Ke hadapan saudara AH, semoga saudara sihat-sihat selalu.
Pertamanya, saya ingin memohon maaf kerana terlalu lambat untuk mengarang surat ini kepada saudara. sepatutnya, surat ini sudah saya kirimkan kepada saudara kira-kira tiga tahun yang lalu, iaitu pada saat kali pertama saudara memberanikan diri untuk bersuara. Saya yakin, mesti para gadis di luar sana sangat-sangat menyimpan perasaan kepada saudara. sudah tentunya, saya juga tidak terkecuali dalam hal ini.
Pada tahun 2008, saudara telah berjaya membuat suasana menjadi gegak-gempita. semua orang, khususnya di tempat saudara berbisik-bisik tentang kehadiran saudara di ruang mereka. pada masa itu, saudara sahajalah yang telah berjaya merealisasikan mimpi kanak-kanak yang dekat dengan hidup saudara. kanak-kanak yang akhirnya telah berjaya membuka mata saya supaya menjadi insan yang lebih berguna.
kata-kata Pak Harfan menggegar minda saya. "Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya". satu dialog yang bagi saya, sudah lama tidak wujud dalam kamus hidup saya. Hidup pada masa kini penuh dengan jiwa kelajuan. penuh dengan sifat materialistik dan bukannya penuh dengan kurikulum insaniah seperti yang diterapkan oleh saudara di bumi Belitung. satu bumi di mana saya hanya tahu kewujudannya selepas dibisik oleh saudara.
nampaknya, sampai di sini sahajalah saya mampu mengarang surat yang mungkin tidak akan saudara membalasnya kembali. Saya harap agar saya dapat bertemu dengan saudara satu hari nanti. ya, pada hari saya ada seratus dua puluh ringgit malaysia.
Sekian, Terima kasih.
Yang memujamu,
sya.
p/s: hey, nice to meet you, mistaa. (:
(AH ialah singkatan untuk Andrea Hirata, seorang novelis terkenal di Indonesia. karya yang telah mempopularkannya ialah novel "LaskarPelangi" yang telah diangkat sebagai judul filem pada tahun 2008. novel itu juga merupakan salah sebuah novel daripada tetralogi yang telah dihasilkan oleh beliau selain "Sang Pemimpi", "Enderson" dan "Maryamah Karpov")
No comments:
Post a Comment