang sedang bersungguh-sungguh menceritakan hal praktikalnya.

Izzat penat berbicara. lalu kembali diam. Dia tidak tahu untuk menyusun kata lagi. jelas melalui ekor matanya, yang Aliyah seakan-akan terpaksa mendengar celotehnya. dia tahu, dia yang mulakan semua ini. dia yang merosakkan mood. sejak awal lagi.

"urm. jomlah balik. dah malam ni," kata Aliyah.

*****

malam itu, malam yang bising. masing-masing sibuk menceritakan aktiviti yang dibuat sepanjang cuti raya berlangsung. masing-masing pun tak mau kalah.

salam.Izz, kat mana?
kat bilik. npe?
nak jumpa jap boleh? nak bagi smtg.
nak bg ape?
ade la. mane boleh bgtau.


bekas lutsinar bertukar tangan. si gadis tersipu-sipu malu.

"kuih raya? wahhh. thanks!!"
"haha, sama-sama. haritu Izz bagi dodol kan. ni Lia balas la balik. hihi"
"thank you sangat-sangat tau"
"no biggie!"

*****

Aliyah hanya mampu memandang tingkap, merenung jauh keheningan malam itu. tidak terdaya dia untuk mengalihkan pandangan. bimbang si dia tahu air matanya telah berkocak perlahan.

Izzat pula merasakan kali ini pemanduannya sangat perlahan. Dia sedar, Aliyah tidak bermulut kepoh seperti selalu. dulu, ada saja yang Aliyah mahu kongsikan. ada saja yang Aliyah dan dia nyanyikan bersama-sama. Izzat tak boleh lupa saat di mana lagu "Kalau berpacaran" dendangan Suhaimi Meor Hasan, Ana Raffali dan Altimet berkumandang di radio.

"eh lagu apa ni?"
"haaa. lagu ni tak boleh blah. best gila!"
"apa tajuk dia Izz?"
"kalau berpacaran"

boleh pandang-pandang
jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang
bertambah sayang..

"hahaha! a'ah la Izz! kelakar!"
"kan? kan?"
"lagu baru eh? tak pernah dengar pon?"

...dan perbualan itu berterusan sepanjang perjalanan mereka di sekitar Masjid Shah Alam.


Izzat juga masih tidak dapat melupakan di saat dia menguji Aliyah dengan lagu Hujan.

"Lia, pernah dengar lagu ni?"
"pernah, bestt!"
"Izz selalu tak pass satu part ni. yang dia kata "stop" tu. tak dapat nak agak la beat dia"
"alah, senang je. haaaa haaa. part ni... STOP"
"wahh. terer giler Lia!"
"haha, senang je la tu!"

lantas, mereka menyanyi bersama-sama apabila vokalis si Noh bersedia memasuki korus.

alangkah, indahnya dunia
bila kita semua tak akan membesar..

*****

"thanks Izz. maafkan Lia atas semua salah silap Lia selama ni. bye. "
"eh Lia, kejap. Izz nak pulangkan ni,"
"apa tu?"
"ni kotak yang Lia bagi kat Izz. urm, patung Domo tu Izz simpan boleh? ke nak Izz pulangkan?"
"eh, takpela. Izz simpan. ada lagi pape?"
"urm, tak."
"oh okay. bye!"

Aliyah berjalan laju-laju. air mata kini sudah membasahi bumi. Dia tidak mengharapkan pengakhiran sebegini. atas alasan itu juga, dia benci dengan setiap permulaan. dia tahu benda itu tidak kekal. Dia tahu, dia tidak patut bagi muka lagi. Dia dikecewakan dengan begitu teruk. Dia benci keadaan di mana dia rasa dia hilang tempat bergantung. dia tidak patut bergantung sepenuhnya kepada lelaki itu. lelaki yang telah mengambil separuh nyawanya. yang semakin hari semakin hilang nyawanya dek terpaut rasa sayang kepada lelaki yang bernama Izzat.

*****
(new message)
salam. Izz, how are you?|
salam. Izz.|
salam. |
|
(close)


(new message)
salam. hi Izz! |
hi Izz! |
|
(close)



(new message)
Izz. do you know how much i miss you?|

(close)

Close message: save to Drafts/delete

(select)

Saving message to Drafts

-fin-

4 comments:

Bella Lim said...

apa ni? kau copy ke buat sendiri? kalau copy aku taknak baca. kalau buat, nak la. hahaha

syarahyusof said...

hampeh kau. aku kan novelis! pfftt.
betul laaa~ (:

Bella Lim said...

apa yang betul? buat sendiri ke?

syarahyusof said...

iye, buat sendiri. idea tiba2 mencurah. manfaatkan je mase yg ade. bangun2 je, terus on lappy. :)