Thursday, January 24, 2013

keluar dari gua

salam. Hi! :D

tadi satu family pergi makan besar kat luar. makan besar bagi kami ialah western food. selalunya kami makan dekat Fiske Steakhouse, takpun kat au1 je. harga murah, rasa pun sodap. tapi disebabkan Fiske penuh (8.30pm pun dah sesak), dorang bawak aku pergi makan kat Cafe Jiran, AU3. ibu ayah ngan abang aku dah banyak kali makan situ, so saja2 lah bawak aku (anak ganu sesat) makan. bila menu sampai, aku usha dengan penuh perhatian sebab menu dia tak macam kedai western biasa yang boleh kau dapat kat foodcourt.
sumber [sini]

ibu nak order beef steak, tapi takda. yang ada cuma Sirloin Steak (boleh google kalau tak tahu). so, amik je lah. yang ammar order Italian Fried Rice (yang ni aku gelak kawkaw. nama dia italian sebab ada beef slices, then ada rasa cam oregano ke rosemary tah. tapi boleh tahan sedap lah). yang ayah order fish&chips. aku pulak, cari whole-time favourite; lamb chop. tapi takda. yang ada Lamb Loin dengan Grilled NZ Lamb. disebabkan buntu, ammar cabar makan Chef's Mix Grill. so, aku angguk je la without tengok menu dia betul2. bila benda yang aku order tu sampai, ohmakaiiii. bosarnya pinggan! yang takleh belah, ada banyaaaaak je benda dalam pinggan tu. ada grilled sausage yang 2x panjang dari hotdog biasa, ada lamb chop, ada roasted chicken chop, ada coleslaw, mash potato, jagung, salad dan? pasta dengan bolognese sauce. menggila aku makan benda alah tu. last2 3/4 je berjaya habis. yang lain bagi ammar. hehe.

sambil-sambil makan tu, ayah tanya, cuti ni nak pergi mana je. aku pun macam biasa lah, duduk rumah, tido! then satu family bebel. aisehh.

anyway, banyak gak idea yang keluar;

A: pergi camping!
B: kau ingat ayah ngn ibu muda lagi ke?

A: pergi batu caves!
B: hoi, polis pun tengah prepare untuk thaipusam. kau nak naik atas tu pergi pecah kelapa ke pecah kepala?

A: pergi Afamosa then Jonker!
B: kalau safari tu still ada, boleh gak

A: pergi taman burung, taman bunga!
B: bukan kita da  pernah pergi ke?

A: pergi penang!
B: buat apa pergi tengok mamak buat nasi kandar lagi?

A: Cameron!
B: ramai orang time cuti ni laa. kereta pun tak servis. kang tersadai sapa nak tolak?


last2 ammar cakap hari khamis kita decide later. hari jumaat ngan sabtu kita balik melaka. so aku pun angguk je laa. -.-"


saya membesar dengan jayanya. :P
p/s:
antara dialog lain yang berlaku :

Ayah " kalau kita pergi Kota Tinggi nak tak?"
Ibu "nak buat apa pergi sana. kat sana kan nak banjir"
Ammar "alah. budak Sara ni boleh je hidup kat Ganu tu. banjir tahap pinggang lagi"
Ibu "habis tu kereta kau nak tolak kalau stuck kat banjir?"
Ammar "alah, pakai bot je lah"


Aku? *tersedak* *tersembur* *tergelak* "DAH KENAPA NAK PERGI SITU?!!!" .____.



No comments: