Friday, August 23, 2013

bengkak yang surut

Kelihatan seorang petugas berbaju biru muda sedang memberi taklimat di kawasan dataran yang lapang itu. Waktu itu sore.

"Saya minta nama-nama yang disebutkan tadi, sila kasi siap itu begnya. jangan tinggalkan barang-barang berharga kerana pihak kem tidak mahu menanggung risiko atas kelalaian anda sendiri. faham?"

"Faaahammm...." sahut kumpulan yang berasal dari Papua New Guinea itu. Masing-masing mengangguk lalu beredar menuju ke blok kediaman masing-masing yang terdiri daripada 6 buah blok untuk perempuan dan 6 buah blok untuk lelaki. Blok yang hanya terdiri daripada himpunan papan lapis itu hanya dilengkapi dengan dua suis di setiap satunya dan boleh memuatkan kira-kira empat puluh orang pelatih yang datang dari pelbagai lapisan kaum.

Hari yang ke-68 itu akhirnya bertukar suram. Penduduk yang berada di kem selama dua bulan sepuluh hari itu perlu mengemas barangan masing-masing. Ayat mudahnya, mereka akhirnya dapat pulang ke rumah selepas menjalankan program latihan di situ demi menyahut seruan kerajaan. Kem yang dulunya ada rasa benci, ada rasa suka itu akhirnya ada rasa baru yang terbit daripada persahabatan yang terjalin dalam tempoh yang singkat dek kerana pelbagai suka duka ditempuh bersama.

Di satu sudut, kelihatan si Gadis mengemas bagasi dengan perasaan yang menjengkelkan. Sepasang mata yang memerhatikan juga sudah mula naik rimas dengan perangainya itu. 

"Macam mana ni, tak muat nak masuk dalam beg!"
"Boleh lagi ini. kau selit-selit saja"
"Tak boleh, aku dah banyak kali susun. hwaaaa!"
"Meh la aku buatkan. macam ini...blablabla"
"Zzz.."


- Hari ke-69 -

Pada hari terakhir, jarinya seperti berat saja mahu memulakan sms dengan dia yang dikenali sepanjang dua bulan sepuluh hari itu.


"Sudah habis kemas?"
"Sudah. kamu?"

"Sudah juga. bila beliau mahu datang ambil?" *beliau ialah nama lain bagi ibu bapa atau parents.
"Tidak tahu la saya. rasanya petang kali. kamu balik nanti sesi bila? dengarnya ada dua trip balik ke Papua"

"Oh. saya dapat trip yang akhir. pukul lima petang. dapatlah saya hantar kamu nanti"
"Pukul lima? saya harap beliau ambil saya lewat lagi. saya pun mahu hantar kamu pulang"

"Sedihnya."
"Saya juga" 

***

Yang menyaksikan trip yang pertama pulang menaiki kapal terbang ialah kumpulan trip kedua dan rakan-rakan yang juga merangkap penduduk tempatan belum mahu pulang.

mereka
beramai-ramai duduk di tembok;
bersama-sama memeluk;
dan
ada yang menangis;
ada juga yang memegang gitar kayu tua,
dan beramai-ramai
menyanyikan lagu keramat itu;
"Bulan 8 di Timor Leste".



***

Si Gadis kembali ke blok dan melihat kembali barangan yang telah dikemas rapi. Satu beg plastik kecil diletakkan di atas bagasi. Ianya berisi coklat yang dikirim keluarga dari Papua. Sepatutnya untuk bekalan makanan di blok itu dek kerana tidak ada coklat serupa itu yang dijual di sana, tapi disimpannya hingga ke akhir tempoh latihan, untuk diberi kepada si dia yang dikenali.  

"Kamu jika mahu pulang, beritahu ya? saya mahu asar sebentar"
.
.
.
.
.

Usai sembahyang, si Gadis menuju ke dataran. fikirannya tidak tenteram, lalu cepat-cepat dihantarnya sms kepada si dia.


" Di mana kamu? Saya tidak nampak kamu pun di sini?"
"Saya baru saja naik kereta. maaf tidak reply, sibuk angkat barang tadi"

Matanya membulat. Butang call terus ditekan. Fikiran luar sedar mula menjajahi diri. Dia berlari dari arah surau ke blok dan ke dataran kembali sambil menjinjit beg plastik kecil.

" Stupid! Saya dah suruh awak tunggu kan! tolong balik ke kem!"
"Saya sudah jauh ini. maaf ya?"
"No! kamu tahu kan kita tiada peluang lagi untuk jumpa. kamu tahu kan?"
"Maaf, saya tahu itu. mungkin nanti kita boleh jumpa lagi. masalahnya bapa saya yang bawa kereta, susah mahu......"
"Sampai hati awak.."

Talian dimatikan.

Si rakan memeluk kuat.
Kedengaran si Gadis menangis tanda kesal.


Bunyi mesej masuk kedengaran tapi langsung tidak diendahkan. Tangisan langsung tidak mahu berhenti.


"Kenapa kamu letak henfonnya? saya dalam perjalanan ke kem. tunggu saya."



***

"Gadis!"

Si Jaka berlari dari pintu utama ke dataran menuju ke seseorang.


"Ada apa kamu suruh saya balik ke sini?" tuturnya sambil tercungap-cungap. Lengan baju terpaksa dijadikan sebagai pengelap peluh yang mencurah turun di dahi. Jam tangan di sebelah tangan kiri bersinar memantulkan cahaya matahari di dada langit.

Gadis yang berada di hadapannya kelihatan terkejut. Tangisan yang kering kembali membasahi pipi.

"Kenapa pergi?! kan saya suruh awak tunggu! "

Si Jaka menggaru kepala yang tidak gatal. 

"Gadis, jangan kamu nangis. kalau kamu nangis, saya pun mahu nangis juga"

Tangisan itu kembali teresak-esak. Si Jaka mula kaget. Mahu diseka air mata gadis tetapi dia tahu yang dia tidak mampu melakukannya. Bukan muhrim katanya.

"Sudahlah, berhenti nangis. Jangan buat saya nangis di sini. Kamu patut berterima kasih sama kakak saya. Dia yang suruh bapa saya patah balik ke kem. kalau tidak, sudah tentu saya tidak dapat jumpa lagi sama kamu"

Si Gadis terus menangis, tanda seperti tidak mahu berhenti.

"malulah saya kalau saya nangis depan kamu. sudahlah, jangan nangis lagi. please?"

Beg plastik kecil bertukar tangan tanpa sebarang kata.

"Apa ini?"

"Ini hadiah buat kamu. Sorry sebab buat keluarga awak patah balik" luah si gadis sambil tersedu-sedu.

"Tidak apalah. Saya yang salah sebenarnya"

Kedua-duanya kembali senyum. si Jaka akhirnya meninggalkan si Gadis yang pernah dikenalinya dalam tempoh dua bulan satu hari itu.

"Selamat tinggal budak Papua New Guinea"
"Selamat tinggal Jaka. Jaga diri ya? kalau ada wang, sudah tentu saya terbang ke sini mencari kamu"





p/s : My deepest condolences to Pui Yee, my ex team leader as her father was among the 37 people that died during the latest Genting tragedy. may him RIP.  :'( 



No comments: