Tuesday, March 5, 2013

perancangan si timba

biar panjang berjela kriteria yang kau cari,
masih ada satu yang kau tidak temui pada sesiapa.

melainkan dia.


jadi,


aku harap aku pegang janji ini.


"awak . congrats. nah, untuk awak. semoga berjaya dalam hidup. "


- mungkin dia bukan untuk aku. tapi, aku mahu dia tahu, bahawa dia pernah melintasi garis masa aku. cukup dengan sekadar sejambak bunga atau mungkin daunnya sahaja,
aku pasti akan hantar pada kau,
iaitu pada hari konvokasi.

:')



****

"adik tahu tulis tak?"
"...."
"adik tak tahu ehh? nak abang ajar?"
"...."
"jangan lah malu. kejap eh, abang amik kertas"

kertas dihulur. tangan menyambut.

" ok lah. macam ni. abang tulis huruf ABC. huruf besar dengan huruf kecil. kejap eh"

Aa Bb Cc.....senarai itu berterusan hinggalah ..Zz

"haaa. abang dah tulis semuanya. cuba adik cakap adik suka pergi sekolah sebab apa"

pegang pensel. kertas masih kosong. tangan masih tidak bergerak.

" cuba adik cakap kat abang. meh abang tolong"

"..... nak jadi cikgu"

"oh, adik nak jadi cikgu ya?" tersenyum.

"..." angguk.

"tulis huruf S. haa. yang bentuk ini. pastu tulis huruf A.." 

keadaan berterusan sehingga ayat "saya suka pergi sekolah kerana saya mahu jadi cikgu" menghiasi kertas putih itu. ternyata comot sekali. tulisan herot-berot. intensiti tulisan pensil 2B itu tidak sekata. tapi masih mampu dibaca.

adik tersenyum. tak sangka dapat menulis sepanjang itu.
abang juga tersenyum. sambil memeluk adik seeratnya.


-mata yang memerhati seperti mahu bercucuran air matanya. masih ada insan yang bersungguh mahu membantu anak kecil itu. anak kecil bukan calang-calang orangnya. anak kecil hanya insan asing di mata semua, hanya sekadar anak orang asli yang mungkin tidak diberi perhatian sepenuhnya. tercicir, orang kata. masih tidak mampu menulis, membaca dan mengira. 
walau sudah berada di tingkatan dua.

*****

sedihnya. :'(

....dan itu yang membuatkan aku nekad untuk mengenal engkau, pemuda berhati mulia. semoga engkau sukses dalam hidup!

kumpulan paling spontan. 
mereka (exco & peserta). aku (orang asing)
sesi makan terakhir.


p/s: kadang-kadang, peluang datang hanya sekali. kau beruntung kalau kau berusaha menangkapnya.
tapi....
kadang-kadang kita juga perlu cuba melepaskan.
ya, untuk seseorang yang lebih layak memilikinya.
**ah. tacing gini. T.T

No comments: