Hari Kedua: Khamis
-pukul
6pg. terbangun sebab dengar azan subuh kat surau berdekatan. dah
selesai solat tu, mmg bantai tidur lagi ngn si Dila ni. sejuk kemain
umah dia. tapi satu je la yang buruk pasal aku. aku jenis yang melantak
malam2, so bila dah pagi takdela rasa lapar sangat. tapi masa tu kan, si
Dila ni tanak bangun lagi. pukul 8 baru nak mandi semua. jadi terpaksa
la aku tekan2 perut, lapar tahap gaban sampai perut dah berbunyi. -.-"
-pukul
8pg. seperti yang dijanjikan, aku mandi lelaju, kemas2 beg semua. pastu
sarap! hehe. dah tu tunggu si Dila bersiap-siap semua. then ayah dy
hantar pg ktm dalam satu jam setengah kemudian.
 |
meet Dila.
|
-pukul 10pg. tren sampai.
tapi seat ktorg kene tibai ngn matsaleh. takpela, duduk tempat lain.
view lagi cantek. perjalanan ke butterworth mengambil masa 6jam
(takdela seteruk Machang-Klsentral , 12jam). rasakan kau Dila. nak try
sgt naik tren jejauh. :P masa kat atas tren ni, ktorg pon pandai. tak
bawak bekal berat2. bawak choc ngn roti je. mmg kebulur la kt atas tu.
kaya la kafe kt tren tu sebab ktorg beli nasi goreng dia. rm5 each. dah
lapar, layankan je. :)

-selain
tu, kesabaran ktorg teruji dengan kesejukan dalam tren tu dan.. dan
aksi2 terlarang yang dipamerkan oleh org yg duduk depan. HAHA.nasib baik
la baru kawin.:P masa atas tren tu, bagi kaki tengok panorama mcm aku
ngn Dila, mmg enjoy gegila. masa nak merentas sempadan perak-penang tu,
ada jambatan besi panjang, mmg lawa. then, rentas tasik semua, lalu
lereng bukit, lalu terowong. dah macam org jakun ktorg berdua. dalam
masa yang sama, ktorg da call satu hotel bajet ni. it's not a budget
hotel at all. it's just about the view, the deco and the location of the
hotel that attracted us.ktorang booked dkt Hutton Lodge. :)
 |
atas feri :)
|
- pukul 4.15pm. sesampainya dekat ktm
butterworth, cepat2 beli tiket utk balik. so amik hari jumaat malam, sbb
takut tak sempat nak round2 pulau pagi tu. pastu, ktorg pg jeti. nak pg
jeti pun tergagau gak la. nasib baik da usha blog2 org yg pg penang dgn
map. jarak ktm butterworth dgn jeti ada la dalam 15 min berjalan
lenggang. haha. kena naik jejantas semua. kesian gila kat foreigner yang
bawak beg tarik, sebab mula2 je kene naik tangga. lantak kau la, mmg
tak dayo la aku nak tolong usung beg kau. hehe. sorry! sampai jeti, kene
bayar rm1.20 seorang. pastu tunggu la jeti. aku rasa jeti tu sampai
selang 15-20min kot. tak terasa lama la nak tunggu jeti seterusnya.
 |
sumber rujukan utama :)
|
 |
laluan bas CAT
|
-pukul 4.30pm. turun dari jeti, ktorg cari
bas Rapid. ada satu bas rapid yang mmg free kalau nak naik, namanya CAT
atau central area transit. bas ni akan lalu sekitar Georgetown dan akan
berhenti kat komtar sebelum patah balik ke jeti.
Masa
ktorg naik bas ni, ktorg plan nak berhenti dekat dgn Jalan Hutton,
tempat hotel ktorg berada. tapi disebabkan tak tahu jalan n terlajak,
ktorg turun kat Komtar. waktu ni mmg kelakar gila. tanya sana sini pasal
Jln Hutton kat mana, semua org tak tawu. last2, ada akak nurse tu sebut
"jalan Huttoning" choyy. org sini panggil Huttoning ke. pastu, jarak
Komtar ke situ mmg agak berpeluh gak nak jalan. atas nasihat blogger
yang lain, ktorg tak amik teksi. sebab majoriti teksi kat georgetown ni
dikatakan tak pakai meter.
 |
old buildings
|
jadi, kami pun berjalan kaki, menyelusuri
lorong2 yang dipenuhi bangunan kedai2 lama, barang2 antik, kafe2
oldies. ade jugak lalu kopitiam. dia punya aroma kopi tu semerbak punya
harum. tapi disebabkan dah lewat petang dan lokasi hotel yang tak
jumpa2 lagi, ktorg decide utk teruskan berjalan. nasib baiklah lepas
20mins berjalan, jumpa akhirnya Hutton Lodge. :)
 |
sumber rujukan WAJIB, disebabkan xde peta dan GPS
|
 |
hutton lodge yg asalnya sebuah banglo lama yang diubahsuai kembali
|
-pukul 6.15pm. keluar dari bilik. plan asal nak pusing2
komtar sambil makan kat situ. tapi tengok2, ada mamak kt seberang jalan.
mmg cancel la. Mamak pun mamak arr. janji makan.
 |
look! MAMAK! :D
|
masa tu aku makan fav food aku; roti
pisang & milo ais. si Dila pulak order roti nan. Ane tu tanya, aym
mau? Dila pun kata nak. igtkan ayam tu ada kat kuah, rupanya2 seketuii
ayam dia bagi. hamek kau. haha.
 |
rm8. sedap dan kenyang.
|
dalam maghrib, ktorg pusing2 jap area situ sampai chowrasta.
 |
Welding art? seni besi yang menarik. :)
|
then balik. tapi lepas Isyak, ktorg kuar balik. sebab? sebab... aku LAPAR.
 |
| awesomenesssss |
hehe. tibai nasi lemak dgn milo ais lagi. sedap malam2 makan benda panas. :) kemudian balik, lepak hall jap, then tido.
 |
ratu snake!
|
 |
| ratu ladder, aku la. hehe. :P |
No comments:
Post a Comment