Wednesday, June 27, 2012

pernah gila.

salam.

Pernah gila? ha ha ha. gila bukan sebarang gila, ini gila punya lagi spesial. aku pun tak tahu apesal aku pernah sesial ini. *eh. sesengal ini. :P ini gila banyak berkait dengan loveydovey things. ramai orang pernah gila bila berchentaikuceng. kau pernah? aku pernah (dengan tak segan silunya mengaku) Orang lain punya tahap gila sampai membawa ke gerbang perkahwinan. sesetengah orang lagi, tahap gila sampai tak kenal diri sendiri. ada gak yang tak pernah merasa gila, sebab tak pernah berchenta, katanye la kan. ptuih. :P

this entry is just for fun, aku just meriwayatkan saja kisah aku. kalau ada kaitan dengan engko, sila lah terasa. :P


1. gila topap
- kalau seminggu topap rm10, aku boleh tahan lagi. ni kengkadang sampai sehari rm10. gila punya manusia. rm10 untuk mesej sehari? i dont believe that! konpem la guna untuk call/vid call teman terchenta. rindu punya pasal kan? haktuih.


2. gila mention
- in the middle of conversation, there must be a moment you keep on mentioning about your PakWa/ MakWa.  cerita pasal bola, boleh pulak kau kait dgn pakwe kau. kata pakwe kau wakil daerah itu, wakil daerah ini. bila cerita pasal masak, boleh pulak kau cerita pasal awek kau reti buat kek, reti buat macaroons, reti buat blalala. orang kat table pun naik muak dengar kisah kau. :/


3. gila rajin




- tetiba bertukar jadi rajin. haha, got double meaning there. maksud aku, tetiba je jadi antara manusia terawal bangun pagi, semata-mata nak kejut bf/gf bangun subuh. tetiba jadi  rajin keluar, jadi peneman setia g shopping. jadi rajin drive semata-mata nak ada lunch partner. jadi rajin on9 semata-mata nak stalk bf/gf buat apa. kahkah.

4. gila puitis

- daripada seorang yang membosankan, tetiba je kau jadi orang yang paling manis bicaranya. acewahh.kemain bagai wish goodnight,morning, jemput makan, goodluck, study betul2,  makan ubat tau, take care, and what-so-ever. kalau dulu, hati kau keras, kering, tapi sekarang, dah bertukar jadi gula kapas. kalau dulu cakap kt fon macam haram, but now, masyaAllah. lembut kemain. keluar semua ayat jiwang, manje-manje. adoiii. memang puitis la kau ni.

5. gila buat surprise jadah.





-  buat surprise ialah satu elemen yang penting dlm relationship. kalau kau tak buat, mmg kau loser gila. (ini serius) time ni la kau nak tunjuk skil, nak tunjuk power, nak tunjuk kau pun mampu buat gf/bf kau happy. (surprise yg xjd tu blkg kira). contohnya macam kau tinggalkan awek kau jap kat mph, pastu kau dtg balik bawak a bouquet of roses. (wahh!). takpun macam kau ajak pakwe kau pergi taman klcc then bg sejibik kek hasil titik peluh masam kau sendiri. (wahh!) atau kau datang dari jauh, pergi mall, beli hadiah, then pergi rumah pakwe kau senyap-senyap, dengan harapan nak bagi hadiah, tengok-tengok pakwe kau pergi melancong g enjoy dengan member-member dia kat negeri lain (wtf) takpun kan, kau call makwe kau, suruh dia turun jap, ajak dia lepak makan, pastu kata nak break up. ini mmg SURPRISE! (wtf wtf wtf)


6. gila berkorban
- bila pakwe kata dia suka tengok perempuan pakai shawl, kau pun layankan, tanak kalah pakai shawl. bila makwe kata dia suka tengok lelaki pakai kemeja hitam, kau cepat-cepat beli sehelai, konon nak impress awek. kadang-kadang, sanggup berkorban makan coklat, walaupun kau sebenarnya peminat vanila. ada kes lain pulak, sanggup berkorban naik basikal dari jauh semata-mata nak jumpa pakwe tengah-tengah hari buta, kat skatepark au5. yang si pakwe sanggup pikap si makwe selepas berhempas pulas curik keta kakak. sanggup berkorban tidur malam, sanggup berkorban diet semata-mata nak teman pakwe makan burger bakar. sanggup berkorban dalam hujan, konon kata kebal, tengok2 esok demam panas sebab sanggup korban payung bagi makwe pakai. nampak tak game dia? haha.


7. gila meroyan

-haaa. yang ni berlaku bila da putus. contohnya macam si makwe tetiba je meroyan sorg sorg, pergi kayuh basikal tanpa arah berjam-jam. takpun, tetiba datang aura jogging, pusing tasik ttwangsa sampai 7-8 kali. tetiba boleh pergi shopping mall sorang-sorang dengan gaya macam nak pergi pasar. tetiba boleh layan shisha duduk lepak dengan mamat mane tah macam bajet kenal. tetiba jadi hipster yang dulunya kau gah jadi trendsetter. tetiba kau jadi macam LOSER, rasa mcam lost, rasa macam gila sengsorang. :P

******************************************


aku rasa takat tu je la tahap gila. banyak kot sebenarnya kisah gila ni. aku tak mampu nak huraikan panjang lebar, dah penat menaip. nasihat aku cuma satu. start appreciate things that come into your life, dont take it for granted or otherwise you will lose it forever. betul aa ckp Malique :cinta itu buta dan boleh membutakan. so, HIDUP GILA selamanya! peace yaww~ ^^

3 comments:

Zufar Najib said...

okeh now tergelak guling, yang skatepark au5 tu sumpah xleh blah! sumpah terbayang.wah romantik yeeee gile lah syara izzati buat bnde gilee cmtuh.well im more gile than you! haha

syarahyusof said...

eh? since when pulak bende tu dibuat? -.-" ini andaian shj.

Zufar Najib said...

ngeng andaian ke?? okeh tertipu.igtkn betul.haha.dah siap sebut name tmpt pe bagai.i thought that was real. =..=