"..Antaranya, mungkinlah pengaruh persekitaran. mungkin jugak buku2 yg saya baca... saya banyak baca buku mengenai remaja2 barat. sbb apabila apa yg kita baca, sgt mempengaruhi pemikiran kita. saya berpegang kepada prinsip, you're what you eat, you're what you read. jadi apabila saya membesar, saya banyak membaca buku-buku mengenai remaja2 barat, saya agaknya terpengaruh. lepas tu tengok tv..."
"..i think, it's the time because ,saya ingin menzahirkan cinta saya kepada Allah. bukan saya pakai tudung terus,tetapi saya telah perbaiki solat saya dahulu, kemudian saya rasa tak cukup, lepas tu saya nak tunjukkan bahawa saya benar2 berubah. jadi dengan salah satu caranya ialah dengan menzahirkan melalui pakaianlah. because nk tanak, org akn menilai kita melalui pakaian kita, dan pakaian kita ini menzahirkan siapa kita. dan saya rasa, saya mahu dikenali sbg wanita muslim.."
"...setiap hari, saya berdoa dengan doa Rabbana La tuziq qulubana ba'ada iz hadaitana wahablana milladun karramah, innaka antalwahhab..Ya allah, ya tuhanku, jgnlah engkau tarik hidayah kepadaku setelah engkau berikan aku hidayah. yang paling menakutkan saya ialah, Allah memilih orang2 utk berubah. maknanya, ada org tu u buat apelah kat dia, u cakap macam mana lah kat dia, tetapi telah dianyatakan di dlm Al-Quran, mereka akan buta, mereka akan pekak, u ckp baik mcm mana pun, mereka takkan dengar, mereka takkan faham, mereka takkan nmpk benda2 baik. jd saya rasa, alhamdulillah sbb saya nampak.kerana Allah tidak membiarkan saya terpesong dan terkapai-kapai seperti ramai rakan saya yang lain."
"...alhamdulillah, rasanya kan, org yang mengambil langkah ke jalan Allah itu takkan pernah rugi, takkan pernah menyesal. saya sama sekali tak pernah menyesal dgn keputusan yang saya ambil. malah, saya cukup2 bahagia kerana saya tahu bahawa "whatever happens, I trust Allah and Allah is the best for me. and what's happening now, this is the best for me and insyaAllah, saya mengharap kita semua mencari kekuatan itu untuk melakukan sedaya upaya, sebaik mungkin utk menjadi muslim yg lebih baik lagi. baca Quran dan cuba ambil langkah sedikit demi sedikit demi sedikit. InsyaAllah, you'll feel very happy because islam is cool and islam is the only way of life.."
p/s: a really inspiring story from Wardina. from a model, to a muslim idol. (:
No comments:
Post a Comment