Thursday, March 6, 2014

toksikologi makanan

salam, heyyo~ (eh hai to you too miss stalkers!)

semalam sepatutnya ada presentation for a subject called Food Toxicology. subjek ni kiranya satu-satunya elektif yang tetiba wujud untuk ditawarkan sem ni. kenapa tetiba wujud? boleh dikatakan lah jabatan dekat fakulti aku ni paling play-safe sebab dalam buku panduan punyalah ada 4-5 subjek elektif untuk kos aku, tapi pensyarah yang nak ajar tu takde sebab dorang kata semua nya dah kena hantar oversea, sambung study rasanya. kiranya subjek Toxico ni elektif first la yang boleh diambil oleh budak2 kos aku.

nak dijadikan cerita, masa daftar kursus haritu, punyalah berebut nak amik Toxico ni, padahal kuota punyalah besar (79 people to be exact), lecturer tu macam kasi hint la subjek ni macam satu kelas bole amik. so, kami pun berjemaah la add Toxico sebagai elektif. alang-alang dah tawarkan 3 kredit + no lab en, rembat terus.

masa minggu first haritu, untuk kelas yang pertama, Dr awal2 lagi dah bagi reminder. "nak belajar sebab ilmu atau belajar sebab nak cukupkan kredit". bukan setakat tu, Dr siap bagi warning lagi "subjek Toxico ni susah. it's a combination between chemistry + microbiology. tapi kenapa awak semua masih ambil?".

masa mula-mula, aku takda lah goyang mana. setakat gertak sikit-sikit, elehh. since sem lepas pun aku pernah amik satu subjek elektif yang lecturer dia tiap-tiap kali kelas, ada je timing cantek pi gertak student dia supaya drop. alhamdulillah, aku dgn geng aku bertahan sampai habis sem eventhough result dia macam hampeh even aku rasa aku da perform tahap supersaiya. ciss.

so back to Toxico. minggu lepas aka minggu ke 2, berbondong-bondong kosmet aku yang drop subjek ni. to be surprised, even the chinese pun sama. oh mann. dorang yang paling fit untuk subjek ni pun boleh surrender awal-awal. masa tu kau toksah tanya macam mana aku rasa. iman aku goyah, shaken for the whole entire week. sumpah aku curious gila apa main reason dorang untuk drop subjek Toxico ni. mentaliti aku memang dah kalut. "mampu ke aku amik subjek ni? cukup konfiden dah? chemistry is not your thing, sya!" hari-hari aku dok pikir benda ni. you know, i've been allergic to chemistry since form 4. i really hate chemistry since the day i did not understand how those people calculate things on mole, mv bagai tu. kalau nampak je soalan tu keluar atas paper, memang awal-awal aku pangkah besar-besar (true story) (sorry semua cikgu kimia). besides, after kegagalan yang bertimpa-timpa dari subjek kimia ni, membuatkan aku lagi menyampah apa-apa yang berkaitan dengan kimia. tapi tapi tapi, as a Foodie, mana kau nak lari? kau U-turn ke, pi roundabout masuk simpang tiga ke, last-last jumpa kimia balik. hadehh, frustration overload.

lepas aku dok merajinkan diri tanya sekor-sekor dak kosmet, konon macam nak cari that exact reason for me to drop this subject, makin haru ada la. tanya dak chinese, depa kata ada yang tak konfiden nak score since subjek ni just ditawarkan 2 tahun sekali. so their major source aka the senior atas kitaorang memang tak merasa or tak amik subjek ni. tapi dengar cerita, senior 2 tahun lepas ada 9 orang dapat A. kau ingat aku konfiden? NOT AT ALL. at that time, i became a pessimist again, "what if, those 9 people are high-scorers? what if, dorang tu semuanya chinese, yang memang fit dengan subjek ni" ishhh. goyah weh, goyah. padan muka aa sapa suruh gatai mulut pi buat random questionnaire. =="

for the third week, aka untuk kelas semalam, ada presentation yang pada mulanya group aku semuanya anggap kitorang TAKKAN sempat untuk present due to time constraint. total group yang ada ialah 12, masa yang diberi just 3 mins, which i would say that "elehhh. konpem lebih masa punya" and "elehhh. Dr konpem banyak elaborate punya" and "elehhh. takkan sempat punya since group kita dapat topik hujung-hujung". betul lah orang-orang tua kata, apa yang kau cakapkan tu selalunya makbul, lagi-lagi kata-kata yang keluar daripada orang yang bermulut longkang. ah babunnn. sekali tengok-tengok presentation tu jadi dan random group yang akan dipanggil. ciskek bladiful.

nasib baik la the day before tu, grup ktorg ada buat meeting. yang aku boleh katakan, aku langsung tak interested untuk meeting pada waktu itu since aku pun baru bangun + period pain yang sangatlah teruk (bakal suami, please take note hal basic macam ni, kang kalau aku tak beritahu jangan terkejut pulak ada yang kena flying kick kalau dok paksa aku bangkit dari katil eventhough dah nampak aku menggigil atas katil sampai tak boleh gerak seinci pun) #amikkaufootnotepunyapanjang. nasib baik jugak lah aku sempat study mechanism-mechanism trypsin inhibitor bagai tu  untuk diterangkan kat depan. fuhh. alhamdulillah, the what-we-called-as-the-unexpected-presentation-with-a-lack-of-preparation-was-a-bright-success. dah-kenapa-banyak-sangat-sempang-ni-nak-kene-lempang-?

untuk lagi menceriakan hari yang indah, the evaluation tu based on markah yang dak-dak kosmet bagi. untuk first presentation ni, Dr awal-awal lagi dah beritahu supaya bagi markah tak-terlalu-rendah, tak-terlalu-tinggi. ikut bahasa kampung, kasi can or tolong member punya pasal lah. so group aku bagi markah paling best aa kat group2 lain. the marks were given based on these criteria; confidence, quality info, level of clarity & organise. masa nak submit marking form tu, ade la gak aku usha2 group lain punya form. to our surprise, ada 1 group bagi 10/10 for confidence. TEN siotttt. muahahahaha. ehem, behave. alhamdulillah~ tak sia-sia berguru dengan ketua kumpulan aku, si budak dekan. hehe. thank you ahli2 group 5. tanpa korang, aku dah lama nak syahidkan subjek ni. sekarang ni dah jumpa semangat baru, so there's no time to turn back! maybe aku da mula suka subjek ni?  (double meaning tu) keke. FIGHTING!


p/s: sepatutnya aku kena buat report lab packaging. yang aku meroyan pi report kat sini apekebende?! moh ler tido sebelum tahap kemeroyanan tak berlarutan. good night!
korum tak cukup 83 orang #2014 



No comments: