Tuesday, January 15, 2013

kecelaruan pemikiran keserabutan penulisan

salam. hye! :)

cuti lagi beberapa jengkal lagi nak menjenguk hidup ini dan bayangkan, dalam tempoh 2 tahun lagi, pada masa yang sama, mungkin kebarangkalian aku untuk cerita hal yang sama mungkin serupa.  well, boring people always share boring stories and that's why i know mine. :)

kadang-kadang masa waktu aku duduk-duduk, lepak sorang-sorang. duduk pandang awan (aceh, ini bukan propa). alang-alang katil aku sebelah tingkap, memang syiok la stargazing ke, cloudgazing ke. memang banyak bawak unsur-unsur yang diri sendiri tak boleh cerna.

"kenapa aku jadi macam ni?"

-soalan paling haru nak jawab. jenuh pandang cermin, jenuh lihat sekeliling. jenuh dengan..sikap sendiri. kadang-kadang rasa macam lelah dengan diri sendiri.

orang kata, bila susah kau cari Tuhan. bila senang kau lupa Tuhan.

tapi masalah utama sekarang, bukan nak bongkak ke apa. cuba kalau someone tu dia still ingat Tuhan dalam apa jua keadaan. what will happen? kenapa dia masih tak boleh nak cerna apa yang berlaku kat diri dia? kenapa dia macam tak tentu arah? kenapa?

kalau kau kata iman dia tak kuat nak hadap semua, aku terima jawapan kau.

kalau kau kata dia tu propa, aku pun terima jawapan kau.

kalau kata dia tu setakat ikut orang sekeliling, aku pun terima jawapan kau.

kalau kau kata ilmu dia tak seiring dengan amal, aku pun lagi terima jawapan kau.

jadi, kau kata, "apa susah sangat, hiduplah berpandukan Al-Quran dan Sunnah".

ops, kalau mengaji pun merangkak, tajwid pun terbabas, ada hati kau nak cakap pasal AQ&S? dunia sekarang dah kejam mak enon oi. orang boleh cakap apa saja kat dunia maya ni (termasuk aku), tapi realitinya?

macam mana kau nak bentuk dunia atau generasi akan datang kalau kau sendiri tak mulakannya?
kau kata kau nak lihat generasi akan datang memimpin dunia, tapi apa yang kau buat?

"emm. makan choki-choki sambil tengok maharaja lawak"
"saya tengah lepak usha orang"
"saya pulak tengah dok balas tweet dekat library"
"relakslah. saya pun nak masa rehat jugak. apa salahnya saya buat camni?"


......sebenarnya aku pun dah LOST. aku tak tau topik apa yang aku cuba kupas kali ni. aku sendiri tak paham jiwa aku. serabut,serabut. cuma apa yang aku dapat hadam ialah, kalau minda tu dah start lelah, dah mula hilang arah, berhenti dari semua kerja dunia ni. just stop. even for a  few minutes.

believe me. just look at your surrounding. take a glance. pergi lah mana-mana. jangan terperuk dalam bilik. lihat apa yang berlaku. rely on your five senses. call your parents. greet strangers even those makcik cleaners that always help you to dump all your rubbish. give some of your lunch portion to stray cats at your hostel. help others (even with strangers). take your time to watch sunrise from your place. change your typical dinner, taste new food. go to the nearest surau, help tidying the telekungs there, kemas apa yang patut. do some good deeds. try to be at different places by your own. try to at least depend on yourself. be independent even for a day. enjoy the bubbles of foam that you get from washing your own clothes. get along with new friends. dont stick to your cliques only, sampai bila otak nak berkembang. kan?

waktu ni baru kau sedar, nak berjaya dunia akhirat ni bukan hanya hubungan dengan Allah je, hubungan dengan manusia pun sama.


-aku bukan ustazah, aku bukan naqibah, aku bukan role-model siapa-siapa. aku member yang wujud bila senang, dan menjauh bila susah. sebab aku pun serabut dengan masalah aku, macam mana pulak nak serabut dengan masalah korang pulak en? hehe. aku tolong setakat yang aku mampu, tapi kalau setakat dah tolong tapi tak hargai, itu lain cerita la.


p/s: kbye. jumpa nanti. sorry kalau terasa.


No comments: