Thursday, February 13, 2014

idea ada tapi cerita tak sampai

gulungan kertas berwarna-warni tersimpan kemas di dalam balang kaca. balang kaca yang pada awalnya tiada satu unsur signifikan, lalu diletakkan di penjuru paling kanan meja, terlindung di sebalik buku-buku ilmiah dan separa ilmiah, peneman di kala teman sebilik tiada. alasan paling tepat; sayang mahu dibuang. alasan paling klasik; biar tugu cerita lama masih ada, walau sekadar sakit dipandang mata,tapi tugunya tetap ada. alasan paling mudah; sebagai tanda kebodohan masa itu. tak sangka begitu mudah parameter kebodohan sesorang dapat dinilai berdasarkan bait-bait ayat separa kanak-kanak yang terukir di dalam gulungan kertas nipis berwarna-warni.

" nah, untuk awak"
" terima kasih. ini apa?"
" sekadar penghilang bosan. ambil sekadar perlu. minimum satu kertas satu hari. maksimum satu kertas satu hari"
"baiklah. terima kasih atas segalanya. apa yang perlu saya balas?"
"jangan lupa, report setiap hari. mudah bukan? sebagai balasan"

(Hari Pertama)
So glad that you are mine.

(Hari Kedua)
How colourful is our relationship

(Hari Ketiga)
The sky is for you and stars are for me

...

pada hari keenam puluh tujuh, balang kaca yang pada asalnya diletakkan di sudut paling istimewa dalam bilik akhirnya dibawa keluar dari tempatnya. pada waktu petang, kira-kira pukul lima empat puluh lima minit tiga puluh tujuh saat, si pemilik balang kaca bertemu dengan si penghantar balang kaca. titik pertemuan di bawah rendangan pokok berdekatan tasik titiwangsa itu dipilih, sesuai dengan suasana sepoi-sepoi angin yang bertiup, dengan luruhan daun-daun yang tertanggal dari rantingnya; timing yang sempurna.

"maaf. saya tak mampu simpan balang kaca ini lagi"
"ini akhirnya?"
*angguk*
"kalau awak pegang saja boleh? hingga gulungan kertas habis"
"kenapa mesti begitu?"
"saya penat buat. selepas habis, awak buangkan saja"
"awak, maaf."

hari demi hari berlalu. tiada langsung kiriman mesej, tiada panggilan telefon, whatsapp, wechat, line, dan segala unsur perhubungan lain yang wujud di dunia ini. langsung, tiada. akhirnya,gulungan kertas dibuka sehingga hari ke seratus. gulungan yang paling pelik gaya gulungannya, seolah-olah si penggulung langsung tidak mahu si pembuka membuka gulungannya. satu-satunya gulungan kertas yang dilekatkan dengan pita pelekat lutsinar di dasar balang kaca, yang hanya disedari si pembuka pada hari ke seratus.

(Hari Keseratus)
Let's break up shall we?

balang kaca dihempas ke lantai dengan momentum paling tinggi. serpihan kaca melatari setiap penjuru bilik, dari dinding ke dinding.

"apa maksud semua ini?"

...dan pada masa yang sama, si penghantar balang kaca hanya tersengih memandang cermin.
  
" it's inception "


p/s: cerita paling hambar tandanya cuti sem dah habis. marilah pulang ke kampus. bai blog. jumpa lagi.

3 comments:

airylle eqqwan said...

weeewiittt...syara!jom kuar..lama tak lepak skali...hohoho

syarahyusof said...

awok tu yg busy manjang. ajak la shu sekali. tengah awal2 sem ni. kang sibok pulak. :D dahlah korg dua da final sem, sem depan dah grad. T.T

airylle eqqwan said...

hehehe..xpe,nnti kta ajak shu sbb dia de klas yg skali dgn kta..yeayyyy...