Saturday, September 21, 2013

fakk

dua hari lepas (khamis), aku pi teman member pi basuh keta, somewhere dekat area uni aku. disebabkan jadual tak pack lagi (lab belum start), jadi ktorg kira free la jugak. jadi melepet la kejap pepagi buta pergi sana.

nak dijadikan cerita, ktorg 1st time pergi situ. ktorg takde la jakun mana, just buat-buat biasa sudah. so, bila dah pass kunci kereta semua, ktorg pi lepak kat waiting corner ni. ada sofa, newspapers, tv, stuff like that. jadinya, layan diri je la. masa tu ada TIGA orang kat situ; aku, member aku dan seorang yang ktorg boleh panggil sebagai pakcik. well, of course la we dont talk to strangers, lagi2 tempat macam tu kan. kau hingat kenduri kendara ke nak jadi orang mesra alam kat tempat yang baru festaim kau pergi? mestilah tak kan? jadi, ktorg borak sesama sendiri je.

tetiba,
pakcik tu hulur newspaper (memandangkan benda tu agak jauh dari ktorg dan ianya berada depan mata pakcik tu), so ktorg amik je la. 

at first, aku kira tu benda normal la kan, macam just greet each other nicely. okay. aku tak insecure lagi masa tu. bila dah habis khatam news semua, dia punya environment macam sepi sikit aa. macam bunyik cengkerik tu. tapi kau nak buat apa lagi kan? layan je la tengok orang basuh kereta.

then tetiba lagi, pakcik tu bukak mulut, kira cam nak borak2 la. 

" belajar lagi ke?"

aku buat-buat pekak. ok fine. aku sebenarnya agak susah nak start borak dengan strangers, especially lelaki. tapi kawan aku pulak yang menjawab, mungkin sebab nak jaga hati orang tua kot.

"a'ah, belajar lagi"

aku pun angguk je la. pakcik tu pulak ada gaya macam nak tanya lagi tu. aku nampak dah gaya dia.

"student mana? unisza ke?"

ah sudah. ada gaya unisza ke ktorg ni? cett. lagi sekali kawan aku menyahut. aku dah mula cam serba salah pulak buat2 bodo ngan pakcik tu.

"eh tak, student umt. hehe"

aku pun angguk lagi. sambil senyum ikhlas-tak-ikhlas.

"oh, saya student unisza"

amik kau. sekali pakcik tu STUDENT. kahkahkah. terbeliak gak aku masa tu. memang jawapan luar alam. tapi aku taknak percaya. yerlah, sesapa pun boleh mengaku dorang student kan? choii.

"kenapa tak percaya ke? saya baru je habis pergi kolokium tadi. ada perbentangan sikit. baru je hari ni masuk"

ah sudah. kolokium bagai. kalau dia cakap mender pun aku malas nak amik kisah. 

"asal mana?"

hahaha. dia dah mula dah! aku pandang member aku pastu dah mula kening2. kawan aku ni pulak nak taknak menjawab je la sebab pakcik tu still pandang ktorg. 

"asal johor"

"johor kat mana?"

"mersing"

"mersing dekat mana? saya ingat tempat tu sebab saya pernah tinggal sana"

ah sudahhhhhhhh. astaga. sekampung la pulak! hahahaha. berpeluh la kawan aku sorang ni.  dia pun menjawab lagi. aku pun tak ingat dia jawab apa. boleh pulak pakcik tu tahu semua area simpang dekat tempat tu. siap tahu lagi nama sekolah, pengetua, cikgu disipilin.

JADAH.

nampak sangat dia bukan orang biasa. dia kenal mersing sedalam-dalamnya. adoi. jejak kasih la kiranya member aku ni. nak tak nak, kena melayan jugak pakcik ni borak. dah lama lepas dia borak pasal "ke-mersing-an", dia tanya aku pulak.

" kamu? orang mana?"

adoi. aku bajet aku dah terlepas azab borak ni. kang tak pasal dia tau pulak area rumah aku kang, naya.

"saya... kolumpo. kat keramat"

"ohh. keramat. saya pernah duduk serdang, upm"

"oh.. okay"

that's it. aku jawab tu je. sebab aku malas nak borak dengan STRANGERS! lega jugaklah dia tak tahu sangat area rumah aku.  then aku buat-buat baca news lagi dan lagi. kawan aku pulak takda benda nak buat, apa lagi, pakcik tu attack dia lagi pasal mersing dan mersing dan mersing. hehehe


"bila balik kl?"

aiyo. tak habis lagi pakcik ni. 

"em. raya haji insyaAllah balik"

"naik apa?"

"naik bas"

"tak naik flight? dekat belakang je kan airport?"

"haha. takpalah. bas pun dah okay. dah biasa dah"

"naiklah flight. saya nanti naik flight. beli online murah"

"a'ah. time promotion tiket memang murah. tapi dah biasa naik bas. senang turun nanti"

fuhh fuhh. aku dah mula tak selesa sebab pakcik ni still taknak benti lagi menanya. mesra alam terlebih kot. tapi ktorg buat dunno je la. yerlah, orang baru masuk U kan, kenal pun tak area2 situ. 

"saya kat sini lama lagi. dalam 3 tahun"

"lamanya. amik phd sampai 3 tahun? phd buat apa je?"

well, at this time, we both didnt know how to address this guy. sebab kira dia pangkat Dr, takpun pakcik, takpunnn.... bakal prof. seriously tatau macam mana nak panggil dia. so macam awkward sikit la.

"saya buat research ada la sikit pasal my studies. setiap 2 minggu kena jumpa supervisor, buat pembentangan, proposal, kadang2 sebulan sekali. jadual pun saya yang fixkan. tak macam degree. pelajar degree kan hari-hari ada kelas macam kamu semua"

"ohh."

pastu diam. semua orang diam. dan aku sorang yang baca balik news. seboleh-boleh aku baca setiap ayat dalam tu. taksanggup dah nak borak dengan pakcik tu.

"ada warung kan kat sebelah ni. dah minum? jom saya belanja kamu berdua minum?"

erk.

okay.

dia ajak minum? kahkahkahkahkah. aku pun dengan bijaknya menjawab,

"eh takpa takpa. ktorg baru je makan tadi kat kafe. kenyang dah"

"eh takpa. saya belanja. jom?"

"eh tak tak. serious, seriousssss ktorg dah minum. hehe"

"betul ni?"

aku angguk. member aku angguk. nasib baik pakcik tu paham. 

pastu pakcik tu mintak nombor fon.
kawan aku main bagi je la. 

so...
aku bajet dia mintak sorang je.
then dia mintak num aku pulak.
adeh.
tatau la sebab hormat atau sekadar taktau cara paling sopan nak tolak,
aku pun bagi jela.
*sambil pikir positif.

tak lama lepas tu, pekerja snow wash tu panggil,

"Volvo siap!"

pakcik tu senyum, angguk dan pergi.

ktorg pun senyum dan angguk je lah, tanda nak akhiri pertemuan tu.

OK.

satu saat je lepas kereta tu pergi, ktorg macam....

"OH- EM- GI"

bapak aaaaaaaaaaaaaa~~~~

pakcik tu pakai volvo siod!!!!!! VOLVO!!!!!! kahkahkahkah!!!

aku pandang member aku,

"tu laaa. lainkali jangan memandang rupa sangat syara. tak elok. nampak je pakcik tu macam orang mesra terlebih,tengok2, hambik kau. sebijik volvo baq hang! "

so kisah snow wash tu berakhir macam tu je.

(sepatutnya)


p/s: dan pada pukul 11.51 MALAM tadi, aku terima satu mesej yang berbunyi..

" salam.. gud nite.. tido doh ke..."



O..O"






i was like...


AAAA!!!!!


i screamed out loud okay!!

terus aku call member aku, tapi boleh pulak dia tak angkat.

aku dah gelabah taik kucing. bapak cuak. siyes aku meremang satu badan kau tawu!!

then aku dapat lagi mesej,


" pakcik tu ada mesej? nampak tak permainan dia? "

-member


babe. without thinking, i just get out from my room and started running like mad person throughout the corridor.

serious aku lari macam kena kejar setan.

aku terus pergi bilik member aku okay.

sampai-sampai je, aku dah gelak kaw-kaw.


member aku pun meremang tahap giga wehh. why on earth he would send that kind of sms to us? at this hour?! omaigodd.

tuhan je tahu betapa takutnya kitorang masa tu.

"syara ingat syara sorang je dapat mesej tu. akak pun? ya Allah. scarynya"

aku dah buat muka tahap gampang masa tu.

tapi member aku lagi buat haru.

"sya.. macam mana kalau kita haritu pergi minum dengan dia? entah-entah dia da jampi kita. macam mana sya, macam mana???"

gulp.


.... macam mana kalau aku kena jampi?

macam...mana?







p/ss : DONT ever, ever, everrrrrrrrrr TALK TO STRANGERS!!!

i am damn scared, bro. 

I AM SCARED.


Allah.

T.T

No comments: