Thursday, August 16, 2012

hasilnya




Cuti yang cukup lama kali ini membuatkan aku berjaya berhibernasi tahap maksimum semaksimumnya. kalau sebelum ini (baca: cuti selepas matriks) at least dalam sebulan tu, ada la jugak minimum 3-4 kali aku melangut, tapi kali ini? hehehehe.
Antara pencapaian paling membanggakan sepanjang cuti ini:

#1. duduk dalam rumah tanpa keluar selama seminggu lebih. termasuk acara menyidai/angkut baju di luar rumah, letak makanan kucing di luar rumah dan segala-galanya yang ada kaitan dengan aktiviti berkenaan. okay, itu tak kool. -.-"


#2. acara tidur berganti-ganti. pukul 10pm dah tidur. pastu bgn subuh. pastu tak tidur sampai zuhur. lepas tu tidur. bangun time asar. pastu tidur balik. pendek kata, bangun untuk solat sahaja. kahkahkah. (masa bulan puasa ni jadual berubah sikit. tidur sampai zuhur je) okay, itu tak kool jugak. -.-"


#3.berjaya backpacking tanpa arah tuju di Penang. walaupun tak cukup korum (suppose aku, dila dan daya) misi kali ini alhamdulillah, berjaya ditempuh dengan menggunakan pengangkutan awam. okay, itu langsung tak kool. -.-"

#4. berjaya hafal waktu dan hari yang tertentu untuk drama/variety shows dekat tv tanpa melihat info/tv guide. okay, tak kool pun. -.-"

#5. beberapa kali percubaan untuk mengingati perbezaan kunyit, halia dan lengkuas masih gagal. memang bakat memasak itu sukar dipupuk dalam diri. okay, itu tak kool doe. -.-"

#6. secara tak sedar, sudah menambah berat dalam 2-3kg. lengan dah macam sparta, tak perlu pergi gym bagai. peha apetah lagi, mungkin dah macam rozita che wan? okay, itu nampak sangat tak kool. -.-"

#7. AQ berjaya khatam. jyeahhh. okay, itu tak kool sebab dah timbul riak disitu. -.-"

#8. dah aa. kesimpulannya, aku takda buat apa-apa bakti pun masa cuti ni. ya Allah, teruk gila rasa dia. ini sebab setan banyak sangat menerawang dalam hati. kena cari someone untuk clorox this thing. it's just because, i can't handle it myself. We need teachers to guide us right? mana boleh tuntut ilmu sorang-sorang. konfem tak jalan. contoh terdekat macam diri sendiri ni haa. orang dah ajak buat baik, jadi bodoh sombong pulak. rasekan~ mungkin jugak sebab takde geng sekepala time cuti ni. ahah. inilah masanya waktu untuk menilai diri sendiri, berharga/bernilai ke tak kat hati orang lain. ye dop?


p/s: so, start appreciating. you'll never know what the next moment will bring. (;

No comments: