Friday, January 27, 2012

cerita minggu lepas

hey beautiful creature! salam! :D ( ini karangan panjang)

last week, exam untuk 1st sem melabuhkan tirainya secara rasmi pada 16hb. dlm 17hb, aku bergerak ke Machang. saja-saja merasa nak berjalan jap kat Kelantan, ditemani rumate tersayang. (yeay!) the day before, memang da plan bagai nak rak. nak pergi sinun, nak pergi sane, nak pergi sini. yang paling tak sabar, ktorg (eh, aku tak termasuk) nak tunjuk skil memasak kat rumah Shu. yelah, masing2 duduk dalam hostel, mane ade dapur nak masak. lagipun, nak gak torai masakan depa. :P

nak dijadikan cer, gerak dari mbkt pukul 3, sampai machang around 5.30pm. terus beli tiket bas utk si Syira. sekali tu, tiket yang ada cuma pg besok. like waddetropikanahell? BESOK?! eh helloooooooo.  kitaorang da bersusun tau plan utk bersuka ria di Kelantan tersayang tu. alih-alih jadi cenggitu? aduhai. mmg xde rejeki. so, we bought that ticket then without wasting no time, terus kitaorang cari makanan for dinner. as usual, KFC menjadi pilihan. :)

sampai rumah Shuha dalam maghrib. usai solat semua, aku pun dah nak bukak aku punya plastik kfc tu. sekali, kedengaran dialog seakan di bawah,
 BB: eh, nak makan ayam je ke? tanak nasi?
HTC: em, boleh jugak. kita masak nasi.
BB: kita kalau nak makan nasi, kena ada benda pedas. takpalah, meh kita buat sambal tumis.
iPhone: ohkay chunnnn. kita tak kesah.
HTC: korang takpa ke makan nasi kosong? maksud kita, takda kuah ke sup?
iPhone: kita da ada ayam pun sokay.
BB: err. a'ahlah. kita tak reti buat sup la.
HTC: korang buat je la pape pun, kita tak kisah. eh iPhone, bila lagi nak tunjuk skil?
iPhone:  ha? kita ke?
BB: a'ah la iPhone. buat je la pape, janji berkuah.
iPhone: *gulp


TADA!

******
resipi tomyam ala campak-campak
bawang putih (3 ulas, lantas diketuk dgn pisau smpi penyek)
lobak merah (separuh batang, dipotong bulat nipis)
cili api (5 biji, lantas diketuk dgn pisau smpi penyek)
bawang kuning (1 biji, dipotong bulat)
pati tomyam (2 kiub)
garam secukup rasa
*******
see? bahan-bahan sgt limited ye cik adik sekalian. how am i suppose to make tomyam?! erghh. daun limau takda, batang serai takda, etc pun takde. (etc tu bermaksud bahan lain yang aku tak tahu kewujudannya) haha! tapi kiub pati tomyam mmg membantu. cuma tawar sikit la. :P

lupekan pasal memasak, (keesokkan harinya iPhone ditugaskan lagi utk memasak sup. like always, ada pulak kewujudan kiub pati sup ayam. HAHAHAHA. ..and the rest is history..) :P


bila da pagi, berangkat la ke tanah merah untuk menghantar Syira. the time for the bus to depart is around 9:30. tapi bila tanya kat kaunter pukul 10:30. okay, boleh bersabar lagi ye dekat terminal tu. boleh la lagi mengipas-ngipas badan dengan sokaba. boleh lagi enjoy makan jajan tengok orang lalu-lalang. but then, bus delay. AIGO. tunggu sampai 12:45, baru bas sampai, itupun bas ganti. PERGH.  boleh la lagi kan aku and the rest menyumpah seranah bas tu. kesian syira. sabar je la duduk dalam bas macam tu.

then, fiza (my besties) bawak pusing2 uitm machang,

 pergi tanah merah pergi beli tiket train. TRAIN? yeah, ketapi la. KTMB. dah lama teringin nak naik ketapi sorg2, especially utk perjalanan jauh. jadi, aku beli tiket untuk yang ada katil. saja nak try. harga pun boleh tahan (terpaksa ikat perut) hahaha.

7.55pm(tanah merah)  >  4am (kuala lipis)  >  5am (gemas)  >  7am (seremban)  >  8.30am (KLsentral)

phew. jangan tanya aku pukul 8pm-4am tu aku kat mana. serious aku tak tahu. semuanya gelap gelitoo. haha. igt nak amik tren pagi, tp mengikut nasihat si fiza, aku pun naik yang malam punya. so far, the journey was awesome. tp bosan la sorg2. aku nak borak ngn mak cik katil seberang pun, alahai. awal2 lagi dia da tarik langsir. ish. baru nak bermesra-mesra, dah kene setepek. -_-"

pengalaman paling taleh lupa?
1. solat atas katil. yup, disebabkan da layak dapat title musafir, aku plan nak solat kt surau dlm ktm itu sendiri. tapi i was so afraid of strangers who will take my belongings, aku solat je la dlm tempat aku tu sndiri. the moment was priceless. you shud try it. :)

2. aku tak jumpa katil aku masa mula-mula naik koc. aku tawaf dlm 3-4kali gak la. dahla num katil macam tersorok je. aku pun da la first timer. so, aku main bukak je langsir satu-satu. mmg kene pandang serong la. aku pun bangang gak. lupa ada yang da naik awal2 lagi kat stesen sebelum ni. malu kemain aku tanggung. aku tanya orang2 kat situ pun, dorg buat derk. aihhh. menggelegak. nasib baik makcik seberang katil tu tunjukkan katil aku. thanks ye mak cik! :)

3. dapat tgk sunrise! yeayyyyy. haha. seronok kemain tau. subhanallah. cantik. tapi lagi cantik kat pantai tok jembal haritu. :)

4. jejak klsentral dengan muka macam harammm. haha. aku rasa serabot gila dengan muka tak basuh, gg tak gosok. it's terrible! :P

5. takut tengok sistem token dekat putra lrt. at first, aku mcm arghh. macam mana nak guna benda alah tu?! tapi berbekalkan semangat backpacker, redah je la. tanya and observe org keliling. PASS! like a boss~
:)

6. semangat berdikari bertambah satu level. semangat kena pandai jaga diri kat tempat orang pun bertambah satu level. semangat insaf dengan Ilahi pun bertambah-tambah levelnya. baru kena uji sikit, da meraung bagai nak gila. chill syara. Konfiden Mesti Ada. :)


dahla. itu je nak share. siapa-siapa yang nak try naik train jarak jauh, sila lah. jangan lupa bawak bekal nasi/makanan berat2. sebab dalam train satu dish aku dengar rm5,rm6. giloo. :P


p/s: thanks to everyone yang menjayakan misi kali ini. :D
ehem, thanks jugak kat Hlovate sebab bagi ilham nak backpacking, baru nak berjinak-jinak.papepun,  akak Hlovate, you're the best! :D 

3 comments:

airylle eqqwan said...

mungkin pas ni leh cuba blk dr machang ke perak plak..huhu..patah pggang..huhu

Anonymous said...

ape kes sampai xtau gune token lrt? Dah lame sgt ke duk ganu smpai lrt da tuka token pn xtau.haha so funny

syarahyusof said...

syira: bukan setakat patah pinggang, tulang belakang pun boleh reput. :P

anon: LOL. agak2 dalam 2 bulan la xjejak KL. mase bulan 11 belum lagi dikuatkuasakan token tu. harap maklum. :P