Thursday, December 22, 2011

label


salam

“Label”- a thing that most of the malls got. The thing when you classify a subject, the thing when you put something in a group, put some marks on them,etc. I repeat, it is for a THING, not for homosapiens, more likely to THINGS. Concrete things. Things that can be touched, can be seen by naked eyes and can be touch by our bare hands. Not for homosapiens. Not for you, and indeed, no for ME. Capital M and E, joined together. Understand?

Dah kenapa aku berbahasa omputih tunggang terbalik? Dah kenapa aku cakap pasal label? Dah kenapa, dah kenapa,dah kenapa? Shut up. All things have their own reasons, BUT  do I need to tell you? Should i? patut-KAH? Hurmph. Itu dia. Aku mengeluh lagi. Apa dunia ni takda orang mengeluhkah? Aku rasa dah menjadi satu keperluan. Keperluan yang sama dengan orang perempuan perlu belek cermin setiap hari. Keperluan yang sama dengan semua orang yang korek hidung setiap hari. Keperluan yang sama  dengan keperluan orang yang berada di kutub Artik sana. Keperluan untuk menjadi orang. Keperluan untuk menjadi hambaNya. …dan pelbagai keperluan yang aku rasa kauorang boleh cerna sendiri.

Berbalik kepada topik asal : Perlu atau tidak manusia yang di namakan manusia sejati itu meletakkan label dengan sesuka hati ? (bahasa pasar: suke suki ekau jo). Label macam ini:
·         Dia geng dengan kauorang ja. Bukan aku.
·         Dia spesis yang pupus. Susah nak cari weh
·         Awak lain dari yang lain. Saya suka awak
·         Honestly, you yang I nak. You bukan macam dia. Dia tu keparat.
·         Budak rosak macam dia jangan di kawan. Kang tak pasal terjerat

Dah kenapa statement nombor 3 ngan 4 tu lain macam je? KAHKAH. 

Jap. Perlu ke semua ni? Perlu ke ber-assabiah tak hingat dunia? Macam zaman arab jahil dolu-dolu. Eh Pakcik, eh Makcik. Dengar sini. Kau duduk dekat mana? Zaman mana?  “Welcome to Malaysia!” – bak kata pramugari chantek dekat airport. Seriously, these people do exist. Yup, masih wujud. Dan mungkin aku pun termasuk dalam kumpulan majoriti itu: Orang yang Suka Melabel Orang Lain.
Like what da heck? Kau sendiri nak tarbiyyah orang tapi kau sendiri bengkok? Ibarat sekejap kau bertudung labuh, sekejap kau bertudung bawal selimpang habis.

SNITZ.

Terasa weh. Dan kejap. Isu tudung labuh atau tidak, merupakan satu isu yang aku rasa hangat. Bukan hangat di kepala siswa siswi di UM cawangan Terengganu, tapi dalam kalangan mata kaki badan tangan aku. ENTAHlah. Aku bukan skeptikal, tapi cuba berfikir selagi mampu. Tak salah kalau that woman trying to cover her aurah, it’s an obligation. She’s trying so hard until that some time,iman tak kuat, akidah tak mantap, membuatkan dia kembali ke zaman jahil dia dulu. Buka aurat balik. Pastu tutup balik. Bukak balik. Bukak katup, bukak katup, bak kata nenek aku. Adoih. MASALAH dan MASYALLAH.  Mintak Allah lembutkan hati dia. Siapa aku dan siapa kau nak tegur atau mengumpat bagai nak rak? It’s her matter, not yours. Hati kau bukan aku yang pegang, tapi Allah yang pegang.
Masalah apa lagi yang aku terpaksa hadap ini?

LABEL.

Aku cepat melabel orang. Padahal dalam Islam dah kata, semua manusia itu sama. Yang membezakan cuma TAQWA, not LABEL.
Haihhhhhhhh. Surely, my problems are being seen as “ape kau merepek pasal benda kecik yang tak masuk exam” or “kau ni buat kusut aku je membaca blog kau” orrrrrr “perlu ke kau nak tulis kat sini pasal masalah kau?”
I don’t care and I simply don’t. it’s my way to express things, untuk menilai kembali diri sendiri. Mana tahu, ada orang tergerak hati atau tersama hati dalam menghadap benda ni. …atau mungkin perkara ni pun buat kau kusut.
SORRY. Blah sekarang. Bye.


p/s: mungkin aku perlu bukak table. Hujung bulan satu nanti aku cuti. Siapa-siapa yang sudi nak buat kerja FOC (free of charge), macam bagi kata-kata dan ayat-ayat baik, atau cuba nak setelkan masalah aku,
COME FETCH ME.
Seriously, I need people like you guys. Ada pandangan hidup yang mungkin berbeza dengan aku. Tolonglah bagi aku kesedaran sikit. Takpun bagi aku buat aktiviti yang bukan rutin, yang out of mind.
Papehal, roger je lah. Kalau takda aral, aku try reserve satu table untuk kau, try arrange appointment dengan kau. Try to do it as formal as I can. KAHKAH. Perlulah? :P
*Ini serious, ini keperluan bagi aku. Perlu tak bermaksud wajib, tapi sekadar memenuhi satu slot dalam kehidupan aku. Sebagai remaja yang serabut memikir masa depan dan masa lampau. (jgn fikir aku ni macam orang da putus asa dengan life) TAKLAH. Aku still normal, masih waras. Mampu lagi tergelak macam setan. Haha. (; wassalam

No comments: