Saturday, April 21, 2012

20 april tahun lepas

hari semalam, hari bermakna. tarikh yang sama, kita menjerit kegembiraan. pakat eksaited keluar dewan. boleh dikatakan semua orang terlupa nak tanya "amacam tadi? okay tak?" yang kedengaran cuma " kau balik kul bape? sape amik?"

yeah, 20hb april 2011. tarikh keluar matrikulasi. berakhir segala kegembiraan, segala kesedihan, segala episod yang tak pernah dialami.

berakhir zaman baru mengenal erti berdikari. :')

the practicum
makan makan!

tahun lepas, birthday aku jatuh pada final paper BIO/FIZ -.-"

alkesah,masa hari tu, aku ingat lagi. kita semua pakat jumpa lect. sesi minta maap, mohon halal ilmu, habis satu blok kita pusing. ingat lagi OSC? tempat kita copy report masa hari jumaat lepas kelas? punyalah penat menyalin non stop, siapa habis salin dulu, dia memang terer la. haha.

geng osc hari jumaat :P

ingat lagi kafe? tempat menempel tunggu tempe? tempat menyumpah seranah kalau dapat harga mahal dari hari biasa. padahal lauk sama je. lagi-lagi kalau kena dengan akak mekap tebal. adoyai. malang gila. kau ingat tak?


ingat lagi astaka? tempat kita punya kelas koko bersama ayahanda. kemain lagi sesi briefing, tengok-tengok kelas tak sampai sejam, dah dapat pelepasan g sarap roti canai kat kafe D. lagi haru bila terkenang balik hari aku kena berdiri, denda nyanyi lagu KMNS depan h5p1 ngn h5p3. taktahu nak sorok muka kat mana weyy.
geng h5p1, h5p3

pastu ingat lagi tak time kita kat surau dengar ustaz mokhlis ajar agama? dia punya slang jawa yang tak pernah padam, ditambah pula dengan misai comel dia tu. hihi. tak lupa gak sesi skandal dan gosip hangat ngan budak Fizik. lawak Ainur dengan Hijrah. lawak Jaja dengan budak Fizik kawan si Hijrah. dan gurau manja Ustaz ngn Aini.  HAHAHA. sumpah comel.
pailang-pailang kelas ustaz MOKH. :P

petang-petang, habis je lect, kita bukan terus balik bilik, tapi pg Kopsa. konon lepas stress la, padahal dalam lect korang tersengguk-sengguk. sampai je situ, pakat beli askem singgit jenama Creamo. dia punya sedap tu, Cornetto pun takleh celen. masa tu, siapa kaya, dia kena belanja air singgit, jenama C2, kongsi reramai. :P

masa jalan kat padang, mesti battle pijak cendawan. cikgu bio cakap, namanya Puffball. serious comel gila. tapi kalau ktorang jumpa, ngeh! memang kupijak-pijak sampai lumat. sape dapat pijak kira dia paling sparrow la mata dia. sambil-sambil cari cendawan, sambil-sambil tu jugak usha dak-dak ragbi training. takdapat ragbi, bola pun jadi ar. tapi kalau tak dapat bola, dak-dak yang main bola takraw pun cool gak. tapi kalau dapat usha dak bola tampar, ibarat HEAVEN la. hahahaha. lagi-lagi si MAI. eksaited terlebih . :P
Volleyyy~

pastu, ingat lagi ada sebulan tu, macam-macam pertandingan ada setiap minggu. masa mini Kakom, aku join kawad. time tu la merasa pakai kasut but balik macam zaman plkn. berat kemain.pastu prektis dari petang sampai ke malam. semua tutorial aku buat seciput seco-ot je. alhamdulillah, merasa juga dapat silver. tapi terkilan sikit sebab tak dapat kongsi dengan yang tersayang. :'(

yang ni la "yang tersayang" tu. the one who give me the dodol. (ignoremyuglyburntface)
then, ada battle of the band dengan acapella. aku join jugak acapella ni, tapi tersadai time qualification round. -.-"  for those yang tak tahu, acapella ni just like a group of people, singing a song with no background music. their member themselves make the music. dapat bayangkan? dan kitorang buat lebih kurang macam ni. (dan aku tak boleh lupa betapa bertinggung bergulingnya hari- hari aku dok menghafal part solo tu. goosebump!)





apa lagi yang tak boleh lupa kat matriks? belajar cara paling pantas nak mampus macam gampang, kelas 8 to 5,  (tapi masa sem 2 dulu, hayat aku start pukul 7 to 5), tutorial math macam lou sai wa cakap lu, competition yang sangat sangat sangat lah hebat, cuti semester yang sangat singkat, kawan kawan yang sanggup teman kau, ajar kau sampai kau betul-betul faham, dak prak yang gile rajin bagi tiru, gile baik punya tolong kasi jawapan kalau kene berdiri dekat depan, yang selalu bantu kalau kene terang pasal bio kat lab,
ketua prak yang sangat baik hati (dan kadang-kadang annoying)
 roomates yang sangat-sangat memahami kerenah kau, teman tersayang yang sanggup teman kau balik KL, teman tersayang yang sanggup teman kau tunggu KTM, teman tersayang yang sentiasa ada di sisi kau masa pakaian kau dah basah lenjun dengan peluh, teman tersayang yang sanggup tengok kau dari jauh main squash kat dsj, teman tersayang yang sanggup cari makanan favourite kau kat pasar malam or econsave or minang eventhough you never ask for it dan sebagainya. for me, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan is one of the best memories i ever had.
wadeve hepen, we r stil togede as wan. kitakan LEJEN! :)

p/s: dem, ai mis yu.

No comments: