jalan itu terbentang luas.
tapi itu dulu.
nampaknya sudah dua monumen yang ada
aku pacakkan di dua sudut berlawanan.
kenapa dua?
sebab dua ini saja yang beri kesan.
aku pandang hari-hari.
masih tak berubah.
tiada sebarang tindak balas padu yang aku terima.
jadi, aku bercadang untuk
hapuskannya.
sebelum ini
monumen itu tanda benci
tapi sekarang
aku mahu pecahkan monumen itu
untuk digantikan dengan karangan bunga.
bunga yang wangi
pastinya tidak berduri
agar kau tetap dalam ingatan
supaya aku berhenti sebar kebencian
biarlah aku hidup dalam gelap
meraba-raba kekesalan
dari terus membenci
biarlah aku ambil alih perasaan ini.
p/s: tekad takkan berubah. belum tiba masanya. :)
No comments:
Post a Comment