Wednesday, August 8, 2012

Queue / Beratur

*Situasi berlaku apabila fenomena aiskrim percuma melanda negara selepas waktu berbuka tadi.
 
" Hello, SARA!! tak pergi BR ke??"
"idok ler. malas aa. dah tawu kawasan tu konpem ramai dgn org baru lepas berbuke. akak kt mana ni?"
"akak kat aeon la ni, tengah berator!"
"wakakaka. ramai en en en?"
"ramai Sara! akak senarnye da habis da satu scoop. tengok2 Akak Zimas kau pulak call, suruh beratur. tak pasal akak kene berator balik."
"kahkahkahkah! good luck kak!"
"haha. akak Zimas kau tu sengal. akak punye nombor tadi 82, dia punya 469!"
"pergh, berator pon ada nombor?!"
"a'ahh. ramai gila orang Sara!"
"hahaha. yelah2. pergi berator leklok tau. hahaha! bye!"
"bye!"

-waktu itu baru pukul 8.30pm.  bayangkan, baru 30minit, dah 400+ nombor gilirannya. dan aku tengah syiok landing depan tv sambil mengunyah snek kegemaran. tak heran sama BR.


"Hello SARA!! pergh, PENAT!!"
" dah dapat ke kak oiii?"
"baru dapat tadi. buang masa je beratur. tak pasal plan nak terawih tadi kena tunda"
"haha, rasakan. nak sangat benda free. tadi ramai ke student or budak2?"
"hehe. semua biasa je. Sara tawu, BR ni dia punya line da macam kat wayang, ada besi hadang2 tu. orang beratur seramai-ramainya dari BR ke Starbucks ke Johnny. memang ramai Sara!"
"perghhh, memang tak la nak beratur pusing2 gitu. haha! takpe kak, asalkan dapat!"
"tu la. nasib baik dapat. boleh pilih mana2 pun perisa dia"
"ye ke? akak nak g mana dah tu? balik?"
"ingat nak makan jap kat Fiske, tapi cam dah tak larat"
"Fiske kan tak tutup lagi, baru pukul bape. haha. dah lepas g Fiske tu, pergi aa Burger Bakar pulak. ambik lagi nombor giliran. kahkahkah!"
"hahaha, takpe la. tengok la camne nanti. k la, bye Sara!"
"okay kak! bye! take care!"


-waktu itu pukul 9.40pm.  dan aku tengah landing lagi tengok Olympic kat depan tv sambil mengunyah snek kegemaran. tak heran sama BR.


**glosari:
BR : Baskin-Robbins
AEON : Jaya Jusco
Johnny : Restoran Stimbot
Fiske : Fiske Steakhouse, restoran asam pedas + western dekat AU2. sedap dan murah.
MADO : aiskrim turki yang ada di Bukit Bintang. time promosi selalunya beli 2 scoop dapat 1 scoop percuma. rm 15.

p/s: Rindu MADO woi!

No comments: