Hari Ketiga:Jumaat
 |
| muka bangun sarap. :P |
|
-pukul 8pg. siap pack barang, mmg nak
checkout terus hotel. sbb tak sempat dah kot nak patah2 balik sebelum
pukul 12. sambil2 tu, sarap free dulu kt situ.
 |
| nomnom |
 |
Dila hey !
|
perjalanan diteruskan dengan menapak ke bus
stop berdekatan. mulanya nak pergi Suffolk House dan Rumah P.Ramlee.
tapi disebabkan tunggu bas pun da sejam lebih, kami cancel je. mmg kami
terus niat nak pergi Muzium Penang dan Galeri Seni.
 |
Dila pronounce: hancing. hahaha
|
elok2 je da sampai, menapak semua, tengok2 tutup.
 |
caittt! T.T
|
haihh. panas hati masa tu. disebabkan malas nak tunggu bas, ktorg menapak pulak pergi Padang Kota.
masa tu masuk Kota Fortwallis. bayaran rm2 dikenakan. kat situ mmg takde ape sangat.
setakat
kubu, meriam, tugu Francis Light, dan penjara yg ditukar jadi tempat
pameran. pameran yang disediakan sangat buruk, nampak macam dah lama tak
dibersihkan, berhabuk, dinding berlumut, dan bermacam2 lagi. nasib baik
kene bayar rm2 je. kalau tak, mmg nak kena maki.
-pukul
11pg. menapak pergi Esplanade cari tempat lunch. sambil2 tu , enjoy
scenery tepi laut. kalau bertuah nampak ikan banyak kt pesisir air. Dila
cakap tu ikan todak. aku pun taktau, nampak serupa je. hehe. tapi en,
mmg nasib ktorg malang lagi masa tu. kedai area Esplanade tutup. sumpah
sedih. dah la beg berat. jadi, pencarian nasi kandar ktorg teruskan lagi
dengan pergi kat area sebelah padang besar kat tepi tu. tapi kedai nasi
kandar takde. jadi, kami pun decide nak patah balik Komtar, sebab kat
sana banyak makanan. lagipun masa tu nak dekat waktu org solat jumaat,
sebab tu mcm susah je nak cari warung nasi kandar kat luar.
-pukul 12tghri. lagi nasib malang, takde bas pun yang nak pikap
ktorg. sedih gila. sampai pening kepala duduk tepi jalan, kami decide
nak cari bus stop terdekat. jadi, dari padang kota tu, ktorg menapak
sampai nak dekat area jeti gak la. duduk situ sampai bas angkut. mmg
kadang2 aku rasa macam nak pancitkan je tayar rapid ni. haha.
sesampainya Komtar, kami masuk Prangin Mall, cari nasi kandar, tapi tak
jumpa. then cari food court pun sama. last2 dorg kata kat Prangin Mall
xde foodcourt. yang ada kat 1st Avenue.
jadi, cepat2 ktorg cari. nasib baik jumpa. walaupun nasi kandar dia tak seberapa, kami tibai gak. lapar gila punya pasal.
 |
view from the 8th floor, 1st avenue
|
then melepek kat situ, solat semua, pergi
archade, makan subway lagi, baru blah. igt nak sambung jalan, tapi area2
sekitar komtar tu mmg dah khatam. yang tinggal, tempat jauh2 macam
Suffolk, Gurney, mmg da tak sempat sebab tiket ktorg malam. feri pulak
pukul 10 da tutup. jadi kami lepak 1st avenue-Prangin Mall-Komtar.
 |
muka penat nak pengsan
|
 |
muka dah ngantok tahap gaban
|
-pukul 6ptg. gerak dari Komtar ke Jeti. masa nak lintas jalan
cari bas CAT, kena lalu jalan sibuk. ktorg pulak mmg main lintas je.
last2 kat belakang ada orang jerit "Awas! Hati-hati!" bila toleh,
MasyaAllah. lelaki hot turun dari langit mana tah dengan family dia.
aww. turn on jugak kat situ. nasib si Dila da tarik tangan suruh lintas
waktu tu gak. kalau tak, mmg dok usha dia je. hehe. :P
-pukul 7ptg. dapat tengok sunset dari atas feri. ditambah pula
dengan permandangan lelaki tadi. hahahha. rambut dia, hamboi. kalah aku.
angin tiup ke, tak tiup ke, nampak lembut je bergerak. aish, jeles2.
 |
eksaited nampak jambatan penang
|
-pukul
730ptg. sampai area ktm. berhajat nak guna toilet dia, tapi aduhai.
kotor yang amat. jadi loya terus tekak. nasib kat tepi ktm tu ada medan
selera lengkap dgn toilet dan surau. jadi setel semua kat sana. dalam
pukul 9, masuk kat dalam. layan cer Naziha. hehe. dalam pukul 1030pm,
tren da sampai.
 |
pencarian koc. :)
|
jadi ktorg pun masuk. dijangka tiba pukul
6.45pg. tapi sepanjang perjalanan, aku takleh tido sangat. ada golongon
makcik kepoh lepak kat luar pintu antara koc tu. boleh tahan gak dorak
berborak dari pukul 12 sampai pukul 5 pg. habis semua orang dia nak
greet. mesra alam nak mampus. sampai aku terjaga2. haihh..
No comments:
Post a Comment