"ibu nak, baca dari muka surat ni sampai muka surat ni"
-tu ibu aku. masa kecik dulu, ibu aku suka paksa aku dengan abang aku baca buku. masalahnya, dia suruh baca buku teks. dah la baca kuat-kuat. nasib baik aku dulu sangat menurut kata. so, baca je lah. dari buku teks bahasa malaysia ke bahasa inggeris, pendidikan islam, sampai ke matematik. kau bayangkan, MATEMATIK. aku kena baca ayat buku teks macam "selesaikan masalah berikut: tiga campur tiga sama dengan berapa? jawapan.....". banyak kali aku lari, tapi tak lepas sebab ibu aku dulu garang. selagi tak habis page tu, rotan memang da sedia tunggu. kira dulu aku baca buku pun sebab paksaan.
selain baca buku teks, ibu aku juga sanggup pinjam buku cerita dari library opis dia. dalam sebulan tu, 2-3 kali jugak lah dia pinjam. sekali pinjam, 4-5 buah. buku paling koman, sejarah nabi-nabi, Enid Blyton, buku ensiklopedia sains tahpape dan buku tebal The Hardy Boys. well, opkos la aku tak baca buku-buku tu. aku cuma, hehe, selak-selak tengok gambar dan poyo tulis dalam buku program nilam. zzz. sapa nak baca buku-buku tebal camtu? bagi aku, lagi better pergi tengok tibi layan dragon ball ke, sailormoon ke.
tapi semakin kau besar, semakin pelik pangai kau. yes, aku berjaya baca buku the hardy boys tu sampai habis. tu pun selepas bape tahun aku menipu nilam. haha. yang paling kelakar, aku boleh baca buku tu je, buku english lain tak boleh (excluded Mr Midnight yang awesome!!). dengan lambakan buku JK Rowling dan seangkatan dengannya, aku siyes tak boleh nak hadam.kalau ye pun, aku baca yang versi melayu punya, tu pun tak sampai 1/8 daripada buku tu.
bila masuk darjah lima, da gatal pulak senyap-senyap beli majalah. well, dulu ibu aku pantang kalau tengok anak dia nak beli komik, majalah or benda-benda merepek (bagi dia) ada kat umah. majalah first yang aku beli; Bintang Kecil. edisi pengenalan sampailah aku form 2 aku kumpul. punya power lahai aku spend untuk benda gitu. kengdian, majalah 3G lah, Klik lah, Gempak, Kreko dan majalah picisan yang lain. start form 2, aku stop beli semua majalah ni, sebab aku rasa macam dah bosan. so, aku beli majalah Dara sampailah sekarang. kadang-kadang Remaja, takpun Hijabista, takpun Eh!. mungkin sebab faktor usia. kot? yang pasti, bab baca majalah memang tak payah paksaan, kerajinan dia datang natural. kehkeh.
selain tu, aku pun berjinak-jinak baca surat khabar. baca surat khabar tu bukan just baca section yang kau suka je (hiburan, sukan, gosip,etc), maksudnya kau baca secara menyeluruh. (ewah,ayat!). dulu aku baca section tengah je, tapi bila dah semakin besar, aku baca dari muka hadapan, sampailah ke bontot (halaman belakang). sampai ruangan iklan pun aku baca (takda la melampau sangat baca satu-satu =="). aku ada satu tabiat yang bila aku ada masa, aku akan baca surat khabar tu sampai berjam-jam. lagi-lagi kalau hari Ahad. sebab? ayah aku beli 3 jenis; Utusan, Berita dan the Star. dan..waktu aku baca, aku pantang kalau orang lain kacau. siyes tak boleh. rasa macam nak cekik-cekik.
satu lagi, aku obses baca katalog, pamphlets dan seangkatan dengannya. kalau time sekolah dulu, siap bleh banding lagi harga bulan lepas dan bulan sekarang, siap boleh tahu lagi harga barang tu tengah promosi ke tak, siap boleh tahu lagi sapa yang murah, siapa yang mahal. tapi sekarang dah pencen aa. lagi-lagi bila duduk dalam kampus, haram jadah nak tahu benda sekeliling. tambah lagi bila duduk Ganu. mane pernah nampak pamphlets. yang ada mydin dengan giant. =="
okaylah. berbalik kepada tujuan/niat yang asal. aku sebenarnya nak komplen satu je.
kenapa ada certain buku puisi (yang indie) sangat-sangat membosankan,
tak berbaloi
dan rasa menyesal nak mampos aku beli?
kenapa?!
ada satu buku tu sangat sangat hambar, sangat sangat membazir kertas (hanya tulis puisi yang berapa patah perkataan sahaja dan hampir 80% blank) atau... aku yang tak hargai / tak menjiwai / sengkek dalam berbelanja? okay, anggap jelah salahnya aku. duhh.p/s:
ekceli nak tulis perenggan yang akhir tu je. yang lain-lain tu, errrrr.. introduction. =="
No comments:
Post a Comment