Thursday, September 22, 2011

mimpi yang ringkas

salam.

semalam, aku bermimpi.
mimpi tentang orang yang sudah lama tidak kuhubungi. 
(kenapa ayat nak bunga-bunga je nih?)
aku bersama si dia, abang dia dan saudara dia.
entah bagaimana aku berada di situ, satu persoalan yang sangat komplikated.
mimpi itu sangat ringkas.

****
aku berada di satu airport.
yang aku dapat rasakan bukan di Malaysia.
sedang sibuk aku menunggu kapal udara,
aku mendengar suara azan.
satu suara yang mengajak aku untuk menunaikan rukun islam itu.
jadi, aku tunaikan seorang diri.
usai doa, aku terlihat kelibat abang dia dan saudara dia.
mulanya aku tidak mengenali mereka.
tapi aku cam salah sorg daripada mereka.
aku berikan satu senyuman.
dan mereka membalasnya.

***
Di ruang menunggu.
aku masih keseorangan.
tiba-tiba, mereka menghampiriku.
"eh hye! what are you doing here?"
satu senyuman yang sangat indah diberikan oleh si dia.
mata yang sangat bersinar.
almaklum, aku terasa macam tak jumpa berbelas-belas tahun.
di saat aku ingin menjawabnya,
*puff!
aku tersedar dari mimpi.

***
Ya Allah. adakah ini petanda yang Kau berikan padaku,
atau
hanya impian syaitan yang direjam itu yang  mahu membuatkan
aku terlena lagi dalam khayalan?


p/s: momen itu sangat indah.
terima kasih Tuhan (:

No comments: