Friday, May 27, 2016

Saba jap (Part 2)

Day 3

Harini awal pagi lagi memasing da kena bangun awal. Dalam pukul 9 camtu, da gerak naik dua kereta kazen. Destinasi pertama: Rumah Terbalik. Perjalanan dari Tg Aru nak pergi situ dalam 1.5h. Sepanjang perjalanan ni memang straight je. ada satu dua tempat rasa macam dekat area highway ipoh, sebab jalan tepi gaung. memang hijau je kiri kanan. kalau perasan, berderet gereja dekat jalan otw ke pedalaman ni. sebab dekat sabah ni banyak penganut kristian,antara gereja yg aku nampak gereja kristian mazhab Seven Day Adventist (SDA). Dulu aku ada bff SDA. SDA ni mazhab dia banyak pantang larang sikit. contohnya bab makanan. dorg haramkan seafood yang ada shell, babi pun takleh makan. pernah gak aku baca kitab bible dorang dengan lagu2 ketuhanan dorang. memang ada menyerupai islam, tapi kristian. member aku tu pernah ajar nyanyi lagu ketuhanan dorang. sedap je dengo. haha. tapi bab baca bible tu boleh je, jangan terpesong akidah dah ler. sebab time aku baca bible member aku tu, dalam bahasa indo. banyak jer cerita pasal nabi2. boleh google kalau sifat curious tu melanda diri okay? :)

berbalik ke topik asal. akhirnya sampai dekat rumah terbalik. just my family & few of my cousins je yg masuk, since dorang da pernah pergi kan. lainlah kalau free admission, takpolah gak masuk berbanyak kali. keke. below was the rate during our visit:


masa sampai tu, ktorg kena queue kejap. sebab nak masuk rumah tu ada limit (max 8 ke 10 ntah). then dalam tu takboleh snap pic, no touchy-touchy (lol). so nak bergambonye dekat luar and display yg ada saja. kira nak menjaga exclusivity deco kt dalam tu lah. aku pun da tak ingat ada apa dalam tu. haha. then kat luar tu ada display benda terbalik macam jamban dengan kereta kancil. yg gambo jamban tu entah mana hilang gambonya. pastu ada mini cafe kat situ, buat sesapa yang nak basahkan tekak or makan dessert, harga dia berbaloi. buat sesapa yang nak beli souvenir, ada kedai before keluar. aku ada la gak beli satu dua buat kenangan.  






lepas spend around 30 mins dekat situ (sekejap je since rumah tu ada sebijik je and kawasan dia tak luas mana pun), kitorang teruskan perjalanan pi Taman Negara / National Park . tapi sebelum sampai dekat situ, ktorg berhenti kejap dekat ada satu tempat lapang dekat tepi jalan. dia macam rest area tapi tak macam RnR dekat semenanjung. jarak dia dalam sejam perjalanan lepas rumah terbalik td. rest area tu tepi lereng bukit. then menghadap rest area tu ada view Gunung Kinabalu. tapi macam biasalah, ktorg ni kurang luck sikit. tunggu punya lama pun, awan tanak gerak. so, tanampak la view cantik walaupun time tu da tengah hari (sigh). 




lepas 20 mins perjalanan, sampailah dekat area National Park. aku ingat tempat tu macam dekat FRIM, jalan mendatar & tepi kiri kanan hutan. sekali tidokler. perjalanan dia kena naaaaaaaaik bukit. cuak pun satu hal gak sebab jalan kecik. pastu banyak gak keta turun naik bukit. tapi tak se-extreme naik cameron nak pi Sg Palas lah. tu lagi cam haram dia punya lereng bukit tu. =="



masuk sini pun sebab nak naik satu pelantar tu utk tgk view sekeliling national park. kat bawah pelantar ni lah ada salah satu route/ starting point untuk panjat Gunung Kinabalu. ada kaunter kat bawah pelantar ni untuk check permit mendaki bagai. time ktorg gi sana, nampak kesan darah menitik2 kat area kaunter tu (bukan cite seram). maybe ada pendaki injured kot, entahlah. lepas naik pelantar, snap sanp jap, pastu patah balik. route dari pintu gerbang atas tu sampai pelantar dalam 10-15 mins berjalan kaki.  




(route/ starting point naik Kinabalu)- hanya yang ada permit je boleh lepas turun tangga. sebelum tu ada gate berkunci. atas dia ada pelantar untuk view tadi.


(ada papan result climbathon. gilo lah dorang punya time)

(yang ni ktorg tak pegi pun, nampak cam nazak je route dia)

lepas orang2 berumur kepenatan naik pelantar tadi, time otw nak turun national park ni, ktorg singgah jap dekat pondok2 yang ada tepi hutan tu. memasing dah kebuluran tak makan lagi. masa tu ktorg semua lupa nak buat lunch makanan berat, ye la, bajet sampai Ranau-Kundasang (next destination) sekejap je, rupenya tak. so, makan jajan je la sampai lebam.

selepas sejam perjalanan, ktorg singgah jap dekat surau/masjid area sebelum sampai pekan. aku pun tak ingat area mana, tapi berhampiran satu sekolah asrama. view kat situ sumpah cantik. and cousin aku cakap, kat sekolah tu salu jadi port tempat snap gambo background Gunung Kinabalu. agak kuciwa sikit sebab still tak dapat nak tgk view tu sebab awan masih tebal (even dah pukul 3 pm). After that, ktorg pi singgah Pekan Ranau. kat sepanjang jalan tu ada satu area yang jual fresh produce mcm sayur2 n buah2. sebijik macam dekat cameron. makcik2 semua da nak start shopeng tapi pakcik2 tak bagi sebab nak kejar masa. so, ktorg melepet jap kat pekan, isi perut (lapo woi tak makan dari pagi).

 pekan ranau ni mcm pekai koboi gak la. tak besar mana pun, cuma banyak kedai yang lama2. ada la kedai makan 2-3, dengan kedai bundle. pastu ada seketui KFC (agak pelik disitu). haha. tapi ktorg tak makan kepci, ktorg pi tibai roti canai dekat satu kedai tu. family aku ni dah biasa makan style mamak, tak berani nak try bakso / restoran sabahan yg bercampur bangsa. so disebabkan tu (mak aku ni cerewet sikit), so ktorg tibai roti canai bagai dengan teh tarik, nescafe tarik semua. time tu ada la bebudak tahfiz ke mana tah tengah buat latihan amali dekat restoran tu. dia ada mission amik order la, buat air la, kira macam carik pahala. entahler, tengok ada fasilitator dia dok perhati je apa yang dia buat sepanjang masa. comel je nengok.



(pekan krik-krik)- tapi sebenarnya pekan ni meriah time pagi/weekends sebab ada pasar tani/ tamu. time ktorg pergi tu, semua da bungkuih.


selepas mencekik, ktorg pun teruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Desa Cattle! perjalanan dari Pekan Ranau ke Desa Cattle ada dalam 30 mins. jalan dia, masyaAllah. mendaki bukit je manjang saaaaaampailah dekat satu area tu, baru lah mendatar. kiri kanan ada homestay, pastu ada banyak gak abandon strawberry-picking farm, sampai bersemak berlalang farm tu. time kat sinilah kereta yang ayah aku bawak start meragam. actually since panjat national park tadi, cuma tak serious mana. tapi disebabkan way uphill ke Desa Cattle ni sangat lama, enjin mula berhenti-henti. last-last, enjin kereta betul2 mati dekat simpang nak naik atas Desa Cattle tuuuuu. huarghh. betul2 dekat signage Desa Cattle. hahaha. yg cousin aku dengan bapak aku terpaksa park kat tepi signage, sempat gak la tolak tepi sikit, supaya tak block kereta orang turun naik bukit. so sementara tunggu dorang check kereta, yang kitorg yg len duduk tepi jalan. time tu la banyak gak kereta lalu lalang tengok kete ktorg. siap ada yang cuak tak lepas naik bukit before dairy farm tu (kereta viva, kancil). yang hilux memang pandang ktrog sebelah mata je pun. haha! pastu nak dijadikan cer, selepas kereta tu dah berjaya start, ktorg terpaksa turun ke area pekan secepat yang boleh. kiranya memang tak sempat langsung nak naik bukit ke Desa Cattle. kuciwawa lah lagi. sebabnya time tu nak petang, takut gelap lagi susah nak patah balik ke Tg Aru, memang bahaya.

(belakang tu tengah bertungkus lumus top up air. air tu ktorg cedok kat longkang tepi jalan. masyaAllah sejuk kemain air diaaaa. air gunung la kot) - seberang jalan tu ada vacant (maybe haunted) house. ktorg sempat redah lalang semata2 nak tumpang jamban dia. kahkah.

tu gambo vacant (haunted) house - lalang tinggi nak mamp. serrram je nak tumpang jamban. haha.


(signage ni saksi segalanya) -bersyukurlah orang yang dah pergi. aku dapat jejak sini pun jadiler. memang next time wajib pi sini kalau ada rezeki. huntunglah ada orang dah panjat desa cattle siap bergambo depan lembu / makan gelato. haha.


(perjalanan turun otw ke pekan and then patah balik menghala ke KK)- time ni dah pukul 5 pun still berkabus.

nak dijadikan cite, dalam 15 mins lepas keluar dari pekan ranau tu, kete kalini betul2 tak boleh start. kalini ktorg tersadai betul2 dekat area bukit yang ada signage KFC tu (siapa yang nak pergi Kundasang memang nampak signage ni). memang tak boleh nak buat apa dah, kemain try nak start kereta, still tak dapat. ramai gak la yang berhenti try nak tolong tapi tak dapat. last2 cousin call mekanik dari KK. so paling cepat pun 2 jam baru sampai situ. nak tak nak, bertenggek lagi la ktorg semua tepi jalan (still kelaparan). 

kereta yang rosak

kereta satu lagi yang tak rosak

515pm- time awal2 tersadai still boleh bergumbira lagi

 signage KFC- tempat tersadai

still takleh start


time ni dah paksa senyum. kabus start menebal. suhu makin sejuk. angin kuat. dengan lapar lagi.

paksa senyum lagi. lol

645pm- langit da start gelap. kat sini da maghrib. 

time ni da nak pukul 7pm. totally black. lampu jalan hapa pun takde. sejuk jangan cerita la wei. last2 ktorg gilir2 duduk dalam kereta menunggu mekanik.


tunggu punya tunggu, mekanik tu sampai nak dekat isyak gak lah, around 740pm camtu. ktorg konvoi balik ke arah KK. semuaorg sumbat satu kete. hambik kau. dengan jalan simpang siur turun bukit naik bukit. pening lalat nak sampai KK. dalam pukul 10 baru sampai. last2 singgah kedai ala2 tomyam tepi jalan. memasing kebuluran, ye la tak dapat nasik dari pagi lagi. haha. pastu sampai je rumah, semorang pengsan. =="


Day 4

Hari terakhir di KK. Plan asalnya nak duduk rumah je melepet sampai naik flight. penat travel semalam pun tak habis lagi (ditambah lg perasaan frust tak dapat pi Desa Cattle). tapi memandangkan hari Ahad, cousin ajak pi Pasar Tamu di Gaya Street! yezzaaa. jarak perjalanan dari Tg Aru ke Gaya Street ni tak lama pun, dalam 10 mins. cousin aku drop dekat tepi jalan area bus station. bus station ni ada bas untuk perjalanan jarak jauh ke luar bandar, aku  pun da tak ingat nama dia. btw, aku ingat tak besar, rupanya boleh tahan luas Pasar Tamu ni. da macam panjang Jln Tar punya bazar ramadhan. otw dari station bus td, ada la jumpa beberapa monumen dekat tepi jalan.  Then teruslah masuk Pasar Tamu tu, masa tu punya ramai lah orang. foreigner semua ada. yang bestnya pasar ni bukan setakat jual makanan, minuman, tapi ada kraftangan, tanaman, haiwan, benda pelik2 pun ada. so, layankan je lah~

monumen ni katanya sebagai tanda Sabah join Tanah Melayu = Malaysia time 1963. 
time ni baru je lalu ada satu area tu orang dok karok. pekak habis. =="
baaaaaaanyakkk gila kraftangan comel2 kat sini. sesuai kalau nak buat buah tangan.

time ni aku ada dok belek gelang2 kayu lelawa. pastu tetiba owner dia "EH! teda sesuai untuk engkau la itu. kamirang pakai untuk sembahyang!" LOL. 
tetengah pasar tu boleh  pulak ada fountain. sekeliling penuh foreigner.

time ni pulak aku pelik tengok orang lain dok sentuh2 sabun ni. aku ingat sabun beras, nghupanya... LOL!

 selain rabbit, burung, ayam, anak ayam, kucing, anak anjing pun ada orang jual. sian dok bersardin dalam satu sangkar. sobs

walai koubasanan. kira macam pondok/ balairaya/ astaka. tempat lepak2/ berteduh. 

ada juga tugu memorial askar australia yang terkorban masa perang di sabah dulu. (mohon abaikan objek bertudung) pfft.


lepas da tawaf pasar tamu, ingat nak balik terus. disebabkan tanak menyusahkan cousin yang drop tadi, ktorg cadang balik sendiri je. disebabkan still awal lagi, cousin ajak pi mall yang berhampiran. so menapak la pi 1B, atau nama panjang dia One Borneo. 1B ni kira antara mall terawal yang ada dekat KK. tapi sekarang dah banyak mall baru kat sini macam Imago, Oceanus, etc. btw, time memula menapak kat 1B ni, dia punya surrounding sebijik macam dekat Sg Wang. siyes tak tipu. tapi sini meriah (maklumlah weekend). then pi la mam waffle jap dengan mc flurry, just nak isi perut kosong. pastu pi window shopping jap.

lepas da menjejakkan kaki kat 1B, cousin ajak lagi menapak pi Pasar KK,  sebab aku tak puas hati tak dapat beli tshirt sabah dkt pasar tamu tadi. so, cousin aku nak tunjuk satu kedai tshirt yang jual murah dlm rm15-rm20 kat situ. nasib baik jumpa and dapat la beli selai dua. then berpusing la pi tengok ada pasar bundle kat situ, etc.

lepas da dapat baju, kali ni bebetul nak balik. so, cousin tanya nak save ke tidok. of course ler nak saving. haha. so dia kata kalau naik teksi from KK ke Tg Aru maybe dalam rm7-rm10. kalau naik bas dlm rm1.50 per head. so aku pun konfiden ckp nak naik bas! then dia kata, sanggup? LOL. aku kata je lah, nak jugak merasa naik bas kat sini. setakat kt KL, public transport tu satu kewajipan. so then ktorg proceed.

memula menapak dekat bus station area 1B tu jugak. aku memati ingat bas, rupanya van. yup, van sekolah tu rupanya antara main transportation dekat bandar KK. yang bas2 tu banyak tapi lambat sikit nak tunggu sementara penuh. so tanpa banyak soal, masuk je dalam van tu. hehe. yang seronoknya naik van ni best, dia main cilok2 je kat jalan. and and anddddd... macam mana nak turun kat destinasi yang dituju? "tok..tok!". hahaha. just buat bunyi/ ketuk2 dekat cermin dalam van tu, nanti automatic driver stop. haha. menarik kan? aku punya lah jakun. ingatkan ada loceng/ guna suara je, rupanya tak. =="

 then lepas da pusing2 semua, siap masuk dekat Golf Club sampai ke daaaaaaaalam pastu tembus area perumahan. so my cousin ajak turun dekat Kg Nelayan di Tg Aru, since van tu tak berhenti depan rumah dia. so tadahal, menapak lagi. dapatlah tengok selok belok kg nelayan tu semua. ada rumah  yang fully papan, ada gak yang macam banglo gamaknya. view yang cantik si cousin kata kene masuk sampai hujung, jumpa jambatan menghadap sungai & golf club. tapi masa tu da penat sangat, decide balik je la. sesampai je rumah, terus lunch then packing.

 pergi airport pukul 5, flight pukul 6 lebih. sementara tu pi makan mekdi before peluk cium semua. amar pulak da selamat masuk rumah sewa dia. so, tinggal aku, makcik aku dengan parents yang balik KL. so, that's it. babai cousins. thank you for your hospitality. 4 hari duduk free. kehkeh. hanya Allah dapat balas budi korg. :)

cousins. semua da berpunya. lol.

kotak tu tanda ketam dgn udang ada kat dalam. ni baru satu troli, ada lagi tiga. 

bai KKIA!

p/s: akhirnya tamat segala hutang post pasal sabah. setahun berlalu. ==" 

p/ss: banyak tempat tak cover sebenarnya (Desa cattle, Poring Hotspring, Jambatan Tamparuli, Pulau2) so...ini petanda ada rezeki insyaAllah mai lagi. ^^

No comments: