Wednesday, April 10, 2013

coretan panjang

salam. hey there! :)

sedia maklum, sekarang para degree-ians (buruk benar nama panggilan) sedang bercuti selama seminggu. jadi kebarangkalian untuk terserempak dengan geng satu kawasan tersangatlah tinggi. well, i can't say much as sepanjang beberapa hari ni aku banyak menghabiskan masa di rumah. qadha tidur to be exact. :P
apa taknya, sebelum cuti memang jadual macam haram. ada one day tu, aku tak tidur langsung semata buat jurnal dengan report yang bertimbun. they were group-works  so i tried to make as perfect as i can, sampai tahap berguling jugak lah nak siapkan part aku.
TAPI...
you know lah, if it considered as "GROUPWORK" or anything that requires you to work together as a team, you cannot expect everything to be as smooth as it should be. well, that happened to me. :(
bayangkanlah,
mungkin sebab ini kali pertama aku "terkena", jadi sakit dia luar biasa sikit. aku bukan nak burukkan mana-mana pihak, cuma aku nak mencoret sedikit pengalaman aku yang terkena ni.
Macam ni cerita dia,
ada satu subjek ni required us to submit a journal and do some presentation. so, setiap ahli sepatutnya dapat bahagian masing-masing untuk dibuat. to be fair, kitorang cabut undi. lucky me, i got Introduction part. so, mengenangkan benda tu sedikit, i volunteered myself to sort the references and as well as the objectives. i also promised them to help doing their parts; if only i had done finishing my parts first. so tadaa. kira hal dah setel en?
NOPE.
adalah sorang ni. dia dapat part discussion. (discussion is the hardest part in writing a journal!) masa undian dibuat, ada DUA orang yang akan dapat part discussion. jadinya pandai-pandai doranglah nak bahagi kerja dorang. tapi yang kelakarnya, dua-dua orang ni slow talk dengan aku, mintak tolong buat satu part discussion. (actually, they have to discuss FIVE parts). jadinya, berpegang dengan konsep KESAMARATAAN, they took 2parts each and leave 1 part for me.
sebenarnya,
aku bukannya baik hati sangat nak buatkan part dorang. kalau ikut minda setan aku, konpem2 lah aku cakap
"weh hello. nasib aa korang dapat part discussion!"
nope,nope,nope. aku takkan cakap tu. but instead, nasib baiklah minda aku boleh berfikir dengan waras waktu tu, jadi aku terima. bukan sebab nak tolong dorang, tapi sebab nak tolong GROUP sendiri.
nak dijadikan cerita,
masa first time meeting, ada lah jugak yang tak hadir. meeting ni hanya untuk spend masa secara face-to-face  untuk buat part sendiri. kira nak spend masa sesama la. meeting tu berjalan dalam 2 jam lebih la. tapi aku still tak dapat siapkan dalam masa tu (atas faktor pepagi buta, hujung minggu pulak tu, dah kena perah otak, memang tak laaaaa). tapi ada jugak la yang berjaya setelkan part dorang (tahniah). so the meeting end up gitu je. jadi, semua ahli decide nak buat 2nd meeting pada minggu depannya, untuk buat slide pulak.
Hari yang ditunggu pun tiba.
yang kelakarnya, aku tak siap pun part aku. aku sumpah gelabah gila taktau nak bagi alasan apa kat dorang. so, sepanjang meeting berlangsung, aku langsung tak berani nak bukak mulut (atau bahasa ilmiah dia : aku tak berani nak mengaku yang aku tak siap). haa. gitu lah. so, aku just tutup mulut dan menaip, menaip dan menaip. bila dorang tanya "sya, dah siap part kau?" aku just kata "belum. on the way. nanti dah siap, orang post kat fb". pergh. punyalah takutnya aku sebab tak siap part sendiri. SURPRISINGLY, ada 2-3 orang jugak tak siap part masing-masing. THANK GOD! kira ade geng la ni. hehe. pastu ada lah somebody ni volunteer untuk compilekan slide. dia just suruh kitorang upload dekat fb malam tu jugak. so, aku pun katalah yang aku akan cuba sedaya upaya. aku pun berterima kasihlah kat dia sebab bagi can kat ktorg yang tak siap lagi ni.
masa 2nd meeting tu, dia buat dekat library pukul 3-7pm. well, memang aku mengaku la kalau bab buat kerja grouping, memang aku lembab sikit. so, aku tak berjaya siapkan dalam tempoh tu. tapi disebabkan somebody tu yang suruh setelkan malam tu jugak, aku jenuh la patah balik hostel, pastu berkampung dekat library balik dari pukul 8pm sampai 12am. baru setel.
kemudiannya,
ktorang buat the 3rd meeting ; hari untuk finishkan slide. sebab keesokan harinya ialah hari presentation. jadi, kami decide yang hari tu ialah hari untuk completekan semua slide, betulkan apa yang kurang dan prektis. yang paling tak boleh blahnya, orang yang volunteer nak compile slide tu BARU saat itu nak compilekan slide. haaa. kau bayangkanlah betapa kelam kabutnya keadaan masa tu. tapi dalam banyak-banyak hal, satu benda je yang paling WIN:

"sya, aku nak cakap ni"
"kenapa? ada yang tak kena ke dengan part aku? sorry la. aku main buat je"
"eh tak, tak."
"habis tu?"
"aku nak ucapkan terima kasihlah dekat kau sebab tolong buatkan sekali part aku." *sambil beri senyuman paling lebar.
"haaa?"
"kau kan kena buat satu part je untuk discussion. yang kau buat dua kenapa?"
"laa. ye ke? aku TERBUAT doe. takpelah gitu. kau combine je part kau dengan part aku punya. biar panjang sikit"
"eh tak payah la macam tu. amik part yang kau dah buat je. sebab aku punya tak banyak mana pun. kau punya ayat pun lagi okay dari aku punya"
"err. camtu pulak? oh ok."

kau tahu perasaan aku macam apa? aku sumpah rasa aku lah manusia paling bangang time tu. sebab part dia la, aku berguling-guling nak setelkan. T.T

sambung cerita.
seterusnya, aku perhati je budak tu compile. dia just copy paste part2 kitorang pastu siap. yang paling WIN, part yang aku TERBUATkan untuk dia tu, memang 100% ayat aku sahaja, langsung takda ayat dia. haha. senangnya hidup kau. -..-"

untuk langkah berjaga-jaga,
malam tu aku try edit balik slide yang dah siap - by my own self. okay, aku admit ini pun salah satu kebodohan aku sebab BAJET BAGUS. bajet paling power la nak tambah situ sini. -..-"
at the end, masa presentation tu, part yang aku editlah yang paling banyak kene condemn. DAMN. memang bertubi-tubi kena soalan panas dari lecturer. siod. rasa kecewa gila sebab buat perkara bangang macam tu. at that time, aku rasa bersalah gila dengan group aku. yerlah, sebab apa yang aku buat ni aku affect markah keseluruhan grup aku sendiri. siapa tak down doe.
so, aku mintak maaf banyak2 kat grup aku. tapi grup aku just kata yang pasal presentation tu benda da lepas, sekarang kena fokus pulak dekat hal jurnal. i was like, hmmm. tak tau nak cakap apa, sebab rasa bersalah tu still menebal.

untuk jurnal,
selepas je presentation tu, aku lebih banyak mendiamkan diri. tiba-tiba ada sorang tanya "siapa nak compile jurnal?" krik krik krik. aku? of course NOT! benda paling gila la kalau aku volunteer masa tu. tak nak aku. tanggungjawab besar tu. so aku pun diamkan diri jugak. at that time, takda siapa pun nak amik tugas tu. then another question came, "siapa nak edit balik slide?" krik krik krik. nobody answered. but later, orang yang volunteer compilekan slide tu volunteer sekali lagi untuk edit slide. so macam okay lah. then all the group members chose me to compilekan jurnal. waddehek man?! dengan rasa berat hati, aku pun terima task tu tapi dengan satu syarat; i need another person to help me compile this journal. sebab aku belajar dari kesilapan lalu, aku perlukan sorg member untuk re-check balik jurnal yang aku dah compile. itu je aku mintak. so, they agreed.

benda kelakar yang berlaku seterusnya,
that same person yang do the slide editing PM me. dia tanya aku part mana yang perlu dia edit. alasan dia? sebab dia tak sempat nak tulis apa yang lecturer komen masa presentation. so, aku beritahu dia and explain this and that. then dia kata "well, how about kalau kau je yang editkan slide? sebab kau lagi tahu dari aku"
i was like.....
!@#$$%^^&*()?@#!!!
ohmaigod. hanya Tuhan je tahu perasaan aku masa tu. takkan aku yang compile slide, aku yang compile jurnal, takkan la semuanya aku kena buat??
zzzz.
tapi once again, minda yang waras ni boleh terima task tu dengan alasan nak tolong GROUP sendiri. hahahahaha. bodohnya aku waktu tu.
so dengan segala kudrat yang ada, konsep "i'll try my best" dipegang. so, aku try buat task tu seboleh yang mungkin. untuk tambah perisa, that person siap boleh listkan lagi apa yang tak cukup dalam slide tu.
ARE YOU KIDDING ME?
awal awal kau cakap kau tak tahu part mana yang perlu edit. then sekarang, tahu pulak kau? ahahaha. bodohnya aku. bodohnyaaaaa! so aku just tak reply PM dia sebab aku terlalu marah masa tu.

masa one day before nak submit all those things,
aku baru nak siap compile semuanya. ni pun salah aku jugak. salu buat kerja last minutes. -..-"
hari tu jugak lah ada report kitchen dan segala macam discussion yang perlu dihantar before cuti. memang aku boleh kata yang aku tempah maut sebab cuba nak setelkan dalam masa 12 hours (7 malam- 7 pagi). sampaikan aku berjaya stay up dekat library sampai pagi.

so firstly, i finished my discussion on other subject first. benda tu je dah makan masa 3 jam. then aku proceed buat hal compile jurnal. tapi, mendapat pulak lawak paling kelakar dalam sejarah : part discussion yang ada DUA orang buat tu, hanya ada 7-8 baris perkataan je. JE.

hahahhahahahahha.


sumpah la masa tu aku nak nangis. apa taknya, 1 part discussion yang dorang mintak tolong aku buat pun, aku buat dalam nak dekat 2 pages gak la. yang dorang? 4 part bila compile, dapat 1 page je. WADDEHECK mannnnn. aku nak ngamuk pun takde guna. memang aku rasa macam aku diperbodohkan. aku punya rasa kecewa tu sampai aku boleh terdiam pandang skrin. sampai aku rasa macam semua penat lelah ni takda hasil. shits. setan memang berjaya kongker minda aku masa tu. sampaikan untuk kali pertamanya, aku terpaksa call member aku dan cursing. yes, i did. then, cursing tu bersambung pulak dekat member yang teman aku stay up dekat library sampai pagi. (sorry sis. aku bagi dosa kat kau).  nasib baik la dia berjaya tenangkan aku "sya, lain kali kau garang sikit. jangan sampai depa pijak pala hang. depa buat kat hang lagu ni, hang boleh lembut lagi? kalau aku, memang aku cakap melampau depa ni". :'(

so apa yang berlaku?
aku terpaksa ignore untuk tambah part discussion dorg (sebab masa kian suntuk), lalu menambahkan lagi kesilapan yang perlu aku akui. aku tak fully check their spellings and words. DAMN. itu mistake aku yang paling bodoh. so aku just compile all of them then aku upload kat fb. suruh partner aku yang seorang lagi tu re-check. tapi aku pun bangang jugak. upload pukul 5-6 pagi. mana ada masa dia nak re-check. so dia pun just print out bulat-bulat and just betukan part yang aku suruh sahaja.

TADAAA.

jurnal pun siap. slide pun dah edit. dan masa tu dah pukul 6 pagi kat library. kelam kabut balik hostel, mandi semua untuk bersiap ke kelas pukul 7.30 pagi. yang paling kelakar, aku tertido, so pergi kelas lewat 15 mins. then nota untuk pagi tu, aku tak bawak. shits. dan bayangkanlah, aku memang dah separuh lalok dalam kelas tu. fikiran aku serabut gila.

lagi lagi bila........

DAMN. satu lagi report aku tak siap!! -iaitu report kitchen


report tu perlu dihantar selewat-lewatnya pukul 12pm. for god sake, aku tak buat langsung dan kelas aku berderet sampai lah pukul 12pm. damn,damn,damn. masa tu, Tuhan je lah tahu perasaan tu : perasaan macam kau rasa dah hilang harapan, dah malas nak ambil peduli dan dah malas nak fikir, rasa macam apa nak jadi, jadilahh.

"sis. kalau aku tak hantar report ni boleh tak?"
"asal? banyak lagi yang tak siap ke?"
"bukan banyak. langsung tak. habuk pun tarak"
"cepatlah buat. ada masa lagi ni"
"malas aa. lantak la apa nak jadi, jadilah."
"mana boleh lagu tu. kau boleh sya"
"aku tak percaya aku boleh siapkan sekarang, dengan keadaan macam ni lagi"
"macam ni la. aku bagi report aku, kau just edit2 ayat je"
"gila. jangan buat kerja gila. aku taknak report kau."
"alah. jangan lah tiru bulat-bulat. terbalik2 ayat je"
"taknak. tengoklah macam mana. kalau aku sempat siapkan before 3pm ni, aku hantar. kalau tak, memang aku letgo benda ni"


dan masa tu, aku hanya ada gap 3 jam sebelum kelas seterusnya bermula. aku balik hostel, buat the best that i can, and alhamdulillah, aku berjaya siapkan dalam tempoh tu. gila lejen buat report dalam masa sesingkat tu -..-"

pokoknya, dah pukul 4pm. dan berbekalkan semangat berani mati, aku pergi jugak submit report tu walaupun dah terlewat 4 jam. THANK GOD, report2 lain belum bertanda lagi. means that, no marks will be deducted for my report! yeayyy! bahagia bukan kepalang. lepas hantar report tu, aku berlari pulak masuk kelas 4-5pm. sumpah la aku cakap, otak aku memang dah weng tahap 90%. boleh pulak ada discussion tentang homework. boleh pulak aku tak buat. adeh. nasib baik nama tak kena panggil. and nasib baik gak member sebelah share jawapan. :)

balik je kelas petang tu, aku tak terus tido. sebab malam tu geng-geng semua ajak makan steamboat. ya Tuhan, syukur sangat-sangat. segala penat lelah berjaya dilupakan sebentar. berjimba dengan dorang sampai pukul 12 malam. dan balik je, aku terus terlentang. zzz


kesimpulannya,
1.jangan nak tuding orang lain kalau diri sendiri pun tak perfect
2. kena sama-sama beringat.
3.jangan bajet diri tu dah bagus sangat
4.jangan rendahkan orang lain
5.jangan susahkan orang lain
6.tolong jadi diri sendiri
7. berhati-hati di jalan raya. -..-"

p/s: post paling panjang. phew.




No comments: