btw, still remember about my last month's post about cameron highland? okay, mari langsaikan hutang. 3,2,1 GO!
***
ada beberapa fakta mengenai trip hari tu:
1. trip ni sempena subjek food processing.
2. it's my first time going there. =="
***
nak dijadikan cerita, subjek Food Processing ni adalah satu subjek di mana dak2 food tech belajar buat makanan from raw materials sampai lah seketul jadi macam yang nampak atas pinggan tu. untuk sem lepas (sem 5), ktorg ada 10 lab sessions yang merangkumi pelbagai topik pembuatan; macam cara2 buat jem, kordial, ikan pekasam, surimi , tauhu fah, nuget, etc. tapi kalau nak dibandingkan dengan pelajar2 poli, dorang lagi hebat sebab dorang pernah buat lagi macam2 produk macam telur masin, etc yang lagi power mower time dorang diploma dulu. so, aku sebagai lepasan matriks memang terasa suck jugak la. rasa cam ilmu tu beza gila sebab takda langsung basic dalam proses2 ni. tapi pedulik apa aku. apekes budak poli tak reti pegang ikan keli!? (ceh, riak sebentar~ :P )
![]() |
| tauhu |
![]() |
| surimi / isi ikan |
![]() |
| ni kalau tak tahu memang nak kena sepak |
untuk lab yang terakhir, it's all about product innovation, di mana we as a group kena develop satu produk based on apa yang kami dah belajar. tapi yang paling haremm sekali, raw material tu kena items yang HANYA terdapat di cameron highland. produk tu pulak kena RARE dan bukan sekadar replacement sahaja, maksudnya item tu kena jadi bahan utama dalam produk tu.
jadinya, sebelum nak buat sst produk, ktorg kena propose dulu produk kump ktorg dekat Dr A, katanya seminggu sebelum trip, patut dah dapat approval.
tapi group aku terbalik.
sebab?
banyak item yang ktorg propose, tak lepas sebab group lain dah chop dulu (Dr limitkan 1 item utk 2 group sahaja). so nak dijadikan cerita, 2 days before trip barulah ktorg dapat approval. ngeng~
anyway, what actually we did for our product innovation?
"Bahulu epal cameron berinti puri cameron pandan."
bahulu? kenapa bahulu?
- ni idea paling klasik yang Dr pernah approve. ahahahaha. tatau kenapa Dr boleh approve benda ni. padahal ktorg dah bagi idea sate pisang la, kek asparagus la, apa la, semua kena reject. yang paling lejen, Dr tanya soalan killer;
" awak semua ni sepakat ke nak buat bahulu?"
"dah itu je yang Dr approve, kami boleh cuba"
"antara awak awak semua ni, siapa yang pernah buat bahulu?"
KRIK KRIK KRIK.
hahahhaa. none of us yang tahu nak buat bahulu macam mana. last-last aku cakap,
"takpa Dr. ktorg semua boleh try. konfiden tu kena ada. nanti ktorg google je resipi dia"
kawan aku, AMM pun masuk daun sekali,
"saya punya pakcik ada buat bisnes bahulu. boleh je Dr"
last - last Dr pun approve, siap tinggal pesan lagi,
"awak jangan ingat buat bahulu ni senang. semoga berjaya la ye?"
keluar je dari bilik Dr, grup aku semua muka lega gila. punyalah perah otak, siap brainstorming depan Dr hampir sejam. after dapat approval, dalam masa sehari sebelum trip, kena hantar proposal, a draft about what we're going to do, the processing, the cost card for our product. the main item, of course la resipi bahulu tu. kalau takda resipi, macam mana nak plan bajet semua, method, etc. ni satu lagi masalah. disebabkan ktorg semua tak pernah buat bahulu, resipi2 dari google memang kitorg double triple even quadraple punya combine utk hasilkan the most reliable recipe for our bahulu. satu-satunya harapan ktorg, AMM; iaitu resipi dari pakcik dia.
"AMM, mana resipi pakcik kau?"
"aku ada kontek dia, tapi dia tak angkat."
"dah tu, macam mana ni? kita nak resipi dia. kalau takda resipi, haru weh"
"tapi tapi tapi..."
"apa tapi?"
"jangan gelak kalau aku beritahu ni"
"apa dia?"
"actually pakcik aku buat bahulu setahun sekali je, tu pun time raya"
ha ha ha.
kalau tak disebabkan si amm ni konfiden beritahu kat Dr yang pakcik dia buat bisnes, aku rasa tak mungkin kot Dr approve product ktorg. bongek punya amm. last2, sampai ke sudah tak dapat kontek pakcik dia. resipi pun melayang. memang copy google bulat2. =="
nasib baik lepas trip , ktorg ada gap 2 hari untuk prepare barang-brang untuk masak bahulu. kebetulan, ada akak kosmet iaitu Kak Nana yang share resipi bahulu mak dia. oh yeahhh~ rupa-rupanya mak dia buat bisnes (ni baru betul), so ktorg just amik resipi dia.
hasilnya?
bahulu ktrog menjadi! muahaha.
![]() |
| epal cameron. ada dua colour; purple, putih |
![]() |
| bahulu bakar guna oven |
![]() |
| puri cameron pandan. sedap gila |
![]() |
| kak sya, me, amm, mek yah, lily |
![]() |
| final product. dah macam cengkodok. |
![]() |
| product freshly baked from oven. tongah panaih lagi ni yo. |
group lain lagi hebat2 jugak. ni antaranya;
| pan mee made from capsicum *my fav* |
| purple cabbage bun |
| sweet potatoes muffin with tamarillo (buah cinta) sauce |
| lepat labu cameron |
| jem taro & jem jagung mutiara |
| sweet potatoes quince with capsicum |
| tamarillo (buah cinta) biscuit |
| kimcam patties |
| asparagus cake |
| tart epal cameron |
p/s: walaupun produk group ktorg paling buruk, tp Dr puji sebab we managed to develop the taste of the cameron apple itself; from bland to sweet. asalnya, epal cameron ni rasanya sebijik macam timun. tapi bila ktrog bakar dia (masuk dalam oven), rasa dia terus jadi manis. kira succeed jugaklah product innovation ktorg. alhamdulillah~ :)



.jpg)





No comments:
Post a Comment