"argh. kusut! apehal takleh tido ni. macam bab lah!"
-begitulah setiap malam. Senah serabut. entah ape lah yang ganggu fikiran dia.
"tidurlahhh, tidurlahhhh!" Senah pisat-pisat mata. "ini mesti kerje nescafe jahanam tu. apejad pulak nehhh. salu relaks je terlentang. apekes pulak satu cawan boleh bagi effect sampai subuh!"
katil bergegar-gegar. "weh Senah. kalau ye pun, turunlah bawah, guling sepuas hati! jangan kacau aku nak tido la mangkuk tingkat 18!"
"grrr. Finelah!" katil digoyang lagi ligat.
"SENAH!!!! kalau kau nak aku siram kau ngn air megi basi yg da berzaman atas meja study kau tu nak?! " Lily menjerit sambil menyepak-nyepak papan lapis katil atas.
"HEHE. sorry! aku tido. promise!" Senah tiba-tiba teringat kes Vivaz dicelup secara tidak sengaja ke dalam mangkuk megi yang sudah tentunya berpenghuni (err, ade isi la maksud dia). Senah tersengih. itu semua gara-gara terkuis Vivaz yang berada di tepi katil. Hampir seminggu jugak bau megi itu beransur hilang.
Senah cuba menyestatikkan (men-statik-kan) badan. bimbang menggangu ketenteraman org bawah (... atau cuba menyelamatkan diri dari simbahan megi?) "bodohlah. aku da selak nota bagai nak rak. takkan kimia organik ni tak mampu buat aku tido? ish, tak mungkinla. what's wrong Senah? what' wrong with me?" Senah membebel dengan dinding yang tak berapa cantek. almaklum, dinding itu mula dipenuhi contengan lirik-lirik indie yang sukar difahami orang arus perdana.
"hurmph. tak leh jadi ni" Earbuds disumbat ke lubang telinga. skrin Vivaz disentuh mesra, mencari Tracks. paparan "play" bernyala. jari telunjuk segera menyentuh logo "shuffle". Disentuh lagi paparan berbentuk next song.
Senah cuba melelapkan mata, mengharap lagu yang diputar secara random itu memenuhi seleranya. Dulu, Senah pernah melontarkan satu teori. "jika benar sesuatu benda itu ada connection, tak mustahil kedua-duanya boleh automatically connected". Tapi, Senah praktikkannya ke dalam muzik yang akan dimainkan oleh Vivaz kesayangan.
...masih ada dengar tawamu, masih ada simpulan senyummu...
"Bodoh. kenapa lagu sial ni keluar." getus hati Senah. ditekannya lagi Next.
...tak usah kau terangkan ku tahu, potret wajahmu di setiap penjuru..
"apehal pulak Noh menyemak time macam ni.." dengus Senah lagi. makin serabut kepalanya.
***
"Senah, kau comel lah"
"kau apehal nak puji-puji ni?"
"eh, puji pun salah? bukan nak kata thank you. sokaylah, ur wc!"
"pfft. whatever."
"cubalah ceria sikit? setakat Kimia je kot, ape la sangat"
"ape la sangat? ape la sangat kau cakap? Kau apehal nak perli-perli? it's just my same old weakness that i can't handle anymore. kau tak boleh ke bagi semangat sikit? for God sake!"
"okay okay okay! cik senah intan payung, i believe in you. you can do better next time. anything, i'll be by your side. so, dont worry. kita sama sama usaha nak?"
***
Senah tersenyum.
Shoot. teringat kisah lama. segera Senah padamkan memori indah lalu. dibeleknya Vivaz dan lagu "Holes Inside" berkumandang sudah hampir 3/4. dibiarkan sahaja lagu itu. dipejam-pejam mata, ditekap-tekap lagi dengan bantal busuk pink yang dibawa dari rumah. kali ini, Senah cekal. tak mahu terus-terusan melayan perasaan. dibukanya pula laptop di sebelah, cuba mencari benda yang boleh melelapkan mata.
***
slide Sistem Komputer dan Aplikasi habis dirobek. dari bab 1 hingga bab 9. semuanya berjaya dikhatamkan.
"Haram jadahhhhhhhhh. aku nak tidolah, tolonglah la fahaaammm!" gertak hati Senah. jam sisi kanan sudut penjuru bawah telah menunjukkan pukul 5 pagi. katil bawah da beberapa kali bergegar. mungkin Lily mimpi indah-indah, Senah pula? mimpi punah-punah. Rasekan cik Senah! gatal lagi minum nescafe. kau tau kan nescafe tu effect dia banyak. yang paling dashattt? buat air kencing kau bau macam air tu jugak. Disgusting!
tiba tiba Vivaz bergegar. Senah hairan, malaun manelah yang gatal tangan kacau aku. mesti Hotlink siodd ni.
"salam. hey dear. goodmorning! bangun solat subuh."
Senah pisat-pisat mata, tak percaya mesej itu datang kepadanya. datang dari nombor yang tak dikenali.Senah cuba menahan perasaan, tapi sifat ingin tahunya membuak-buak. lantas, dia memberanikan diri membalas mesej itu.
"tq. siapa ni?" ditaip setiap aksara itu dengan ayat seringkas mungkin. takut agaknya pengirim tersalah hantar. kang tunjuk eksaited lebih-lebih, dapat malu baru tahu.
A:"tak ingat?"
S:"kau sape ha?
A: kawan lame kau
S: jangan main2 lah gile.
A: aku tak main2. sj nak kejut kau
S: apekes lak?
A: ntg. chat later. subuh da masuk. bye
S: weh. bagero. bye
***
Senah terjaga. terjaga dengan kain telekung lengkap tersarung di badan. dirinya tertidur di atas sejadah.
"aku mimpi ke tadi? cis. baru nak euphoria sikit. haha!" Senah bercakap sendirian
"Senah oi, kalau ye pun, jangan la empang jalan. lagi satu, handphone kau tu silent la. subuh tadi da memekak-mekak. aku nak tido pon payah. kau ingat kau sorg je ade enpon?"
"jeles lettewwww! eh wait. did you said that my handphone, si Vivaz tu memekak-mekak? did you mean ade bunyik mesej masuk?" senah tak faham sambil melipat telekungnya.
"iyelahhh. aku cakap bende betul, takkan nak burak pulak. mane pernah enpon kau tu bunyik bagai nak rak. " Lily berlalu pergi, malas nak layan rumate yang masih mamai.
Senah lambat-lambat mencari Vivaz, mengetahui hakikat dia baru saja terbangun dari mimpi.
"Dear, GoodMorning! (;"
Senah tersenyum dan ini bukan mimpi.
p/s: pheww. jom tido.
No comments:
Post a Comment