Thursday, November 15, 2012

intentions

"babe, asal menung je? ada problem?"
"ah, takda apa lah, jiwa kacau. biasalah"

-Dia Aiman. Aku Wawa. Ini kisah kami, kisah tentang persahabatan kami.


"bro, contoh la kan. contoh. if i want to be better, should i consider it as a task, or as a duty?"
"does it really matter to bezakan task or duty? if you want to do it, finish it then. dont make it halfway"
"sebab aku takut tak dapat habiskan lah aku tanya kau bro."
"apa kau ingat aku ni lepasan sekolah arab? tabligh bertauliah?"
"sebab kau bukan dorang la aku tanya kau. at least kita sama-sama boleh pikir. takkan dorang je nak masuk syurga. aku pun nak weh."


- Dia Aiman. Aku Wawa. Ini perbualan kami, yang random sampai boleh terkedu lidah nak jawab.


"babe, kau tak rasa macam kita da lama kawan?"
"jadi? apa masalah kau?"
"takda hati kat aku?"
"apa jenis soalan? hati aku kat suami aku. hati kau kat bini kau. tak paham lagi?"
"ye aa. aku tahu. saja nak test kau"
"sekali lagi kau cakap hal ni, berambus kau dari hidup aku."
"eh marah kak? haha. baru tease sikit dah tacing"
"aku ni even keras kepala, aku tahu jugak batas-batas agama. yang kau tu, sapa suruh start this awkward conversation? kalau random, gigih lagi aa aku jawab"


-Dia Aiman. Aku Wawa. Ini perasaan kami, yang cuba dielak supaya persahabatan long-lasting.


"bro. somehow,  kau tak perlu nak jadi straight forward sangat."
" macam tu la bagus. takda miscommunication"
"hotak kau. remember this; being too straight forward might kills you"
"i've already killed myself to talk to you"
"bongok. kau pegi basuh otak kau boleh tak? banyak sangat tengok cite fasha sandha !"
"eleh. kau layan mamat kpop boleh pulak!"
" at least, aku tak terabai isi rohani aku"
"kalau kau isi pun, ada makna ke kalau kau tak tutup aurat?"
"eh, kira okay what aku macam ni. aku tengah cuba la ni. takpayah la nak nganjing sangat"
"hehe. bagus2. let's fight this together. sayonara jahilliyah"



p/s: maaf. perasaan aku perlu dikemas rapi. fasa tongkang pecah sedang dilalui dengan gaya paling old school. perlu diingat, jangan dibiar yang di depan mata itu hilang. bukan setakat nasi menjadi bubur. Megi pun belum tentu sedap kalau dah kembang. Salam Maal Hijrah,  semoga Tuhan memberi petunjuk kepada kita untuk sentiasa menjauhi kejahatan, kemaksiatan dan kesesatan. amin, amin ya Rabb. (* oh ya, lupa. Happy 4th anniversary to my beloved blog ) :)

No comments: