Sunday, July 7, 2013

terima kasih

masa itu waktunya sore.
drama melayu di peti televisyen kedengaran seperti dialog dan jalan cerita yang sama.
cerita hanya berkisar konflik rumah tangga.
penontonnya yang seorang mulai bosan, lalu dipicitnya punat di alat kawalan jauh itu.
7...0...3.
kelihatan seorang minah saleh menunjukkan muka eksaited tahap gaban kerana tidak perlu membayar satu sen pun untuk keseluruhan barang yang dibelinya di K-Mart.
bersungguh-sungguh minah saleh menceritakan betapa payahnya dia mengumpul kupon satu tahun.

satu lembaga melabuhkan duduk, cuba menonton sama.

"kat Malaysia mana ada camni"
"asal kau cakap camtu?"
"engkau kalau suruh cashier buat macam tu, memang nak kena maki la. gila apa nak scan satu-satu. mahu tak panjang queue"
"haha. tol gak. buang masa je kumpul kupon"
"tu namanya kedekut. bapa posen pun berkira"

*bunyi mesej masuk*

- sayup kedengaran, tapi tak sampai separuh.

"weh, hand phone kau  bunyi!"
"ye ke? entah mana aku campak phone"
"mesej kot. sekejap je bunyi"
"heh? ye la kot. woi! cerita Cakeboss! alahhhh. nak habis dah!"

..dan hal mesej itu dilupakan serta merta dek kerana teruja menonton kek berbentuk karakter Dr. Seuss. melihat kek berpusing-pusing, sangat mengujakan.

****
"asal aku call tak angkat?"
"heh?"
"tengah hari tadi aku call kau, nak suruh kau passkan barang. dah kena mailbox, tak pasal aku kena amik sendiri"
"err...aku pun dah berapa lama tak pegang phone. mana tah aku campak "
"lain kali, dah ada phone, buat cara macam ada phone, bangkai"
"alah, sentap pulak"

bantal diangkat. selimut diselak. cadar diperkemas. bawah katil dijenguk.
"aduh. mana pulak benda ni". rambut mula kusut masai dikerjakan tangan sendiri. frust, sudah sejam mencari hand phone; tak jumpa. Ganggang telefon rumah diangkat, lalu didail nombor handphone. ternyata, mailbox yang menyahut. ni mesti battery habis, menyesal tak sudah lupa dicas. tak pasal susah nak detect lokasi sebenar handphone yang "pernah" menjadi kesayangan. "pernah" tu sebab dulu kamera lawa, sekarang calar balar dek berlaga dengan poket seluar. 
****
pintu peti ais dibuka. gila. tak mungkin handphone tu dalam ni. air vitagen berperisa epal dicapai. tetiba teringat..

"hampeh!"
-rupanya handphone terletak di bawah laptop cooler, menjadi penyendal tak bernama, boleh pulak lupa. agak dalam seminggu jua handphone itu dijadikan penyendal. semua gara-gara penyendal biasa, si pemadam, hilang dari pandangan. fungsi penyendal ialah untuk meninggikan sedikit laptop cooler itu dari bertemu alas meja, yang bertindak sebagai ejen penghenti kipas. 

setelah beberapa lama mengecas, baru butang switch on itu ditekan. satu paparan mesej tertera di skrin. nampaknya ada tiga mesej tidak lagi dibaca.

"celcom lettew". jangkaan tepat sekali. tapi tak berapa. hanya 2 daripada tiga yang datang dari celcom.
satu lagi...


" i know that this is too late. & i ingat yg you pernah kata that your internet connection is also lambat. but i just want you to know that, hmm, how to say? hmm. nvm. i dedicate this for you. :)


p/s:

No comments: