Friday, July 27, 2012

Diana minat Syed

Hari itu indah. Diana senyum sorang-sorang. Dibukanya jendela seluas yang mampu.
"Ah, bestnya! It's sunshine!"

-Diana. Student di sebuah IPTA pantai barat. Baru nak masuk 2nd year. Biasiswa ditaja sepenuhnya oleh MakBapak Holdings. Sudah berpunya tapi da clash 2 bulan lalu.(jadi?) status sekarang : Single tapi ada crush. Seorang hijabster yang tidak keterlaluan. Tudung lain kaler dengan baju sudah jadi ritual harian.

 Tiba-tiba, message tone berbunyi. Lantas, dicapainya phone yang tersorok dalam beg. Lupa nak dibawanya keluar dan diletakkan di sebelah bantal. Oh lupa. Tu ritual sebelum 2 bulan lalu.

"Diana, are you free today?" 
"Urm, I'm not sure yet. Will check my schedule. kenapa?"
"We need to talk. I mean, jom lepak memane, if u dont mind"
"nanti i roger balik. pagi2 cmni i blurr sikit pasal my schedule. if xda yang clash, i'll tell you"
"oh okay. thanks. i tunggu"


-Syed. Student di sebuah IPTA belah selatan. Sama dengan Diana, budak 2nd year. JPA yang taja. Sudah clash 2 bulan lalu. Busy dengan hal Majlis Perwakilan Pelajar. dress up sudah semestinya bukan macam a geek. Pakaian branded, tapi branded cap ayam. Dia peduli apa. Janji tutup aurat.


Usai mandi, Diana ketuk2 dahi. Tak percaya mamat tu hantar mesej. Cepat-cepat dibukanya planner atas meja. Semua meeting ditulisnya dalam tu. Even family gathering sekalipun. Diana ni memang pelupa semedang. sebab tu sekecik-kecik plan pun, kalau boleh mesti buat reminder. Itu sebab dia benci kalau orang lain cancel plan last minutes. memang kalau boleh mahu direjam-rejamnya orang tu. kalau si Johan Raja Lawak tu ada kat sebelah, memang "aku tumbuk muka kau, aku tumbuk muka kau!" versi loghat Sabah. Nampaknya, hari itu Diana free sampai malam. Tak salah kot kalau dia jumpa Syed kejap.

"Syed, i am free today. jumpa mana?"
"Great! you pilih la, i okay je"
"at my cribs, if you can make it"
"*gulp* Diana, are you damn serious?"
"ceh, gurau la. mcm u tak kenal i. MidV okay?"
"Okay, see you soon. and thanks sebab sanggup teman i :)"
"eh, jgn nak perasan. sape nk teman you?  i nak g shopping je. lol. okay, see you there"

Kunci kereta myvy SE itu diambil lantas pintu rumah dikunci. Syed keluar dari area Subang Bestari itu selepas Zuhur. Dia tahu waktu lunch hour dekat MidV itu bukan suatu yang favourite. Bersesak tengok budak-budak baru nak up lagi-lagi tengok budak berpacaran dengan gaya macam Tuhan tak nampak apa dorang lakukan sangatlah annoying. Syed yang jantan pun tahu makna annoying. Benda kalau dah annoying, memang kalau dipandang cantik mana pun tetap annoying. It's annoying to be annoyed to something which is totally annoyingly annoying. Syed kalau boleh nak elak waktu yang sesak tu. nasib si Diana pun kata lepas Zuhur. takdalah dia stuck dalam traffic jam depan Persiaran Kewajipan tu. dengan panas teriknya lagi, fuhh. selamat.


Diana naik bas Rapid menuju ke Ampang Park. Destinasi MidV menjadi pilihan sebab banyak pilihan yang ada di sana. barang-barang pun boleh tahan affordable, transportation pun okay lagi, bukan macam SACC mall atau kompleks PKNS. tempat dah cantik tapi sayang, jauh gila dari Pandan Mewah. maksud jauh tu kalau naik public transport la. Playlist yang sedang rancak dimainkan tetiba stop. Ada panggilan nampaknya.


"Assalamualaikum, Deee!"
"Waalaikumussalam, kak Fafaaaaaa!"
"Hoi kau. amboi amboi. cuti ni langsung taknak jenguk akak yer?"
-Fafa atau nama sebenarnya Muzdalifah. Senior Diana. Sangat mesra. Kenal pun melalui kawan kepada kawan kepada kawan... (dan seterusnya, tak ingat dah)
"mane ade kak Fa. Baru je cuti tau. Dee ada program la kat U. Homestay katanya, dekat Dungun pulak tu.  Kak Fa sihat tak?"
"kalau tak sihat takda maknanya akak call. Hehe. Next week free tak? Akak ingat nak jumpa Dee la. lama tak borak-borak sesama."
"next week? hmm. Boleh,boleh. why not kalau akak stay at my place? lagipun parents Dee ada kerja kat luar negeri. my other sibs pun takde. bolehlah kak?"
"yehuuuu! akak tak mintak lagi pun, Dee dah offer. haha! okay set. dalam Selasa camtu, akak sampai. dont forget to tell your parents tau. bye!"
"ceh, gedikla kak fa ni. okay darla, cant wait to meet you! bye!"

panggilan dimatikan betul-betul sebelum sampai di platform MidV. Hati-hati Diana naik tangga yang membukit tu. dahla pakai skirt, kang tergolek depan public, konpem kena bahan satu stesen. Syed yang perlu dijumpa, i mean, perlu dilepak bersama baru sampai. katanya mahu jumpa di Sweet Chat. layankan sajalah. lagipun tempatnya tak crowded. rasa macam kat pekan koboi pulak sebab tak ramai orang lalu level tu.


"hai Diana. Dah nak habis tau i minum, baru you sampai."
"eh hai Syed. I really sorry. this skirt is making me crazy. it's hard to walk macam biasa. haha"
"haha, funny la you ni. so how are you? does everything okay?"
"what do you mean by okay? you stalk i eh?"
"takda la. haritu tetiba teringat kat you. boleh pulak terpacul your blog at my tab. then you know about the rest"
"macam tu pulak? haha. biasalah, ada problem sikit. kat situ je lah nak luah everything pun."
 ...and the conversation keep on going, then sambung pulak pusing mall atas bawah. Diana gembira hari tu. sama juga dengan Syed. Dua-dua gembira tak terkata.

 *********
Setibanya di rumah, Diana selesaikan yang wajib dan yang patut. Usai makan, aktiviti harian diteruskan dengan meng-onlinekan diri. rasanya macam dah lama tak stalk profile Syed. maklumlah, busy. lagipun takda alasan untuk Diana stalk profile dia kalau dia tak ajak jumpa tadi.


"awak, next week i datang. :)"
"serious? ok dear. my"
"imyt :)"


-Diana bukak mata besar-besar. Syed dengan awek free hair. dia komen mcm tu dengan awek tu. awek tu balas komen dengan Syed. yang paling best, awek tu ialah Kak Fa.

"Kak Fa, sorry. i've got things to do next weekend sampailah habis cuti. jumpa lain kali la yer? sorry"

-mesej disend. nada Diana kali ini sangat tegas. diambil bantal peluk lalu diikat pada grill tingkap. kemas-kemas ikatannya supaya tak terjatuh bantal itu. lalu, aksi Muay Thai berlaku. Bertubi-tubi. ya, Diana memang mahir Muay Thai.

"PABO. macam mana pulak crush aku kena sailang lagi! boleh pulak mamat tu buat aku macam sohaii, eiiiiii!!!!"

...and the rest is history.


p/ s: jangan main-main perasaan orang.

1 comment:

Zufar Najib said...

oit scha, cerita ni best.cerita dari buku ke member sendiri?? cepat sambung nak baca lagi.gaya bahasa yang santai lagi releks. Keep typingm nak baca.siyes ni.hopefuly