Sunday, March 25, 2012

the story

salam. ( it's gonna be a long post here. ignore my grammar, my typo, or whatsoever, i'm not a band 6 achiever)


last week, budak-budak yang lahir tahun 94 dapat result SPM. bukan main sakan newsfeed kt fb aku. berduyun-duyun nak state pasal dorg punya result. aku tahu, aku pun pernah alami zaman itu. ke-eksaited-an melampau. congrats to those yang score, yang dapat capai target, yang terlebih target, yang lompat-lompat girang sebab tak espek nak dapat result yang macam GAH gila tu. seriously, Congrats! :)

mesti ada sebilangan yang cuak gila before dapat result. ada yang dupdap the night before sampai tak boleh tidur. ada yang plan nak off phone the whole day, malas nak jawab pertanyaan member, saudara, bapak saudara, mak saudara, anak buah, kawan mak, kawan abah, jiran sebelah rumah, jiran bawah rumah, jiran atas rumah, cikgu tuisyen, tempat tuisyen, even boyfeee, girlfiee dan seangkatan dengannya. konon fobia nak jawab fon padahal sebenarnya eksaited jugak nak menanya orang lain punya result berapa. HAHA. biasalah, tahap ke-eksaited-an melampau. selain tu, ada gak spesis yang dah plan nak disable/hide wall fb, deactive fb, sign in as invisible kt ym, taknak log in skype, tanak update blog, tanak bukak laptop, and the worst, simpan laptop dalam beg laptop dan zipkan beg laptop dan letak beg laptop dalam almari, konon tempat paling tak nampak supaya keinginan nak bertanya dan ditanya pasal result tu boleh terhapus dengan mudah. KONON lah. haha. :P

cerita pasal sekolah pun best jugak sebenarnya. ada certain school yang mewajibkan, i repeat, me-WAJIB-kan pelajarnya supaya memakai baju sekolah masa nak amik result. serious tak tipu. sampai kena halau oleh papa n mama guard. pastu, parents pulak yang buat kecoh, turun dari kereta, maki-maki sekolah, tuduh itu ini. haih. ada gak yang tak dapat result SPM sebab tak hantar buku spbt. haha. part ni paling best. sebab aku antara AJK kelab SPBT. sekolah aku antara kelab spbt teraktif di Malaysia. (pergh, bongkak bongkak) so, bila tengok muka dorang yang baru nak pulangkan buku, sambil sumpah seranah kat ktorang. aku rasa nak bedal dorang pun ada. sapa suruh tak alert, malas pulangkan buku masa habis exam dulu? pastu, sebok panggil parents suruh backup, konon suruh tick kat buku log yang dorang da submit. aisyh. parah~ malas nak layan orang macam ni.

masa pagi before result SPM keluar pulak, aku rasa line maxis, digi, celcom, tunetalk, umobile lah yang paling busy dan paling kaya. sebab bakal pengambil result ni saling berkomunikasi antara satu sama lain dari segi:
  • weh, pukul berapa kau pg skola?
  • pakai baju apa?
  • amik result kat mana?
  • kau g ngn sapa?
  • kau da ready? aku cuak doe
  • best of luck rakan rakan sekalian!
  • etc
 kan? exclude telefon  pejabat sekolah yang memekak pagi-pagi buta. kesian kerani sekolah kena angkat soalan bertubi-tubi drpd parents yang terjangkit penyakit ke-eksaited-an melampau ini. :P


pastu, scene yang paling klimaks ialah scene pengumuman result. oh shit. memang nightmare gila. waktu tu lah kau tahu yang langit tu tinggi ke rendah, berbaloi ke tak apa yang kau da buat selama ni, kira terbalas la jasa mak bapak kau yang hari-hari dok bebel suruh kau study demi masa depan, blalala. AND, that is also the time which determines your future. masa tu,  di atas pentas itu, setiap bijik mata, setiap pasang telinga, setiap hati, jantung, buah pinggang, urinary tract dan sweat duct kau memainkan peranan nervous tu. kalimah doa, selawat, zikr dan segala ayat untuk mengukuhkan kekuatan iman, hati dan perasaan terus dibaca berulang kali. masa tu kau tahu, tugas kau hanya tinggal tawakal. apa yang kau patut buat ialah redha dan redha. berkali-kali kau pujuk hati, jangan nangis. mental kena kuat. semangat pasti ada. whatever happens, it comes from Allah. masa tu, minda kau akan automatik flashback apa yang kau dah lalu masa zaman persekolahan yang lalu.

...saat-saat bangun pagi, gosok baju, basuh kasut, pergi tuisyen, stay up, tekan calculator sampai lebam, pergi seminar itu ini, makan kat kantin,  bunyik loceng ,  tudung tak jadi, kedut sana sini, buku tak balut, homework tak siap,  report tak hantar, ada latihan kawad, ada sukan sekolah, ada lawatan sekolah, ada crush kt senior, ada adik angkat, rindu conteng pintu tandas, celebrate birthday dengan tepung kat depan gate sekolah,  acara lompat pagar, acara masuk bilik Hep jumpa cikgu disiplin,etc.

pernah terfikir tak masa tu tak boleh diputar kembali? aish. boleh meleleh air mata kalau dikenang saat-saat macam tu. aku pun tak terkecuali gak en. :P

tapi, aku kadang-kadang rasa sekolah kejam. sebab masa pengumuman result tu, MC akan reveal the names of the top students. bermula dari yang dapat 6As and above; iaitu yang dapat straight A+. chun gila lah sapa dapat result gempak tu. but, how about their friends yang tak perform? pernah terfikir? -.-"

tp on the other side, it's good though. inilah satu-satunya cara untuk meraikan mereka yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. kan? think positive. kalau pihak sekolah tak buat, siapa lagi? takkan pelajar jugak yang nak kene mengofferkan diri kat atas stage,

"hey guys! i've got straight A+! EKAU ADO?!"

 -memang kena lontar dengan pasu agaknya budak despredo macam tu. haha! :P


at the end of the day, you can see there are major differences between those yang dapat result ok ngan tak ok.

result gempak- sesi peluk cium muah muah kat parents, cikgu, etc. tersenyum sampai makcik cleaner yang kau tak pernah tegur sepanjang 5 tahun kat sekolah tu pun, habis kene tegur.

result separuh gempak - tersenyum gak tapi takdelah sampai semua orang kau nak tegur. kau tahu orang mana yang kau patut cakap congrats, dan org mana yang patut kau tanya resultnya.

result hancur- yang ni memang lepas dapat result jumpa cikgu sekejap je, then blah. malas nak jawab pertanyaan orang di sekeliling.

result yang tak dapat nak detect ok ke tak- orang ni paling aku respect.  dia pandai sorok feeling dia. jumpa cikgu, peluk cium. jumpa member pun senyum. buat ilek je. muka terlalutenang. tapi bila orang tanya, dia buat dunno.  sebab tu tak tahu org tak tahu dia cemerlang/baik/lulus.



kelakar kan? those are based on my experiences, lain orang lain experience lah. :)

p/s: later2 nak update pulak pasal perjalanan lepas spm. (da berkurun baru rasa nak cerita kt blog ni)

toodles! :D

No comments: