Sunday, May 1, 2011

minat novel?

  • ...Soraya menahan diri daripada menyebut kata-kata carutan itu. kenapa lelaki tidak boleh faham undang-undang tidak bertulis itu?
Sesungguhnya hendaklah kamu, apabila memutuskan hubungan dengan teman wanita kamu yakni dengan cara khilaf dan tiada ijtima pendapat, menjauhkan yakni DILARANG, DIHARAMKAN,DIBERI SEMPADAN daripada melakukan perkara berikut;
  1. berbaik-baik dgn ahli keluarga wanita yakni ex-gf kamu dan merindukan masakan ibunya atau celoteh bapanya.
  2. mengajak wanita yakni ex-gf itu keluar bersama-sama dalam sebarang percutian mahupun pertemuan tidak kira secara individu atau berkumpulan, sekalipun ianya hanya reunion budak2 sekolah.
  3. menegur wanita yakni ex-gf itu dan memberi komen di Fb atau twitternya seolah-olah kamu masih lagi mempunyai hablum minannas yakni perhubungan sesama manusia ataupun persahabatan yang erat.
  4. menjemput wanita yakni ex-gf itu menghadiri majlis pertunangan kamu, perkahwinan kamu dan sebagai tambahan,adalah haram sekali menjemputnya ke majlis tahnik anak pertama kamu sekiranya dia masih Ghairu Mutazawwij yakni tidak berkahwin pada ketika itu.
  5. mengajak wanita yakni ex-gf kamu itu mengingati kenangan lalu dan menyebut perihal masa lalu.
  6. dan yang paling terpenting ketika ini ialah haramlah bagi kamu mengucapkan kepadanya, "Selamat Hari Kekasih" dalam apa-apa bentuk dan bahasa tidak kira "Happy Valentine's Day (inggeris) Joyeuse Saint-Valentin (perancis) Gelukkige Velntijns Dag (belanda) mahupun Sevgiler Gunu Kutlu Olsun (turki)



the best quote:
" Saya rasa wanita paling matang bila putus cinta. Mereka tahu diri dan sedar tentang realiti."- Mariyyah


p/s: Novel paling logik yang pernah aku baca. haha. tak caya? belilah. (:

No comments: