Wednesday, August 8, 2012

aktiviti padu di hypermarket.

salam :)

well, tajuk da cukup menerangkan post kali ni. sebagai remaja, ni la benda2 yang aku rasa stuupidd tapi fun to do in hypermarkets! :D

1. main troli
sumber google

-walaupun kau datang ke hypermarket untuk beli gula sepeket atau nak cari kentang 3 bijik, pokok pangkalnya kau wajib main troli. HAHA. trust me, hanya orang2 yang bersemangat waja dan kreatif saja yang pandai main troli. (sambil tolak tepi orang yang muka toya sebab kena jadi kuli bawak troli). main troli ni secara spesifiknya menguji tahap kesukanan seperti : skil belok membelok di celahan orang ramai. skil tolak satu tangan. skil tolak sekali, troli dah jalan. skil buat wheelie. skil buat drift. dan sebagainya. selagi anda reti mengawal troli, selagi itulah permainan ini sangat wajib dilakukan bagi mengisi masa lapang. :P

2. food testing
sumber google

- bagi aku, ni pun perkara wajib buat dekat hypermarket. pernah dulu, zaman aku lagi kurang siuman, aku masuk hypermarket pun semata-mata nak cari lunch. yes, free lunch dude. selalunya, food testing ni akan ada satu booth kecil la yang akan dibina berhampiran produk yang hendak dipromote. kalau nak dipanjangkan cerita, promoter la yang paling main peranan dalam hal food testing ni. promoter ni bolehlah aku classify into two types of people; yang baik dan yang kerek. antara ciri promoter yang baik ialah dia sentiasa greet dengan senyuman, tak paksa beli produk dia, tak kesah kalau ambil 2-3 kali dan? dalam kepala dia cuma nak habiskan stok makanan dan bukannya stok jualan. for sure la, yang negatif semuanya kepada promoter yang kerek contohnya mereka yang seboleh-bolehnya takmau hidang stok makanan tu kepada customer. memang aku selalu terkena tapi yang aku takleh lupa kat Giant Terengganu. ada satu produk wafer jenama nestle ni yang dah dipotong kiub dan diletakkan dalam tupperware. yang promoter ni kerek gila. bila aku nak datang, dia pergi tutupnya tupperware tu, pastu membebel2 pasal produk tu lama2. langsung tak kasi nak rasa. yang paling takleh blah, boleh dia letak tupperware tu kat atas rak makanan yang bebanyak tu, langsung tanak bg can nak rasa. grrr.

3. camwhoring
sumber google. motif? rindu kuey teow sizzling kat mydin tganu

-bergambar sakan di samping benda yang ada kat hypermarket. HAHA. selalunya, sindrom ni diamalkan oleh para gadis. para jejantan sangat jarang la. kalau ada pun, tak seramai para gadis. benda yang selalu ditangkap gambarnya ialah apabila terjumpa produk yang pelik, unik dan cantik. contoh macam kau terjumpa kerepek yang jenamanya ialah nama kawan kau. ape lagi, memang kau canang kat semua orang yang kawan kau dah jadi usahawan kerepek. ini hanya contoh, aku ulang, CONTOH. takpun, bila kau tak pernah pegang ikan fresh, kau akan bergambar dengan ikan tu sebagai kenangan. takpun, yang selau orang buat ialah try pakai spek mata yang dijual. haha. takpun, kat parking lot, kau bergambar dengan member masa tengah main troli. pendek kata, majulah camwhoring untuk hypermarket! :D


4. port usha
sumber google. motif? lalalala~

- HAHA. ini tak tipu. lelaki yang datang hypermarket sangat beruntung sebab dapat jumpa ramai hot chic. tapi kebarangkalian / probability pompuan untuk usha lelaki yang hot stuff sangat sangat sangat la kurenggggg. sebab most of the guys are taken by their wifeyy lah! mana ada lelaki yang single suka pegi hypermarket melainkan mak dia suruh / dah terdesak sangat / kena teman awek shopeng. hypermarket yang ramai customer lelaki yang single hanya terdapat di kawasan kolej / universiti. sebab rumah sewa dorang berdekatan kan? hehe. jadi, para gegadis, jangan gumbira sangat. sebab aku rasa nisbah lelaki single untuk korang ialah 1:4. maksud? mungkin 4 orang gadis hanya dapat usha 1 lelaki saja. mana tahu, tak lama lagi, nisbah tu terbalik pulak. sebab lelaki kan dah terer masak memasak ni. (mengata diri sendiri yang tak pandai masak) :P


p/s: banyak lagi benda berpaedah yang boleh dibuat. sekali-sekala boleh laa. :D

No comments: