Thursday, May 23, 2013

that morning class


"morning guys. ngantuk sial kelas awal!"

-dia pilih tempat duduk paling common dalam kelas. kerusi paling favourite.

member lain sudah mula memenuhi kelas pukul lapan itu. 

pintu terkuak. Dr tiba awal kali ini.

"okay now we proceed to the last chapter for this subject, preservation of food by low pH and organic acid...."

dia menguap. mata cuba dibuka seluas yang mampu. semalam tertidur lama pun boleh mengantuk lagi. kecelakaan apakah ini? setan beranak pinak sampai mata pun terkebil-kebil baca slide kat depan. mulut Dr pun dia tak paham sepatah haram apa yang keluar. boring mula terasa.

"ah. siod aaaaa. petang ni da la test. habuk pun tak baca. minum nescafe semalam sampai bape kilo pun, bebal sangat gi tido. aaaah siodd!"

 aktiviti bermonolog dalaman pun bermula. mata memandang kiri dan kanan. cuba mencari titik tumpu yang boleh difahami. dilihatnya semua orang pandang nota. study untuk petang ni kot semuanya. cekang gila.

"weh. kau mesti banyak dah cover en? minum nes sampai lebam semalam?"

 - ini ayat kawan dia. taktahu la kawan dia tanya untuk ambil berat atau untuk sedapkan hati yang orang lain tak baca lagi lebih daripada dia. kalau lebih sikit, mulalah nak banding-banding.

"ish budak ni. tengok orang la.. aku ni mane pernah study hard cam korang. haha!"

-ini jawapan dia. taktahu la kalau dia jawab secara ikhlas atau pura-pura jadi humble atau memang mengaku kebodohan diri sendiri supaya pihak lawan tak dapat tandingi kehebatan dia dalam. tapi selalunya, dia saja jawab begitu supaya diri sendiri sedar betapa bangangnya dia; sedap-sedap je tertidur waktu orang lain pulun sakan utk test petang nanti. 

"i dont want any of you to revise for our test petang ini. so, keep all your notes. okay? topik last ni la yang penting, ada banyak jugak la dalam final.. kalau tak silap saya la.."

-ini respons Dr bila melihat semua orang kelihatan "luar biasa" senyap dalam kelas pagi itu. jadi, kuasa menyebut perkataan "FINAL" memang sangat berkesan dalam mengembalikan tahap fokus pelajar. kalau bab ugut-ugut ni, pass je kat Dr. 

Dia mengeluh. nak tak nak, nota untuk test memang kena simpan dulu. jadi, dikeluarnya sehelai kertas A4 berwarna putih. Tangan dia mula melakar sesuatu. kelihatan macam peta minda. macam biasa, dia tak bawak nota lagi. malas nak print. hujung-hujung sem gini, acara print nota sekepuk memang patut dihindari. kalau awal sem dulu, hukum memerint nota adalah wajib, kali ini hukumnya jatuh kepada harus. ikut suka la nak print ke tak, asalkan tak bagi mudarat kat orang lain sudah.

Tetiba...


"haaa. awak! kenapa tak refer notes? mana nota awak??"

dia telan air liur sebaldi. habislah, habislah! dia mula gelabah. takkan hujung sem macam ni pun wajib ada nota?!  Dr ni lahai, ____________. *SILA ISI TEMPAT KOSONG*. dia pun mula haru. baru aja nak menjawab, tetiba kedengaran suara di belakang..

" saya dak print "

"habis tu?"

"haaa......"

"ha....dah tahu takda nota, kenapa tak catit??"

Lalu dengan muka konfiden tahap gaban, mulut pun menjawab dengan nada suara kool tapi poyo.

"Dokta, saya dak catit sebab kalau kita dalam kelaih, kita perlu menggunakan kemahiran mendengaq dengan teliti. 
dak payah catit pun takpa dokta. sebab jika kita mendengaq, kita fokuih, semuaqnya boleh masuk dokta"

*baca ala-ala loghat kedah pekat


p/s: damn. aku dari mengantuk tersengguk-sengguk, tetiba terus ketawa berdekah sampai kua ayaq mata. babunnnn punya Hamdi. 

No comments: