Wednesday, April 3, 2013

memang tak ngam

satu.
aku sukar untuk menulis dengan menggunakan pen atau pensil.
dua.
aku sukar untuk menyelak halaman mukasurat sebelah atau apa-apa aktiviti yang memerlukan aku untuk menyelak kertas.
tiga.
aku sukar untuk menyental baju lagi-lagi bila memerlukan daya yang jitu untuk menyental kotoran degil.
empat.
aku sukar untuk memulas tombol pintu.
lima.
aku sukar untuk menekan besi pin apabila ingin melekatkannya pada tudung.
enam.
aku sukar memegang mug atau kole atau jag atau yang seangkatan dengannya.
tujuh, lapan, sembilan dan senarainya berterusan
dek kerana...

terhiris IBU JARI dengan parut (grater).


tahniah yer. nampak sangat tak pandai masak. haritu masa 1st time masuk kitchen, awal2 lagi dah hiris jari sendiri. parah jugak bila darah kuar non stop. dengan pedihnya lagi. dengan degilnya takmau pakai plaster. dengan nak kena perah lemon (acidic) lagi. perghh. tahan je la.

apa-apa pun, semangat nak belajar masak tu kena ada. bila lagi nak dapat peluang masuk real kitchen seumur hidup kan? sem ni je lah. :)



No comments: