hari ini dia hilang.
untuk kali pertamanya aku risau. mana dia pergi? mana perlu aku cari?
tapi segalanya terjawab bila aku balik atau selepas aku online.
"ohh. kau di sana rupanya".
-aku hanya mampu tersenyum.
hari ini dia hilang lagi.
untuk kali keduanya aku risau. tapi fikiran setan mula merasuk minda. tapi aku tak berani kata apa-apa.
semua orang tanya kau. semua orang risau akan kau. boleh aku kata, semua. sebab.. berapa kerat sangatlah kawan engkau yang kenal aku, dan bertanya tentang perihal engkau pada aku.
tapi bila aku online, segalanya terjawab.
"ohh. kau di sana. kira betul lah apa yang aku agak"
-aku mula tersenyum kelat.
hari ini dia hilang.
untuk pertama kalinya aku rasa macam aku malas nak ambil peduli.
bila orang tanya pasal engkau, aku hanya angguk, terdiam seribu bahasa.
aku mula faham perangai engkau.
aku mula faham kerenah engkau.
jadi seperti biasa, aku online.
"kan dah agak"
-aku mula menahan amarah.
hari ini dia hilang semula.
orang tanya kau lagi. hampir semua orang.
jadi dengan beraninya aku menjawab entah.
sebab aku tahu, kau mesti membuat perkara serupa.
jadi kawan.
kau sibuk kata diri engkau tidak bermaya.
kau sibuk kata diri engkau tidak sempurna.
kau sibuk kata diri engkau tidak ada masa.
jadi..
apa motifnya aku di sisi engkau?
maaf cakap.
jangan sampai waktu susah, baru nak terhegeh.
aku ni bukannya para angel yang mampu rangkul engkau waktu jatuh.
aku ni manusia separa normal.
jangan engkau sibuk laungkan slogan " true friends are always there when you are fall"
please.
itu rasuah dunia paling moden.
aku benci dengan ayat paling bangsat dalam dunia itu.
jadi,
kesimpulannya; tak guna pimpin tangan orang yang melepaskan kita.
sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment