Semuanya kerana mahu membantu seorang rakan yang kononnya tidak tahu untuk pergi ke suatu tempat ini. jadi, aku kata pada dia " so, kumpul kat KL Sentral, then pergi sama-sama".
dari pukul 11.30pagi sampai 1.30 petang, aku gigih menunggu. bukannya takda koneksi, mesej punyalah berbalas sampai berapa banyak entah. katanya masih tunggu tren.
aku faham. dalam banyak-banyak tren, kay-ti-eym la paling lembab bin dungu. boleh jadi gila kalau tunggu. jadi, aku pun tahan geram dalam hati, mohon sabar tahap tertinggi. "kalau da sampai, roger. ada kat atas dah ni".
jadi, bila tibanya tren yang ketiga puluh itu,
"kau dah dekat mana?"
"aku tengah jalan la ni, nak sampai dah. kau kat mana?"
"aku kat atas, tunggu engkaulah. kat KL Sentral lagi"
"err. aku dah sampai tempat ni dah pun"
"......"
p/s: best jugak kena macam ni.
No comments:
Post a Comment