Monday, May 2, 2011

Hlovate always the best

bagi peminat Hlovate, dah wajib ada dalam rak buku masing2 novel ni, Contengan Jalanan. urm, baru habis baca tadi. So, patut ke aku buat ringkasan or terus ke konklusi pasal buku ni? eceh. tak best la kan kalau beritahu. pi beli laa. :P

pertama-tamanya,
novel kali ni ada dua cerita.
1-Fend
11- K2 (k-square sebutannya)

jadi, kena baca yg nombor 1 dulu, baru faham jalan ceritanya.
novel kali ni ada banyak watak, sama macam Aa+Bb dulu, mula2 jenuh la nak hafal nama sorg2. kejap2 tertukar. the main characters are Fend himself, K2 and Chad. watak kecil yang memainkan peranan yang besar dalam novel ini ialah Lia.
tema novel ni pasal perubahan ke arah jalan yang benar, lebih kurang macam tema Versus ataupun Rooftop Rant, iaitu apabila ada watak yang pada asalnya lalai dan leka dengan Tuhan, dan akhirnya mendapat hidayah.
erm,
pasal latar tempat, macam biasalah, Hlovate suka mengaitkan Malaysia dan negara overseas. kali ini, kat Malaysia, plotnya kat KL (studio budak2 limkokwing tersebut), Exhibition di Kolej Mara Seremban, Bukit jalil, Kg Tebing Tinggi,Perlis, Hentian Duta.
dan kalau kat overseas, Hlovate memilih Australia (dalam cerita 1) dan Jakarta (dalam cerita 11)

kalau dalam Versus banyak cerita pasal budak skate,
kali ni Hlovate banyak cerita pasal budak jamming, budak Art. banyak gak lah istilah2 muzik, lagu dan bermacammacam lagi yang korg akn dpt bila baca buku ni.


so? nak lagi aku cerita ke? takpayahlahh. ;)


p/s : The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th

No comments: