Friday, February 19, 2016

abang

sejak kes 1.5 juta abangla nak masuk malaysia tu kepoh kat media massa, masing-masing dok bertelagah sana sini; ada yang sokong, ada yang tak.

well,
"Opinions are like armpits. Everybody has one but most of them stink" -Buddy

aku ada real-life experience. Aku duduk ganu almost 4 years, then baru last year aku dapat duduk lama dekat rumah . tbh, aku tak familiar dengan jiran-jiran aku kecuali yang penduduk2 original/first holder dekat sini. most of them dah pindah dan kebanyakkan jadi rumah sewa. nak dijadikan cerita, ada seorang jiran lama aku tetiba renovate rumah dia and start ada penyewa. aku sumpah tak pernah nampak penyewa dia kekal, sebab asyik tukar orang je kan. then baru last year aku tahu yang penyewa baru kalini dah almost 6 months tinggal situ.

so, apa yang pelik?

mak aku beritahu yang jiran aku ni bangla.
yes.
bangla.

okay. disebabkan aku ni jenis try-to-train-my-mind-to-be-optimistic, aku macam, that's not a big deal anyway. penyewa baru tu bangla. okay, so? dia ada family. okay, so? dia, bini dia, dengan anak dia (1 umur 2-3y/o, 1 lagi baby). okay, so? ada lagi penyewa lain duduk dekat rumah tu.

K.

status penyewa lain tu aku taktau la siapa dia, sebab asyik2 tukar orang. kejap Bangla, kejap Kelantanese, kejap Indon. dorang ni katanya pekerja warung tomyam dekat area2 sini jugak.
tapi yang aku peliknya, boleh pulak bersekedudukan dengan family lain dalam satu rumah. cam pelik pun ada, tapi aku cam malas nak masuk campur. so far, takde pun benda buruk yang berlaku sebab masing-masing jaga tepi kain sendiri. Pak usop je kengkadang borak2 dengan bangla tu. lagipun bangla jiran aku ni jenis yang tak kacau orang. jenis kerja kuat (keluar kerja time subuh, balik pukul 2 pg) pastu jenis semayang maghrib-isyak kat surau. so aku just assume dorang ni jenis baik-baik, jenis tak kaki minum, syukur.

ada satu hari tu, jiran aku ni bersalin. lepas dah duduk hospital beberapa hari, dia pun balik rumah la. aku kan jenis tak amik port, so aku tatau pun jiran aku tu dah ada baby baru. lepas pak usop balik surau (aka berborak dengan bangla tu) barulah terungkai bunyi baby menangis malam2 yang aku salu dengar. Lol. then the next few days, time tu waktu orang ofis balik kerja. so cik mala pun baru je sampai rumah. tengah ktorg dok layan tv, ada la dengar sahut2 orang bagi salam kat luar rumah. lama jugak dia bagi salam tapi ktorg buat bodo je. ye la, memang petang2 berlambak jugak salesman suka datang rumah. then suara tu pi dekat jiran lain pulak, dah lama-lama tu senyap. so takda benda la kat situ. later pak usop pulak balik keje, berjumpa la pulak dengan jiran bangla aku tu. rupa-rupanya si bangla tu la yang dok bagi salam tadi tu. pastu aku pun tanya la bapak aku apasal dia dok bagi salam bagai (sebab sebelum ni memang tak pernah langsung dia buat macam tu). and rupanya si bangla ni nak mintak tolong cucuk ubat dekat bini dia. nasib baik ada jiran nurse, boleh la dia tolong cucuk bini dia. pastu pak usop tanya aku, pandai tak nak cucuk orang. aku pun jawab ah, setakat nak cucuk, tadehal. tang sakit, tanggung ah. haha. berani pulak aku nak cucuk orang. keke.

selain tu, bangla aku ni pun baik hati. ada la jugak sekali dia pernah hulur lauk kari pure mamak. cik mala balas apetah, aku tak ingat. ye la, orang buat baik, kenelah balas baik. lagipun dia jenis tolerate jugak kalau kucing jalanan yang salu datang rumah aku tu kencing dekat luar rumah dia. siap relax lagi, tak pernah pulak disepaknya kucing tu macam melayu yang benci kucing. hehe. sebab tu aku still respek dekat golongan dorang ni.

k, masuk cerita lain pulak.

dulu time aku intern dekat kilang, ada la jugak aku kenal dengan beberapa abang ni, tapi bukan bangla, dorang nepal. satu works as security, sorang as janitor, 3-4 orang lagi dekat warehouse. terus terang aku cakap, aku respek dekat abang yang kerja kuat eventho ada pekerja2 melayu yang dok layan dorang macam sampah (ada sebab aku cakap macam ni). yang security tu pukul 7.30 am mesti aku terserempak dekat kafe. yang aku ni datang kafe pepagi mesti cari nasi dengan teh panas. yang dia pulak, aku tengok bawak bekal dengan tumbler. jenis makan sengsorang gak macam aku. lepas makan je, sharp bangun then start kerja. time aku balik, dia still kerja, tak pernah pulak aku nampak dia ni culas ke apa. yang janitor tu pulak, hari2 aku terserempak dekat warehouse, kerja sapu & kutip sampah kat dalam tong. dia mesti datang at least sekali sehari. memandangkan ada waktu aku kene setelkan kerja 8 to 5 dekat situ, aku dah paham schedule dia, so aku bagi la dia time frame untuk bersihkan tempat tu. yang takleh blah, ada certain melayu yang saja je carik pasal. time dia sapu, dorang dok sibuk lalu lalang, takpun pi tambah lagi sampah. tang nak tukar plastik sampah, ada je malaun pi sepahkan tong lain pulak. dorang pun manusia, respect la sikit. duh. then yang 3-4 orang abang tu pulak jenis tahan maki. dah banyak kali aku nampak malaun2 melayu yang maki dorang non stop, padahal cakap bebaik boleh je kot. bila ditanya kenapa perlu maki, dorang cakap yang warga pendatang ni bila da maki, baru kerja jalan. Lel. bila bos cina maki2 korang, tau pulak nak sentap. baru sedar ke apa yang korang dengan dorang tu manusia gak. serupa je. disebabkan aku ni intern je, aku mampu senyum je la layan cerita melayu vs pendatang ni.

overall, aku takda masalah dekat warga abang2 ni. kalau datang secara baik, tadahal. kalau datang bawak pangai lahabau, elok kena halau. sekian.

p/s: aku baru tahu jiran aku tu bukan bangla, tapi rohingya. dia pegang kad UNHCR, so kira legal duduk kat sini.

p/ss: jiran aku tu dah nak pindah pi NZ weh, kerja kat sana. bawak satu family lagi. nak ikut boleh? *puppy eyes*


No comments: