Wednesday, January 20, 2016

6789101112, 1.

salam.

20 days late; so here is my recap on final semester in Terengganu (Jun-Dec 2014) until 2015. i'm not going to write in proper english as my grammar is  quite suck, so manglish ler. another looooooooooong post alert!  (;

June 2014
  • Final examination for sem 6 :
  1. Ada gap exam paling lama dalam sejarah (read: 2-3 weeks i suppose).
  2. Serabut study last mins for Unit Operation, too many graphs. Last last, kelaut la jawapan dia. 
  3. Excel dengan jayanya subject Toxico eventho pada awalnya kosmet ramai yg psiko tanak amek subject tu since senior ramai yg kelaut.
  4. Utk subject Sensory, memang hampir FAIL.   
  5. Amik subject Interpersonal Communication as elective and seriously, subject ni memang sangat interesting sebab belajar pasal cara pemikiran orang, kira ni subj retreat la from studying about fooooood je manjang. 
  6. One of my coursemate decided to walk away from all the exams. yup, and now she is happy with what she has now. no regrets! :)

  • presentation pre-fyp : 
  1. segala tok nenek plans for fyp akhirnya berjaya "dipersembahkan" kepada para lecturer 
  2. Success dengan jayanya eventhough got some tricky questions in business plan for my project. mmg out of scope like "let's say if your project is successful, how are you going to put the price for, let's say 100g or 1kg of your powder, what is your reason behind that value and how you going to handle what your potential customer to say when they compare it with other powder, blalala". 
  3. Jangan tanya apa jawapan dia, yang pasti berjaya buat Dr Nizam, Dr Norizah, Dr Amir dgn Dr Tengku tu angguk pastu senyum dengan "kengkofidenan" diri ini *gelakmacamharam*

  • Farewell:
  1. Sem 6 ni maksudnya sem akhir buat bebudak kos 3 tahun, rumet aku salah sorangnya. aku sedih lain macam sikit bila budak ni nak blah, yerlah aku kenal since sem 1, jiran depan bilik yg aku boleh kira pakai jari utk berapa kali je aku terserempak dekat hostel. tuptup, jadi rumet dari 2nd year sampailah 3rd year.
  2. rumet aku ni antara yang paling paham dengan pangai aku, jenis yg hormat privacy org lain, jenis yg tak bebel bila aku dilanda kemurungan/ musim hibernate sampai nak asar. LOL
  3. farewell ni jugak bermaksud tamatlah segala WW3 yg berlaku dalam bilik, di mana aku la yang jadi mcm tiang sempadan antara timur dgn barat, darat dgn langit. 

  • Result hostel:
  1. nama takda dalam list "berjaya" dpt hostel. 
  2. tetiba ada mesyuarat tergempar antara dak-dak hostel (kosmet) yang tak dapat bilik. mostly memang tak dapat (hampir 10 org). memang kelakar time ni sebab aku sumpah jarang gila pi bertenggek dekat bilik kosmet lain, then tetiba kene join persatuan-tak-dapat-hostel. kahkah. betapa "unitednya" time tu, memasing pikir plan macam mana nak cari rumah dalam masa terdekat. hasil mesyuarat tu, aku join je another 4 people yang nekad nak cari rumah sama-sama, siap "berjanji mulut" nak stay united till then of our degree life.  
  3. dalam minggu tu jugak, the 5 of us carik rumah/bilik area Gong Badak tu. Most kene reject since ktorg nak duduk for one sem only (sem 7) since sem 8 start intern, sewa mahal, pilih bulu, ada kontrak, blalala.
  4. then ada satu masa tu, aku ada paper while 2 ppl of the united nation tak sabar/tak nyempat2 tunggu aku habis paper, jumpa satu rumah yg murah and immediately terus setuju nak sewa. i couldnt say no, since aku kan forever alone, ikut je lah plan dorg. and as the result, only three of us yang stay united, while the other two back out. 
  5. then later baru tawu rumah tu jauh gila dari U, partially furnished (only 20%; consists of stove and not fully functioning refrigerator: freezer je boleh guna, almari bilik tengah, takde katil, xde tilam, takde meja), transport memang wajib ada (this is the moment when i have to rely 100% on my housemates),  what more can i say?- layankan je lah since rumah area U takda yg kosong. 
  6. di sini segalanya bermula; from true friendship, hardship, funship, all the ship ship. Lel.


July 2014
  • First stage of FYP: Sampling
  1. Perkara pertama? cari bahan mentah aka rebung madu. Supplier yg aku contact dari area Pahang, Johor, Kedah, Selangor, blalala. nak cari dalam 5kilo dulu sebagai sampel. Mana nak carik banyak tu dalam masa terdekat. nak kata kat ganu ni bersepah aku cari kat pasar tani la, pasar chabang 3 la, pasar batu 6 la, last2 dekat pasar payang baru jumpa. tu pun tak sampai sekilo. sekilo nak buat apa? taik idung? fufufufu Memang haram la nak jumpa rebung dekat ganu ni woi. org ganu tak makan! hwahwahwa.
  2. dalam seminggu lebih gak cari supplier, last2 dapat sorg. to my surprise, dia punya nursery dekat area SETIAWANGSA. ya rabbi. bersyukur sangat-sangat. memang kawkaw terus order 5 kilo.
  3. transporation untuk 5 kilo rebung, kau bayangkan lah, aku jadi macam bangla jual karpet bawak masuk rebung tu dalam bas dari KL sampai ganu. memang nak nangis punya aku kendong barang tu berbalut2 dengan suratkhabar bagai, berat nak mati. memang takleh lupa pengalaman ni sampai akhir hayat wa cakap lu
  4. sampai je dekat ganu tu, gi cari tempat menumpang dekat hostel waktu cuti (jadi pendatang tanpa izin, seludup je masuk mana2 bilik yang tak berkunci). nasib member da ade port, tapi masa tu dorang takda, pergi mana tah sampai tak khabar pebende.
  5. jarak dari hostel nak pergi lab processing masa tu ada la dalam 1km. dah la aku kena bawak 5 kilo rebung, takkan aku nak jalan kaki ye dak? so kau igt aku berjaya la tumpang sesapa? NOKHOROM. takda sekor pun member yg datang tolong. ramai tak start fyp lg, and member 2 org yg aku harapkan tu (mereka ada kereta, of course) tak ada waktu aku perlukan dorg. ape lagi? mengendong la aku bawak beberat tu sampai lab. dah la time tu puasa. *nangis*
  6. aku punyalah pendam tahap ke-frust-an aku dkat member sampai la dorang balik hostel a few days later (aku tak ingat) then ada satu minggu tu barulah dapat tawu cite sebenar yang actually dorg involved dgn accident ke pebenda tah. so time tu aku realize yg aku ni actually selfish sebab asyik nak menangkan diri sendiri je kan. nasib baik sempat mintak maap kat dorg. ngehngeh


  • First failure in FYP
  1. Sample tak cukup. kahkahkah. memang tahap giga punya nightmare bila rebung mentah yang kau dapat 5 kilo tu bila da selesai drying pastu kau grind dapat dalam 20-30gram. yes, GRAM. kahkahkah. padahal yang kau nak ada la dalam 2 kilo powder. 
  2. aku hampir gila
  3. kontek supplier nak lagi bekalan rebung madu mentah dalam masa terdekat, tapi tak ada
  4. first time mengadu dekat SV. siap nak nangis lagi tapi terpaksa kawal sebab kena gelak dengan dia. hahaha
  5. carik supplier baru, jumpa kat Kedah. nasib baik dapat another kosmet yang tinggal area tu, berjaya kawtim
  6. project ditangguhkan and balik before raya. lagipun buang masa duduk kat hostel time puasa, melopong tengok member buat fyp
(contoh serbuk rebung madu)
  • Puasa
  1. first time puasa dekat ganu, dapat gak merasa akhirnya, alhamdulillah
  2. culture shock since semua warung, kedai kat umt SEMUA TUTUP sebab budak degree cuti. defak gila. 
  3. hanya budak diploma je yang ada
  4. kebuluran yang sementara since lepas tu ada satu kafe je yg mampu bukak everyday, memang bersyukur gila dia bukak. murah rezeki mokcik. pastu nak makan sedap sikit, memang tunggu param.
  5. pastu nasib baik member jadi penyelamat bila dia bawak rice cooker. YEAY. 
  6. period pain tahap giga ada satu masa tu, kene dekat lab. aku memang ada good-bad relationship dengan period ni. so nak jadi cite, time aku dah booking alatan dekat lab, on that day la jugak aku kena period pain. damnnn. nak skip / rotate dgn member aku tang schedule tu tade sape pulak yg nak since byk clashing dgn dorg punye plan. nak tanak, aku teruskan gak project rebung aku tu, sampai menggigil-menggigil, peluh pun dah tak macam peluh dah, lenjun habis dengan muka pucat. memang tahap superwoman dah time tu. sampai bersila kat lantai and have to take some nap nak habiskan project. and AGAIN, no one yang tolong time tu. ha ha ha. this is why aku jadi forever alone time hujung2 pengajian aku dekat U. muahahahhaa

August 2014
  • Skipped Raya
  1. tak ingat sangat bab ni tp fosho, 3rd/ 4th raya aku dah balik ganu, nak teruskan fyp.
  2. takda perasaan sadis since raya 1st da dapat collection aka duit raya from family & relatives. LOL
  3. teruskan fyp berbekalkan powder haritu since tak jumpa supplier baru (time merdeka baru jumpa)
  4. terpaksa say byebye to schoolmates punya reunion, skip raya umah member, etc
  5. dapat mesej from somebody, asking for apologies, yadayada (another main reason why i have to skip the reunion thingy). No, i dont have any reason to feel bad about this, cuma aku rasa drama kat tv tu macam real pulakss. duhh. No hard feelings (in case you read this, but i bet you wont, but your friends might be reading this, but nahhh, i dont think so, but there will be some possibilities since this is not a private blog, so yeah, wtv)
  6. beraya dalam lab, dapat la merasa open house utk staff. nyums!
  • Stay rumah member
  1. Saja tukar angin, stay rumah member other than illegally duduk hostel (but i have paid okay).
  2. rumah dia area belakang U je. fully furnished, memang syiok tinggal reramai dlm 10 org.
  3. masak sesama, tengok movie sesama, pergi pasar malam sesama, memang ukhwah gila, bonding terjalin since aku kan jenis forever alone tapi bila jumpa geng baru memang rasa bahagia tu boleh rasa lah
  4. everyday kena bangun awal pergi lab (pukul 7 da terpacak depan pintu lab) semata mata nak cop alatan. other reason is aku rely on member aku yg bawak kereta, so aku follow je lah time table dia. boleh nak dikatakan sepanjang sem 7 ni aku jenis yang membebankan orang. fufufufufu
  5. panjat Bukit Besar dengan kaksya & kakpika. tercapai gak hasrat sepanjang duduk ganu. 
(muka kepenatan tapi cover baik punya)

(left: otw naik. right: before puncak)
  • Ke Kedah Ke Kita
  1. Jumpa supplier rebung madu dekat sini. nasib baik stok rebung mentah memang berlambak gila. Kedah memang SHORGA rebung madu okayyyyyy. AI LAF YU kedah!
  2. bergerak pi kedah dari ganu naik bas berbekalkan beg luggage pink tu dengan beg bimbit yg lain.baju memang bawak 2 pasang je rasanya sebab plan asal nak balik hari la kiranya. tuptup tiket nak balik ganu habis, terpaksa stay sampai 3 hari dekat situ
  3. time ni la aku rasa terhutangbudi tahap langit ketujuh dkt kosmet aku yang sorang ni. dahlah baik hati, kasi aku tumpang tidur dekat rumah dia, bawak pi balik kampung lagi, siap overnight kat umah atok dia, siap drive bawak aku gi jumpa supplier, siap family dia masak gulai la, ape la, pergi kenduri kawin sedara dia la, pergi celeb merdeka dkt taman perumahan dia la, pastu siap tapaukan buah rambutan, mata kucing lagi kt umah atok dia. dah la tengah musim dia, siap aku kait masuk dalam guni, bawak balik ganu, sedekah kat dak2 kosmet. huahuahua
  4. kali ni aku beli rebung dalam 15kilo. hamek kau, takut short punya pasal. sumbat dalam beg luggage bagai tu. berat nak mampos bawak balik ganu. to Zaf, aku takkan lupa jasa kau sampai bebila wei.
(padi, padi, everywhere)
(tapak tanaman kekal, belakang tu berderet rebung madu)

 
(left: time mula2 jejak Guaq dengan luggage bagai. right: dekat tapak dengan zaf & sis)

  • Shopping barang rumah sewa
  1. catat rekod keluar myr500 in one day. beli tilam, cabinet, kerusi, meja, internet, ampaian, blender bagai, makanan, toiletries.
  2. baru je keluar nak pi bandar, kereta kak sya rosak dekat area jalan lurus giant gong badak tu. kereta tetiba benti, nasib baik sempat stop dekat lane kiri. memula memang gelabah sebab it was early in the morning, like 8 or something, then member2 rumah sewa ramai tak balik lagi utk tolong. skandal pun mane ade, aigo. pastu kibut jalan kaki cari bengkel. pendek cer, lepas da berjalan kaki macam orang pelik kat jalan lurus yg panjang bebeno tu, akhirnya jumpa bengkel berdekatan. tapi dia pun tak dapat tolong sangat since beratur lagi kereta nak kena fix. so dia godek2 battery to be last for a while before we searched for another bengkel. so patah balik, memang bawak 20-30km/h, dengan berdoa bagai , haha. nasib jumpa bengkel lain, tuka itu ini.  dalam pukul 11 gak baru setel, terus pi shopping.
  3. dapat kunci awal, terus transfer barang kat rumah sewa dengan kancil, betapa fully-loaded kancil kaksya, memang takleh lupa weh dengan tersekatnya meja panjang dari seat blkg smpai dashboard. wahaha

September 2014
  • New home
  1. environment baru, circle baru, semangat baru. tahun 4 baru nak duduk rumah sewa, so boleh agak la tahap kejakunan dia. masa mula2 ni baru nak bersihkan rumah tu, since rumah tu vacant, before this anak owner tu duduk sekejap, so about 3-4 months takda orang, boleh bayang la bersawang dia. siap ada kulit ular bersalin dalam tandas, dengan bau busuknya. keadaan rumah tu maybe agak "nazak" bg yang fussy, jenis nak perfect bagai, tapi aku dgn geng united aku memang truly bersyukur sebab ada rumah semurah tu dekat area situ. so nak dijadikan cer, jiran sebelah kiri takda (lalang tinggi gila), jiran sebelah kanan macam ada takda. laman depan rumah baru je owner tebas, kalau tak sama je level dengan jiran sebelah. then laman belakang lagi cam haram. dengan pagar takda (kena tibai), lalang tinggi gila, pokok tebu menjalar, pokok pisang, pastu dengan semak samun jiran sebelah yang gaya memang macam tak pernah bukak pintu belakang, pastu ada pokok ceri besar gila jiran punya. memang seram aa pintu belakang, dengan takda grill. T.T luar gate depan pulak ada pokok jambu besar. 
  2. belajar masak kinda thing. lol, as far as i could remember, i was good not at cooking, but assisting. bab potong-potong, buat air, are my expertise. kalau bab nak resipi, idea, plating, or the main task-as the person yg start nk masak, tu bukan aku. kehkeh. sebab langsung tak pandai nak masak rasa sebijik macam kt kedai/rumah. so kak sya salu incharge dekat lauk2 pedas, kaktia incharge dekat sarap, etc.
  3. baru dapat detect yang peti ais dekat rumah tu tak okay lepas first round punya groceries rosak. fufufufufu. habis sayur2 semua rosak. lepas tu ktorg decide yg everything kene letak kat freezer, haha. memang kena defrost sebelum masak.
  4. dapat housemate baru: 2 org. kos kaunseling, masa first week, ktorg baru nak bersuai kenal. siap buat sesi ice breaking. siap buat baiah aka perjanjian (mulut) duduk situ for one sem. kat sini la segalanya bermula.
  5. Berkenalan dengan akak belakang rumah (kak yah) rupanya ada kedai runcit kat rumah dia. memang memula cam segan je dengan dia, lelama dia anggap ktorg mcm anak sendiri. petang2 kalau takda kerja, ktorg gi menapak kedai dia, beli jajan la, telur la, apebende la. dia gak jual gas, so memang tadahal la nk order kat dia. yang paling best, kedai dia ada jual ais. memang aku ni hantu ais, so start dari kenal si jiran ni, hari2 aku beli ais.  
  6. dapat 2 housemates baru, kos kaunseling. 
(keadaan rumah before masuk, padahal lalang tu nasib baik owner sempat potong 2wks before)

 
(antara lauk terawal dekat rumah sewa. telur& tempe, wajib!)
  • New semester
  1. memula cam kekok kena pergi balik naik kereta kaksya setiap hari. lama-lama dah biasa. siap tong-tong minyak, dalam rm20 tu boleh la tahan 2-3 minggu. waktu ni la belaja nak sesuaikan time table sendiri dengan schedule orang lain. selalunya aku akan pergi lab bila kaksya ada lab, so takda nak susahkan dia utk hantar aku gi lab kalau takda class waktu tu. so we both agree to end our lab thingy dlm pukul 5pm. if both habis lab awal, we decided to balik rumah, masak, then tido, takpun tapau la mekdi ke, nasi kukus, wafer, lauk dkt kedai, then masak nasik kt rumah. then kalau aku punya lab habis awal and petang tu takde kelas, aku akan melepet dekat surau fac, either aku tido, takpun buat-buat busy.pastu si kaksya pulak akan melepet dari petang sampai malam, tunggu aku habis lab product development. macam tu la tahap ketoleransian ktorg berdua. mana aku tak sayang si kak sya ni. kat luar je nampak cam keras, tapi hati dia baik. dia terima buruk baik aku. wuu, nak nangis lak rase.
  2. konflik. hari first start semester,ada lecture. no. i mean, before start lecture, tengah tunggu turn nak masuk kelas, tetiba ada drama berlaku. cam palat. malas nak kenang dah.
  3. kena tipu? lel. ni pun another drama. mmg gave a huge impact dekat sisa-sisa hidup degree. ni pun aku malas nak kenang. rasa cm kene tikam kt belakang, tp kang org ckp aku ni ayat propa. so, let it go~
(left: kaksya tunggu aku habis lab. right: aku pulak tunggu dia habis lab)
  • Outing
  1. Ke Kelantan ke kita. yezza. teman kak tia balik umah dia kat pasir mas. siap pusing rantau panjang, makan sampai lebam. shopping takde mana, since aku kan jenis susah nak shopping. tapi kalau bab makan, memang berbaloi-baloi. haha. pastu siap gi kenduri kawin sedara dia kat kampung, siap pi jolok buah duku, pi masjid china yang lawa tu, pi jugak melawat kbmall, pi makan mi cambo dekat mana tah, aiskrim pulut.
  2.  the highlight of this trip: accident otw balik ganu. Lelz. bukan accident mana pun, and bukan silap ktorg. bayangkanlah, time kt jalan tu, ade 4 lori besar bawak anak sawit, dorg bawak laju gila. pastu yang ktorg ni kancil, memang follow belakang dia. pastu belakang ktorg pulak ada kereta myvi ke apetah, yang pasti laju gak follow belakang. pastu lori depan tu terlanggar apetah, melayang. pastu kena kancil ktorg, pastu melayang dekat myvi tu. jenuh kena kejar dengan myvi, disuruhnya berhenti tepi. pastu dia tuduh ktorg punca, sebab ada calar kat bumper dia. defak. pastu time tu dia cam carik gaduh. geng kancil ktorg ada 4 org, yg dia pulak laki (gaya cm 25-27), ada mak kt seat belakang dgn adik lelaki kecik. pastu dia dok merengek ada calar k bumper dia, siap kata kereta baru la, pebenda la. pastu ktorg cm malas nak handle dah, igt nak hulur je la dlm rm50-100 ke, kasi setel semua benda. tengok2 dia tanak, siap nk bawak gi workshop bagai. masa tu memang dah nak malam dah, so ktorg target nak setel besok lusa ke, jumpa depan2 kt workshop. so memang memasing tukar number fon, siap tangkap gambar kereta semua. pastu malam tu ingat nak pi report polis, ye la, takut ape-ape jadi kan. pastu tengok2 si laki tu taknak polis tahu kebendetah, nak setel kt luar, malas nak panjang citer. nasib baik la si kaktia ni ada abang berwibawa, suruh dia je setel ngn laki tu. tengok2 laki tu back off, kata benda tu kecik je. LOL. rupanya dia saja nak panjang cer sebab gaya cam tersyiok kt kak tia. BAHAHA. K. nasib tak kena kacau dah. 
  3. outing dengan kaksya tempat-tempat yang rasa cam nak pergi kat ganu tu, tapi dekat bandar je lah.
 
(left: masjid cina. right: acara rembat pokok duku before tarah pokok2 lain)

(left: kak tia & sis. right: masa ni jalan jem almost 2 hour, sempat tgk train lalu)
(merasa naik bot tambang dari bandar-seberang takir dengan kaksya)
(pi meronda kampung cina, jejak semua lorong2 payung bagai)
 
(jejak kaki dekat Rahsia Kitchen. time ni Qowa Coffee belum wujud lagi, menu dalam gambo Chicken Roulade, sedap nokhorom. venue dia cantik, best kalau nak cafe hunting)


October 2014
  • Housemates
  1. aku takde hal dengan geng united, tp dengan housemate baru yg 2 org tu. memang jadual ktorg tak sama, since masing2 lain kos en. so memang susah nak bertembung, time malam je baru jumpa, tu pun dorg jenis memerap dalam bilik. aku takde hal gak dengan benda tu. cuma tak syiok la sebab tak dapat nak ngam sgt.
  2. drama lain pulak berlaku. time tu 1hb rasanya, then owner rumah  datang nak kutip duit sewa bulan tu. geng2 united memang bayar cash, time tu si bebudak kaunseling tu pulak takde and dorang tak bagi kat ktorg pun duit tu. so nak dijadikan cer, malam before tu memang masing2 dah di-remindkan utk prepare duit sewa. yang aku ni pulak masa owner datang tu, aku punyalah baik hati, pi dahulukan duit aku utk part natang 2 ekor tu. tuptup bila owner dah blah, time malam tu, baru si 2 ekor natang tu, eh,no. 1 natang tu duduk dlm bilik, 1 lg tu yg face to face cakap sorry bagai. sebab apa? sebab dorang apply rayuan hostel, and luckily dorg dpt and on the spot dorang nk pindah. like defak? ahaha. memang cam haram. 
  3. masa tu minggu nak cuti raya korban rasanya, so disebabkan dah beli tiket nak balik kampung bagai, memang sumpah malas nak layan drama tu. so okay,yang 2 natang tu memang busy packing barang nak pindah bagai, yg aku dengan kaksya prepare nak naik bas je. so memang dah pesan kat 2 natang tu suruh kunci rumah bagai and make sure kucing ktorg dah letak kat luar.
  4. so what happened next? another nightmare. kucing ktorg tu terkurung dari on the day ktorg naik bas cuti raya korban, saaaaampai lah the next weeknya. ya rabbi. memang masa tu menangis aku takpayah cer la. dah la sampai ganu dalam subuh macam tu, lepas tu dalam gelap2 rumah tu, terdengar kucing teriak tapi suara da mcam nak mati je. huuuuu. sedih gila. habis taik dengan kencing dia kat ruang tamu. dahla takda makanan kat dalam rumah. nasib baik si kucing tu pandai, dia try bukak peti ais, makan la ikan bilis, apa yang ada. huuuu. memang masa tu aku punya dendam kesumat tu takpayah cer la. T.T
(kucing pendatang: Anyong nama dia)
  • FYP, blalala
  1. berjaya setelkan lab, jangan tanya macam mana frustnya dengan data-data yg terkumpul. lagi2 dengan method fiber test yang kejap itu, kejap ini.
  2. progress presentation
  3. ada cuti seminggu ingatkan dapat kongker lab, siap booking bagai alatan time tu. tengok2 lab tutup. nak beli tiket balik kampung cam tak berbaloi, so mereput la kat ganu.
(muka memasing tak cukup tido, tunggu turn presentation)
  • Outing
  1. Ke Kuantan ke kita. kali ni misi utama nak pi temankan kaksya cari sampel mentarang dia dekat area ana ikan bakar petai tu. so pi sana bereempat, naik kereta sewa. mak aih jauh dia sampai kematu bontot. dapat la gak pusing2 bandar kuantan tu, siap pergi wayang cerita Ouija tak silap. then pi pusing2 pastu balik hari je. time malam tu yang memang banyak gila mengucap, yerla, memasing pompuan en, jalan jauh pulak tu. pastu dengan driver memasing mata kelaut kalau drive memalam. alhamdulillah takde ape jadi. 


November 2014
  • Hectic 
  1. tatau nak describe ape dah. selain fyp, tengah haru gak siapkan projek sos tomyam utk subjek Product Development. aku taleh lupa ada satu report tu buat spoil. ada satu week tu, turn si A ni yg compile. dia ni jenis kibut sikit, pastu payah nak nampak online. pastu jenis susah nak kontek kalau ada pape ke, pasal part distribution ke apeke. nak dijadikan cer, time nak hantar report tu, dia datang kelam kabut from nowhere, then aku perasan yang report tu nipis semacam. tengok2 aku punya part dengan member aku lagi sorg, dia lupa nak masuk. mana tak hanginnnnn. aku punyala buat separuh mati, dia boleh tak compile sekali. kurang ajar betul.  pastu jenis compile copy paste, tak double check. memang drama la hari tu. last2 masa peer assessment, memang kawkaw aku bagi markah low kat dia. lantak ah, pi mampus. tu je makan dia.
  2. sibuk gak membantu kaksya and lelain utk sensory test produk2 fyp dorang.
  3. dinner club, for the final time. dapat table dengan geng akak-akak. syiok gak, rasa cam diterima (lol, ayat forever alone). bergambar sana sini. makan pun sedap. performance junior pun best. tempat lawa. 
  4. picnic dgn geng akak-akak.
  5. musim konvo dan banjir! haha.
(sensory evaluation utk produk kami: sos tomyam)
(sample preparation: tolong kak sya masak bege fyp dia, susun2 semua)
(ni set up table utk evaluation, utk 30 tak silap, tak ingat)

(Dinner!)
(semua cun2 malam tu)

(dan lagi, dinner)

(picnic! semua masak dari rumah)
(musim banjir. masa ni catat rekod banjir terburuk takat pinggang, siap boleh kayak lg bebudak ni)


December 2014
  • Hectic tahap giga
  1.  Product Development punya exhibition, busy gila siapkan produk , poster, set up booth, yadda yadda.
  2. fyp final presentation, dah macam zombie siapkan data, berguru dengan kosmet belaja natang spss tu, berdepan dengan problem printer dan lain-lain.
  3. nenek meninggal. time tu pukul 8pg, dapat call dari ibu. memang aku ni jenis yang hati kental, termenangis gak dekat fon. huuu. masa tu fikiran dah macam orang tak betul. blank. siap terduduk, tekap muka, nangis depan geng united. dorang pujuk bagai nak rak. time tu memang pikir nak balik ke tak nak. sebab kalau naik bas pun pukul 9pg, 10pg dengan 1pm je yg ada, then another 8hours punya perjalanan. koman2 pun lepas asar baru sampai. hari tu jugak lah ada meeting group product development yg penting, dengan group fyp lagi. memang serabut. last2, tak jadi balik kl. aku gi lab, buat cam biasa je task group, pi prepare sos tomyam tu dengan muka bengkak2. pastu tengah hari pulak pi meeting group fyp, siap celebrate sv yg baru dpt pangkat phd. in one day, semua perasaan bercampur-campur. sedih ada, gembira ada. yg penting muka aku haritu memang bengkak sebab tahan nangis. huuuu
(preparation sos)

(booth condition during exhibition)
(sample testing, packaging, etc)
(geng fyp sama SV. total 10 students. time ni muka bengkak lepas nangis. lol)
(celebrate phd sv. berani mati je letak tanduk kat sv, padahal tak rapat mana pun.haha)






  • Friendship
  1. time hujung2 lagi kritikal ni, mesti la senang nak break down, rasa cm tak cukup masa nak setelkan semua. and luckily, that one day, ada this kind of sleepover thingy. masa tu ktorg letgo everything, just chill for one night, got sharing session, memang ada la rasa healing effect tu. rasa cam semangat nak bangkit balik from all those bullshitty things. Alhamdulillah for sending those lil angels, yang ada waktu kau betul2 susah, dorang gak yang ada. thank you sesangat.
  2. time ni rasa ukhwah terjalin dengan geng united tersangat lah ngamho. masing2 support each other. stay up sesama, masak sesama, belanja makan la, ape la, siap remind pasal agama la, relationship la, haha. gila apa kalau aku tak sayang kat dorang  ni. 
(time ni baru ngamho dengan kakpika. dia sleepover dekat umah ktorg, tak sangka dia ni kelakar nak mati, kesian kempunan tak dapat pizza, mcd pun jadi ler)
(time ni lak ktorg celebrate apetah, new year kot. kakpika belanja. hohoho)
January 2015
  1. Final examinations for the entire degree life : everything went as smooth as planned. kira boleh jawab la paper elective dgn yang wajib since tak banyak sangat subject.
  2. FYP: Done eeeeeverythang. thesis writing done, data semua complete, spss pandai guna dah, buku lab pun complete, attachment pun cukup, printing semua done. overall? alhamdulillah setel!
  3. Placement for internship programme: pada mulanya tak setel lagi. sebab tunggu reply dari kilang2 semua tak dapat (since july 2014 dah hantar application semua). and nasib baik awal2 bulan dapat call from 2 company: satu kat SA, satu dekat area rumah. so reject one, and proceed dengan apa yang ada.
  4. Short trip to Sabah! 
(kelas terakhir before final exam. time ni diumumkan pemenang produk terbaik utk subject Product Development. Sos cili tomyam ktorg dapat 3rd/4th tah dari 12 group taksilap. so proud!) 

(done hantar thesis!)
(lepas hantar thesis pi melepet dkt tasik sampai sunset)
(sesi lepak terakhir sebelum pagi esoknya memasing bawak diri balik ke kampung halaman. wuish, time ni memang rasa nk cherish every moment throughout duduk rumah sewa sepanjang sem tu. wuu. sedih)

(kali terakhir tengok Anyong before tinggalkan rumah sewa. wuu sedih)

*****
finally, habis gak segala toknenek throwback. so for the next post, i will share about my short trip to sabah, internship journey, convo, and reality. that's all for now. :) 

No comments: