Friday, July 5, 2013

kita

kita masih ada peluang.
kita masih ada masa.
kita masih ada kesempatan.
selagi roh tak keluar dari anak tekak.
selagi anggota tidak ada tempang, tidak ada pekak.
selagi akal boleh dicuba,
diguna,
dimanfaat
dan bukannya dicampak.


walau diselubungi kegelapan semalam,
walau dihantui kesilapan semalam,
walau ianya diulang siar setiap malam,
menyesali segala kepahitan,
kejelekan,
kesempitan,
keterlaluan semalam,

...kita masih mampu kembali, bukan?

...mereka kata;
"yang pernah buta sahaja tahu betapa nikmatnya penglihatan".

...mereka kata;
"Dia tak pandang penghujungnya, hanya pandang usaha"

Astaghfirullah.
harap kita kuat menempuh masa yang mendatang.
tapi,
kau dah sedia ada kuat.
aku jua yang masih "hilang".

p/s: Ahlan ya Ramadhan~

No comments: