Salam. hye! :)
sekarang ni, kebanyakkannya semua IPTA kat Malaysia (especially for those who are taking their degree) sedang mengadakan kenduri exam besar-besaran.
kenapa aku cakap kenduri? sebab kenduri ni terbahagi kepada tiga ; Meletup, Biasa atau Hambar.
1. Kategori Meletup
-Ni dikatakan kenduri yang paling best sebab habis awal. tapi yang paling boghasap, paper dorang berderet. takda gap sehari pun. flow dia pun cantek je. tapi paling haru bila ada paper double/triple untuk sehari. (amboih, dah macam burger mekdi gayanya). memang ghasak la kau nak setadi. boleh tunggang terbalik jugak lah nak baca 2-3 subjek punya nota dalam masa yang sama. *kecuali kalau kau mengamalkan sistem pembelajaran yang efektif, padu lagi jitu. proper planning katanya. untuk orang yang setadi last minute (macam aku), at least aku PATUT dah buat mind map ke, short notes ke, supaya aku tak gelabah tengok nota slides yang menggunung. tapi kalau yang jenis konfiden, baca je lah notes tu aka SCANNING. teknik ni paling efektif dan membawa kesan yang sangat power untuk mereka yang "cepat-tangkap", "baca sekali, selamanya ingat" atau "pergh-gila-bab-punya-genius". takpun, sesuai untuk "orang-yang-pergi-lecture-hall-tapi-tak-bawak-apa-apa-cuma-bawak-diri-lalu-tidur-sepanjang-kelas-tapi-masa-exam-dia-perform-pastu-dapat-dekan-sambil-kata-dirinya-sucks-sebab-sikit-lagi-tak-dapat-empat-rata". amacam? :P
2. Kategori Biasa
-Nama pun biasa, jadi penerangan pun biasa-biasa saja. Kenduri kategori ni boleh dikatakan tak terlalu bosan, tak terlalu dahsyat. sebab dorang punya exam sama ada habis awal takpun paper kurang berderet. kiranya, kenduri exam dorang ni tipikal, takda umpph katanya. mungkin boleh kira beruntung la, cuma tak thrill la dalam menjalani liku-liku kehidupan sebagai pelajar tekanan. kan? :P
3. Kategori Hambar
- yang ni boleh dikatakan kenduri exam paling kesian. mungkin sebab paper dia start awal tapi habis lambat. takpun, start awal tapi lambat habis sebab ada gap seminggu. yang paling haru, start lambat, balik pun lambat. haha! nak buek cemano jang. tawakal je lah. oghang kata, waktu gap panjang lah paling bermakna sebab boleh setadi lama sikit. tapi kalau spesis macam aku, bagi bapa hari punya gap pun, aku tetap last-minute jugak. haih. -.-"
Sebenarnya, tahap kategori exam ni bergantung pada penerimaan kau jugak. antara kau pikir positif atau negatif. Sama ada kau nak take it seriously or not. benda sekarang kena ingat. Semua menda yang kau buat, ada impaknya. Kalau kau jenis berani mati, just go on with your plan. Allah knows the best for you. *tapi jangan amal konsep redha/tawakal sebelum kau usaha. (dah kenapa aku bajet pandai pulak ni?).
papapun, best of luck to those who are still taking their papers! :D
p/s: aku jatuh dalam kategori hambar. (exam : 31hb Disember - 16hb Januari).
No comments:
Post a Comment