Monday, August 13, 2012

sampai hati

berbekalkan semangat jitu dan padu, aku menggagahkan diri untuk meredah kesibukan KL di hujung minggu. saja nak test ke-power-an kaki namanya. jadi, tempat nak test power sudah semestinya area masjid jamek dan sekitarnya.

selepas beberapa jam, kaki masih "power" untuk meredah shopping mall yang begitu sesak mcm sardin. yang paling kelakar, probability untuk mendapat adik-beradik baru (means orang yang beli baju serupa) adalah sangat tinggi, bukan saja sorang je yang test baju sama. malah 2, 3 dan seterusnya. (ditujukan khas buat sesorang, sampaikan campak baju, tanak baju tu) :P

tapi, tahap ke-power-an kaki aku ada batasnya juga. bukan sebab betapa sardin dan tunanya shopping mall itu. tapi disebabkan ke-power-an mulut seorang hamba Allah yang sangat sangat sangat tuttt, kaki aku terus malas nak melangkah. berikut situasinya:


*sedang selak2 baju
tiba-tiba datang seorang pakcik.
*aku buat dunno.
*pakcik pun bersuara:

"ADA DUIT KE NAK BELI?" -nada menganjing kalah makcik senah tengah bergosip dengan kak yam.

*aku terkedu terus. sambil menganjing balik :
"EH, MESTILAH ADA..."-gaya defensive gila taknak kalah

*pakcik ketawa terkekek-kekek.lalu berlalu ke tempat lain.

 *lalu aku pun mengeluarkan sumpah seranah :
"sampai hati pakcik tu. takpe pakcik, pakcik tengoklah nanti. cucu pakcik konpem kena macam yang saya kena macam skrg ni. mentang-mentang saya pakai selipar jepun dengan suar tshirt je datang sini. ingat saya hina sangat ke?!"

p/s: moral of the story: amalkan budaya open-minded dan positive thinking. mungkin di mata pakcik tu, aku ni selekeh sangat. atau mungkin pakcik tu bosan kene teman isteri dia shopping berjam-jam. atau mungkin pakcik tu saja nak sakat bebudak. atau mungkin dia jeles aku ni rupa macam tak matang lagi. ahahaha. majulah selipar untuk negara! :P

No comments: